Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 Oktober 2010

Kenapa Lari Dari Rumah ??

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa kira-kira 21,000 kes dapat diselesaikan daripada 35,000 lebih kes orang hilang suatu yang memalukan, bukan membanggakan.

Khalid mendakwa demikian sebagai respons kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam dewan bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

"Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga.

"Kemungkinan daripada 21,000 kes yang selesai itu, bukan semuanya diselesaikan oleh pihak polis sebaliknya orang yang hilang itu sendiri yang kembali selepas tiga hari. Tapi polis mengaku mereka yang selesaikan," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Banyak faktor yang menyebabkan remaja lari dari rumah. Secara umumnya mereka meninggalkan rumah kerana tidak mahu dikongkong,mengikut pujuk rayu kekasih,krisis keluarga,masaalah mental dan sebagainya.

Remaja biasanya cepat bertindak tanpa memikirkan sedalam-dalamnya tindakkan mereka. Kehilangan mereka akan menyusahkan banyak pihak. Justeru anak-anak muda perlu dibimbing diberi faham tentang agama supaya mereka tidak bertindak melulu

Sekadar Renungan Di angin lalu

Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya. Karena sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun. Saat berjalan di suatu jalan, ia baru menyadari bahwa ia sama sekali tidak membawa wang.

Ketika melalui sebuah jalan, di hadapannya terdapat sebuah kedai menjual mee. Ia mencium aroma masakannya yang begitu lazat. Ia terlalu ingin sekali untuk memesannya tetapi malangnya ia tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata “Adik..., adik nak pesan makanan ke? mee bandung, rebus, mee kari mee banjir udang pun ada....??”

” Ya, tetapi, aku tidak ada wang” jawab Ana berterus terang tanpa malu-malu maklumlah perut dah tersangat lapar.

“Tidak apa-apa,makcik belanja adik makan” jawab si pemilik kedai. “Silahkan duduk, makcik akan memasakkan mee rebus untuk untukmu ...tentu kamu suka kan..?”.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan semangkuk mee rebus. Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.

“Ada apa dik?” Tanya si pemilik kedai. “tidak apa-apa” Ana rasa sangat terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya. “Bahkan, seorang yang baru kukenal pun memberi aku semangkuk mee... tetapi,…

ibuku sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi ke rumah”

“Makcik, seorang yang baru kukenal, tetapi begitu mengambil berat denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri” katanya kepada pemilik kedai

Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang dan berkata

“Adik manis.. mengapa kamu berfikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, Makcik hanya memberimu semangkuk mee rebus dan kamu begitu terharu. Ibumu telah memasak mee dan nasi utukmu saat kamu kecil sampai ke saat ini, mengapa kamu tidak berterima kasih kepadanya? Dan kamu malah bertengkar bergaduh dengannya”

Ana, terhenyak mendengar hal tersebut. “Mengapa aku tidak berfikir tentang hal tersebut? Utk semangkuk mee dari org yg baru dikenal, aku begitu berterima kasih, tetapi kepada ibuku yg memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak memperlihatkan keprihatinannya terhadapnya. Dan hanya karena masaalah yang sedikit, aku bertengkar hingga sanggup meninggalkan rumah. Alangkah bodohnya aku..

Ana, segera menghabiskan meenya, lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya.

Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg harus diucapkan kpd ibunya. sampai di hadapan pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas.

Ketika bertemu dengan Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana kau sudah pulang, cepat masuklah, mak telah menyiapkan makan malam dan makanlah dahulu sebelum kau tidur, makanan akan menjadi sejuk jika Ana tidak memakannya sekarang”

Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisannya dan ia menangis dihadapan ibunya.

Sekali waktu, kita mungkin akan berterima kasih kpd org lain yg berada disekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita.

Namun kpd org yang sangat dekat dengan kita yakni ahli keluarga kita khususnya ibu dan bapa a kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan