Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 5 Oktober 2010

Selingkar Kisah...Keajaiban Berdoa


Kisah 1

Saya telah dijemput untuk memimpin qiamulail di sebuah masjid di Sabah. masjid itu terletak di sebuah bal estet koko. memandangkan jalan agak teruk berbatu krikil dan berbukit seseorang jamaah telah datang menjemput saya dengan motor skremler. Merasa juga saya membonceng motor skramler yang begitu lasak.

Ketibaan saya disambut mesra oleh ahli jamaah masjid. Setelah memberikan sedikit taklimat dan beredar menuju tempat yang dikhaskan untuk berbaring tidur sebelum menunggu waktu jam 3 pagi bagi memulakan qiam. Saya dihampiri oleh seorang ahli jamaah yang datang dengan mengesot. "Ustaz ...boleh tak saya baring sebelah ustaz..?Sapa seorang lelaki berusia 50han. Matanya redup dan sememangnya dia seorang OKU. Saya bergerak sedikit untuk memberi ruang.
"Ustaz..saya berhajat besar untuk qiam bersama ustaz dan saya nak berdoa pada Tuhan agar saya dapat berjalan semula ustaz?""Pak Cik sakit dah berapa tahun?"Saya cuba menyelidiki. "Masuk hari ini dah 9 hari ustaz...saya di serang ahmar"Jawabnya perlahan.

Saya menasihati Pak Cik ini agar tidak memaksa diri. jika tak mampu jangan dipaksa-paksa, amalan ini cuma sunat sahaja bukannya wajib. Apatah lagi solat tasbih paling kurang pun memakan masa 45 minit.

Jam 3.15 pagi selepas solat tahajud, para jamaah bersiap sedia untuk solat sunat tasbih berjamaah. Saya jadi semakin teruja melihat ahli jamaah yang lumpuh ini bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Ketika berdoa, dalam keheningan malam saya terdengar esak tangisnya walaupun hanya sekadar mengaminkan doa yang saya baca.

Selesai solat subuh, tak semena-mena jamaah lumpuh ini tiba-tiba bangun mendakap erat-tubuh saya dengan air mata membasahi pipi kedutnya. "Ustaz..Allah maha Besar kaki saya dah boleh bergerak,saya mampu berdiri ustaz..syukur alhamdulillah."

Saya sentuh kakinya perlahan, terasa panas...berarti darah dah kembali mengalir. Jamaah lain juga terpegun melihat keajaiban yang luar biasa berlaku di hadapan mata. Tak semena-mena bibir saya melafazkan "Kun..fayakun' Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang dek kerana aura doa yang diucapkan.

Kisah 2

"Tut...tut....Tuuut' Telefon di rumah berdering kuat. Saya dapat membuat agakkan ini mungkin panggilan ceramah atau peringatan kuliah. jangkaan saya meleset kerana panggilan itu dari seseorang yang ingin sangat berjumpa kerana ada hal yang sangat penting katanya.

Sekitar jam 10 malam seperti yang dijanjikan dua orang suami isteri datang ke rumah saya menaiki motorsikal. Setelah masuk saya melihat lelaki ini mengalami masaalah besar. Mukanya amat pucat, suaranya amat perlahan (berbunyi di dalam)

Ringkas ceritanya lelaki ini bekerja sebagai pemotong rumput. Suatu hari ia terpotong dawai karat pagar sebuah rumah dan terpelanting masuk dalam daging pipinya. Bergegas ia ke hospital dan doktor menasihati agar pembedahan segera dilakukan. Ia ditahan di wad semalam dan ketika nak di bedah dawai itu tiba-tiba hilang. Pembedahan ditangguhkan, tiba-tiba ia muncul balik tetapi di tempat lain seolah-olah dawai patah itu boleh bergerak- Bila nak di bedah ia hilang tak dapat dikesan. Lepas tu ada balik...pelik sungguh.

Berminggu-minggu di wad dia minta keluar dan lelaki itu benar-benar mengharap agar saya dapat menolongnya. Sememangnya saya terlalu jahil dalam ilmu perubatan Islam, saya tak tahu nak buat apa-apa kecuali saya ambil air dan doakan agar Allah sembuhkan penyakitnya. Saya berpesan agar dia buat solat sunat hajat dan mintak(berdoa) sungguh-sungguh ketika sujud yang terakhir.

Selepas itu lelaki ini mula menjalankan tugas seperti biasa sedangkan dawai karat itu masih belum dapat dikeluarkan. Menurutnya dia sudah tidak terasa apa-apa seperti sebelumnya. 3 tahun masa berlalu tak semena-mena lelaki itu datang menunjukkan kepada saya dawai patah itu telah keluar melalui dagunya. Dia terasa ada benda keras dipipi kemudian diurut berkali-kali akhirnya yang keluar ialah dawai patah berkarat yang telah terbenam dalam pipinya selama 3 tahun.

Muslimin muslimat sekelian apalagi yang kita nak nafikan tentang kekuatan berdoa. Berdoalah selagi hayat di kandung badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan