Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 18 Oktober 2010

Mencari Kemanisan Iman


Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur. Saya bersyukur kerana malam ini dapat berkumpul dan berusrah dengan para sahabat setiap malam selasa di Pusat tarbiah yg berhampiran dengan rumah saya.

Biasanya kami akan memulakan dengan membaca secara terpimpin Al-Quran lebih kurang 1 muka diikuti dgn tafsiran dan alhamdulilah sekarang ini sudah sampai Juzu' yang kelima. Kehadiran ahli usrah secara istiqamah dalam lingkungan 20 orang
Sessi perbincangan adalah sesuatu yang sangat menarik. Ini kerana di kalangan ahli usrah di Taman ini terdiri dari berbagai latar belakang. Ada yang pencen timbalan pengarah,pegawai kastam,telekom,guru,ustaz,pencen askar,bekas komando termasuk yang bekerja sendiri.

Mereka ini memiliki ilmu serta pengalaman yang tersendiri. percambahan idea menjadi sesuatu yg sangat menarik untuk dikongsi.

Sebab itulah saat pertemuan pada setiap malam selasa sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap ahli usrah. Benar kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Apabila kita duduk dalam jamaah,bertemu kerana Allah,bersahabat kerana Allah Insyaallah kita akan dapat meraih kemanisan iman dln perjuangan. Kemanisan yang tertancap dalam sanubari menyebabkan kita tidak merasai pahit getir dalam menghadapi perjuangan hidup di bumi Allah ini.


Mentarbiah umat Islam bukanlah suatu yang mudah. Ia memakan masa yang agak panjang. Al-Syahid hassan Al-Banna dlm Kitabnya Al-Arkanul Bai'ah ' menjelaskan Rukun Bai'ah yang pertama ialah Al-Fahmu. Bagaimana nak cinta pada Islam kalau kita tidak memahami ajaran Islam sepenuhnya? Rukun Bai'ah yang kedua 'Al-Ikhlas' Apakah akan terlahir keikhlasan tanpa kefahaman? Justeru dalam berusrah aspek ini amat dititik beratkan sehinggakan kita bersedia di tarbiah dan bersedia untuk di muhasabah. Allahuakbar... begitu hebatnya tarbiah Rasulullah sehingga dapat melahirkan ansorullah dan jundullah semuanya bermula dari usrah Nabi di Baitil Arqam.

Persoalannya sekarang... kalau kita tidak menolong agama Allah siapakah lagi yang di harapkan untuk menolong agama Allah swt???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan