Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 25 Oktober 2010

Sabarkah Kita Dengan Ujian Allah


Hari sabtu 23 oktober selepas menghadiri satu program saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Panggilan dari seorang sahabat baik yang sudah lama terpisah Agak-agaknya dah 5 tahun. Sejak bertukar tempat kerja dah tak dengar khabar berita.

Rupanya ia berada di Taiping kerana menguruskan jenazah ibunya yang masih berada di bilik mayat. Dia menunggu di Masjid untuk urusan pengkebumian. Bergegas saya ke sana alhamdulillah sempat bertemu dan menyembahyangkan jenazah ibunya.Hajat beliau untuk saya talqinkan ibunya tak dapat saya penuhi kerana saya terpaksa ke Kg.Sg Mati untuk kuliah bulanan saya di sana. Saya difahamkan urusan pengkebumian selesai sebelum masuk maghrib

Apa yang saya nak dedahkan disini ialah kesabaran dan ketabahan. Seorang ibu yang sakit selama 10 tahun,hanya diberi minum melalui tiup. Bayangkanlah bagaimana deritanya. Justeru kalau ini suatu kafarah rasanya terhapuslah dosanya. Bagi si anak pula kesabaran menjaga ibu yang sakit lumpuh,tak boleh bergerak selama 10 tahun sememangnya satu pengorbanan yang sangat besar. Sahabat saya ini adalah seorang ahli usrah saya yang sangat komited. Justeru apabila ia berpindah kerana naik pangkat kami ahli jamaah usrah rasa kehilangan. Namun alhamdulillah setelah sekian lama terpisah beliau masih tak berubah.Masih kuat berpegang dengan agama kalau tidak bagaimana beliau begitu cekal,tabah dan ikhlas menjaga ibu hingga akhir hayat ibunya. Moga Allah mencucuri rahmat atas aruah si ibu ..amiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan