Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 28 Februari 2013

Ajarkan aku memancing, bukan pancing aku!


Kalau aku diberikan seekor ikan, aku akan seronok kerana dapat makan untuk sehari.Terima kasih kerana itu.

Tetapi bagaimana untuk hari esok? Bolehkah aku dapat seekor ikan lagi? Tolonglah …Dan lagi dan lagi….

Esok lusa aku berkahwin dan punyai anak. Seekor ikan mana boleh cukup? Tolonglah…aku perlu mengemis untuk meneruskan kehidupan ku ini.

Aku pun mahu makan ikan macam yang kamu makan.Takkanlah asyik makan anak ikan kembung sahaja…sedangkan kamu makan ikan tenggiri, ikan merah, ikan kerapu malahan ikan yu!

Kenapalah aku tidak diberikan kail dan ajarkan aku memancing? Kalau aku ada kail dan ada kemahiran mengail tak perlulah aku mengemis setiap hari untuk hidup ku.

Tidak perlu aku dan zuriatku mengharap belas ehsan semata-mata kerana dengan pemberian kail itu kami boleh berusaha untuk membaiki kehidupan kami sendiri.

Kalau tangkapan banyak, aku boleh jual untuk menambah rezekiku.Mungkin aku boleh beli perahu dengan hasil tersebut. Mungkin aku boleh jadi nelayan yang berjaya…

Rupa-rupanya ikan yang kau beri itu hanyalah umpan untuk aku ….kau Cuma nak pancing aku rupanya! Ajarkanlah aku memancing, bukan memancing aku!

Isnin, 25 Februari 2013

Mulianya hati anak ini...



Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.

Kenapa Alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Jumaat, 22 Februari 2013

Kentut segar unruk di jual...pengotor betullah pompuan nie


Banyak orang memanfaatkan situs eBay untuk berdagang barang koleksi mulai dari barang keperluan sehari-hari hingga barang yang sulit ditemukan. Namun selain itu, ternyata eBay juga menawarkan barang-barang yang terbilang aneh untuk dijual. Nah dari semua barang aneh yang di jual di eBay, ini adalah salah satu yang paling bau dan menjijikan, iaitu kentut di dalam bekas.
9betksi5 copy
wanita pemilik akun kbug1978 ini menjual kentutnya dalam toples (Sumber : brobible.com, uniknya.com)
Yaandapasti bertanya-tanya apa manfaat dari kentut ini sehingga dijual di eBay. Well, jangan pernah pikirkan kerana anda mungkin tidak akan menemukan jawabannya. Namun yang pasti, benda ini memang benar dijual oleh seorang wanita pemilik akun kbug1978. Ia menjual produk yang sangat unik.
“Ini adalah kentut “segar” yang diwadahi pada sebuah bekas, sangat mungil dan menawan. Saya yakin kentut ini cukup murni dan tidak tercemar oleh udara atmosfer. Anda boleh mendapatkan kentut dalam botol ini dengan hanya $ 2,50, “  itulah penjelasan item di eBay.
Berminat?
Atau bila anda ingin menjadi seorang pengusaha yang ingin meraup wang dengan menjual kentut seperti yang wanita itu lakukan, inilah video  cara-cara untuk menyimpan kentut dalam sebuah toples. Semoga bermanfaat.

Apa sudah jadi dengan Lahad Datu...?

azlan
Kejadian pencerobohan askar kesultanan  Sulu  di Lahad Datu  dan kini masih lagi bertahan di sana mengimbau kembali kenangan silam ku ketika bertugas di Bandar persisiran laut sulu ini. Jalan Tungku, Silabukan adalah menjadi laluan biasa bagiku berulang alik dari bandar ke sekolah.

Tak dinafikan aku banyak kawan dari keturunan Sulu ini. Mejoriti mereka ini adalah pendatang haram dan ada juga yang telah berkahwin dan beranak pinak dengan penduduk tempatan. Dari Lahad Datu ke Pulau-Pulau Sulu seperti Pulau Sibutu dan Mataking memang tak jauh, satu jam naik bot dah sampai.

Ada juga yang berandaian orang Sulu ini adalah pejuang Islam Moro tetapi ada juga yang menidakkannya. Namun terdapat juga orang Sulu menjadi lanun  yang merompak nelayan dan sekali-sekala naik ke daratan meropak kedai dan sebagainya. Mereka ini lebih di kenali sebagai  "Mundu"

Pengalaman ketika dijemput menyampaikan ceramah agama di Tanjug Labian 8 jam perjalanan dari lahad Datu naik Tongkang tiba-tiba di serang lanun memang tak dapat dilupakan. nasib baik ada marin yang membuat rondaan kalau tidak tak tahulah apakah nasib yang akan terjadi pada diriku. Namun aku amat mengharap agar konflik di Lahad Datu dapat diselesaikan secara aman.

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Nama makanan yang tak sanggup nak menyebutnya

Baru-baru ini aku berkesempatan ke Kota Jakarta. Apa yang mencuit hatiku bila melihat sekumpulan pelancong dari Semenanjung {perempuan} tersipu-sipu di hadapan satu restoren. Bila aku tengok rupanya ada iklan makanan di atasnya siap dengan gambarnya sekali. Mungkin di sana maksudnya lain dan  di sini memberi maksud yang lain. Nak tahu... nama makanan itu ialah  "Jalang Kote"

Lagi satu jenama makanan di bawah paling tak senonoh. Bubuhlah nama lain sekurang-kurangnya boleh membangkitkan selera...nii tak pi bubu nama.....

Khamis, 21 Februari 2013

Sabar-sabarlah sikit...


KUALA TERENGGANU - Hanya kerana menyuruh suaminya masuk tidur, seorang suri rumah berdepan mimpi ngeri apabila dicekik dan ditampar selain ditolak ke lantai, dalam satu kejadian di Kuala Ibai, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek, 37, yang naik 'hantu' selepas mangsa, 32, mengganggunya menonton televisyen turut merosakkan dan memecahkan beberapa peralatan di dalam rumah.

Menurut sumber, kejadian berpunca apabila mangsa mengajak suspek, yang bekerja sebagai peniaga itu, masuk tidur kerana bimbang tidak dapat menghantar dia ke klinik pada pagi yang sama.

“Pada mulanya, suspek meminta mangsa tidur dulu kerana masih ingin menonton televisyen, namun, suspek mula naik angin apabila mangsa menarik tangannya secara paksa.

“Tindakan itu menyebabkan suspek seperti dirasuk dengan mengangkat dan menolak mangsa ke lantai selain turut mencekik dan menampar muka mangsa,” katanya, semalam.

Menurutnya, kemarahan itu tidak berakhir di situ apabila suspek turut merosakkan dan memecahkan beberapa peralatan yang ada di rumah mereka sebelum menghilangkan diri begitu sahaja.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana bimbang keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan

Isnin, 18 Februari 2013

Nasi goreng pedas berdarah....


Akibat berang nasi goreng dimakannya terlalu pedas, seorang lelaki dipercayai tergamak menetak saudara kembarnya sendiri menggunakan sabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tebong, Kuala Sungga di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, B Vellakumar, 28, yang memasak nasi goreng parah di kepala dan badan akibat ditetak lelaki berusia 28 tahun itu.

Ketika kejadian, mangsa sedang memasak nasi goreng untuk makan malam di dapur sebelum suspek dikatakan datang menjamah nasi berkenaan.

Dakwa Vellakumar yang juga tukang paip, saudara kembarnya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu masuk ke dapur dan memberitahu perutnya lapar lalu mengambil pinggan sambil bersiul.

“Sebaik selesai masak, dia (suspek) datang ke dapur mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng itu sebelum terdengar dia merungut di luar rumah dan mendakwa nasi berkenaan terlalu pedas.

“Saya bagaimanapun tidak mengendahkannya dan terus menuju ke ruang tamu sambil bersembang dengan abang ipar berusia 27 tahun yang sedang berehat.

“Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba menjerit kuat memaklumkan nasi dimasak pedas dan saya terus ke arahnya sambil berkata ‘kalau tak nak pedas, masak sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, suspek yang berang kemudian meluru ke arahnya lalu melibas sabit tepat mengenai kanan kepala selain pipi kiri dan bahu kanannya.

“Belum sempat memalingkan muka ke belakang, dia datang melibas sabit dan menetak di kepala hingga menyebabkan mata berpinar melihat darah mengalir dan gagal mengawal keseimbangan badan.

“Sambil menekup kepala yang cedera, dia dilihat mencampakkan sabit itu di sekitar rumah sebelum melarikan diri meninggalkan saya terbaring menahan kesakitan,” katanya.

Vellakumar berkata, abang iparnya kemudian datang memapah dirinya masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital sebelum pengsan ketika dalam perjalanan.

“Abang ipar yang panik kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum ambulans tiba dan membawa saya ke Hospital Tampin sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaffar Seremban (HTJS),” katanya yang kesal dengan tindakan saudara kembarnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, suspek yang bersenjatakan sabit dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri.

“Polis sedang memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Khamis, 7 Februari 2013

Bagaimana dengan anak kita??




Rahsia 10 beradik penghafaz al-Qur'an...

Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.

Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.

Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh mengeluarkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?

Di antara rahsia ibu bapa mereka :

1-Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.

2-Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.

3-Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.

4-Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan anak-anak kita ?