Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 31 Mei 2013

Kenapa kita tidak mahu mendongak ke atas???

TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

 Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Alamak...kena tipu lagi...sabar aje le...

Berulangkali  aku dengar bunyi salam di luar rumah. Kelihatan anak muda berseluar jins lusuh dan memakai kad nama digantung dileher. Bila aku keluar dengan penuh sopan dia datang menghampiri aku "Maaf Ustaz ...saya mengganggu. Saya baru kerja kat Silverstone...Saya ada hajat besar nak cakap dengan ustaz" sambil menunjukkan kad yang tergantung dilehernya

Saya baru balik dari jumpa Tok Ketua mengadu masaalah saya tapi malangnya saya di maki hamun. Saya solat asar di Masjid mengadu kesusahan saya tak semena-mena seorang lelaki  menghampiri saya dan bertanya apa masaalah saya.Bila saya jelaskan dia suruh saya jumpa ustaz untuk minta tolong.

Saya tanya dia siapa lelaki yang bagitahu nama saya. Dia jawap "Pak Usop" kerja  mesin rumput bekas komando.Aku memang kenal sangat ngan Pak Usop ahli jamaah pengajian ku yang cukup istiqamah. Rupanya lelaki ini mengadu tak dak duit langsung nak beli susu anak terputus bekalan sejak 3 hari. "Saya tak tahan tengok anak saya asyik teriak siang malam...mak dia pun dah putus susu badan. Nak tunggu gaji 27 haribulan terasa lambat sangat jadi nak pinjamlah dekat ustaz..kut...kut boleh bagi pinjam."

Aku tenung mukanya, rasa kesian jugak...Aku hulur  rm 50 ringgit tak payah pinjam-pinjam nanti susah nak bayar. Seminggu jumpa Pak Usop sembang-sembang lalu terkeluarlah cerita orang susah ni. Pak Usop terkejut besar dan dia kata "Ustaz sudah kena tipu...lelaki tu kaki kelentong, dia pun dah kena tipu dan ramai lagi yang kena tipu. Saya tak pernah suruh dia jumpa ustaz dan tak pernah bagitaupun nama ustaz dan rumah ustaz..

Aku redha...tapi mungkin aku kena lebih berhati-hati

Khamis, 30 Mei 2013

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Ada 3 hal....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Aksi terlampau...nak buat macammana....

apa yang anda mahu...sekiranya anda seorang wanita

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa 

Rabu, 29 Mei 2013

Untungnya jadi lelaki kacak...

OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban

cinta songsang



Wanita Islam warga Pakistan ini akan menempa sejarah.

Mereka akan menjadi pasangan lesbian wanita Islam yang pertama yang akan berkahwin di United Kingdom secara pendaftaran sivil.

Mereka juga akan memohon suaka politik kerana bimbang nyawa mereka terancam sekembali ke Pakistan.

Rehana, 34 tahun dan 'kekasih'nya Sobia Kamar 29 nekad dengan keputusannya.

Selaku saudara se Islam kita patut sedih dan terharu dengan keputusan itu dan yang paling malang pemikirannya telah diresapi oleh kebebesan berfikir dan bertindak (Hak Asasi Manusia) seperti dalam kata-katanya selepas diberi nasihat oleh Pendaftar Perkahwinan yang lebih kurang bermaksud, "Negara (UK) ini memberi hak (memilih) dan ia merupakan satu keputusan serta tindakan yang terlalu personal kami ambil. Bukan urusan orang lain untuk masuk campur kehidupan personal kami."

Pasangan yang berasal dari Lahore dan Mirpur ini mula ber'kenalan' di Birmingham sebelum jatuh cinta......cinta songsang.....cinta yang terlarang dalam Islam

Ahad, 26 Mei 2013

Lima Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)


1.     Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.

2.     MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

 Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

3.     MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maqsudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]"

4.     Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan & menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan & menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang & menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda (s.a.w.) bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maqsudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

 Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, & antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim & menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput & yang makan kenduri tersebut.

5.     Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.


Sumber dari darulkautsar.net/ PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Sura rumahtangga sepenuh masa

Nampaknya cuti sekolah nie terpaksalah aku menjadi sura rumahtangga sepenuh masa. masak untuk anak-anak, kemas rumah lagi,lepas tu basuh kain baju. Penat juga dibuatnya. Kalau tak buat siapa lagi nak buat ? Aku bukan ada pembantu rumah...Mau tak mau kena buat sendiri lah

Kadangkala buat  kerja seorang isteri nie menginsafkan aku betapa beratnya beban yang ditanggung oleh isteri di rumah. Bangun kena awal. Kena fikir apa yang nak di masak dan apa yang nak di makan. Kalau untuk kita sorang tak apa...ini untuk anak-anak. Aku bukan jenis spesis. suka makan di kedai. Alhamdulillah seronok juga masak-masak  ni bila tengok anak-anak makan bukan main berselera lagi.

Akhirnya aku doakan agar zaujahku selamat mengerjakan umrah pergi dan balik serta mendapat ganjaran pahala yang besar Amiiin....

Isnin, 20 Mei 2013

Sehari ke sehari apa yang telah kita buat???


Dalam SEHARI: Berapa banyak masa kita gunakan untuk agama/perkara yang berfaedah/perkara yang diredhai berbanding perkara yang haram/yang mendatang dosa/yang melalaikan. Jika yang baik itu lebih banyak diamalkan, Alhamdulillah dan tingkatkan. Yang buruk itu berusaha tinggalkannya.
Jadilah orang muda seperti Sayyidina Ali Abi Talib, Usamah, Bilal Rabbah, Zaid bin Tsabit, Talhah, Abu Ubaidah, Khalid Al Walid dan ramai lagi anak-anak muda, para sahabat nabi yang besar jasanya untuk agama.
Renungkan makna pesanan baginda Nabi Rasulullah S.A.W
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG MISKIN yang pemurah

Aku cintakan orang yang merendah diri, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG KAYA yang merendah diri

Aku cintakan orang yang bertaubat, TETAPI
Aku lebih cintakan ORANG MUDA yang bertaubat.

Ahad, 19 Mei 2013

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

Jumaat, 17 Mei 2013

Makanan kegemaran NABI SAW


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas serta membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Rabu, 15 Mei 2013

Musang Tua dan Anggur masam..


Dalam peribahasa Melayu juga ada disebut sebagai, 'Musang berbulu ayam' yakni musuh yang berpura-pura baik, hanya menunggu masa nak kokak kita dalam gelap nanti....

Dan tentu sekali kita teringat akan filem Allahyarham P.Ramlee ~ Musang Berjanggut ...mengisahkan Tok Peti yang korup!

Apa yang saya nak kisahkan dalam entri kali ini ialah mengenai Musang Tua dan Anggur masam....Frasa ini berasal dari cerita dongeng oleh seorang lelaki yang dipanggil acient Aesop.

Cerita ini mengenai seekor musang lapar yang begitu terlior apabila melihat beberapa anggur masak bergayutan tinggi di atas pokok. 

Dia cuba untuk mendapatkan anggur itu walaupun di luar kemampuannya. Dia tetap mencuba berkali-kali terlompat-lompat cuba mencapai buah anggur ranum yang ada tinggi di atas pokok.

Malang sekali, lompatannya kali ini sudah tersilap perkiraan. Kakinya terpeliut pula.... dia jatuh tersembam lalu pitam seketika ....

Ya, selepas beberapa percubaan nekad dan tetap gagal, musang itu pun berputus asa , terpaksa beredar pergi sambil berkata " Anggur itu mungkin masam …" 

Apabila seseorang berkata " Anggur itu mungkin masam…", Ia adalah menceritakan tentang seseorang yang berhasrat sesuatu, tetapi tidak dapat memilikinya, lalu dia berpura-pura seolah-olah tidak mahukannya!

Sepatutnya musang tua itu lebih awal-awal lagi beredar dari situ supaya ada yang lebih berkemampuan untuk mencapai dan memetik anggur tersebut.Tetapi sikap degil dan keras kepalanya itu tidak mahu memberi ruang kepada musang-musang muda yang lain ....

Aleh-aleh usahanya itu gagal, dia tetap tidak mahu menyalahkan dirinya sendiri tetapi cuba menyalahkan orang lain pula.Malah dia berasa syukur kerana 'Anggur itu mungkin masam' .....

Selasa, 14 Mei 2013

Bersyukurlah hendaknya

anak miskin
Bila kita mengeluh kesusahan… ada lagi sebenarnya yg lebih hebat kesusahannya….. kita sentiasa nak hidup mewah , tetapi apakah kita mengerti bahawa di luar sana ada yang lebih susah dari kita … tidak ada tempat tinggal, tiada pakaian, sentiasa kelaparan … gambar ini, si abanglah menjadi pelindung kepada adiknya, menjadi bantal kepada adiknya, menjadi selimut untuk adiknya … ya Allah …” ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ya Allah, kasihanilah dua orang kanak-kanak ini, peliharalah mereka, berilah rezeki kepada mereka, ya Allah, Engkau sedialah tempat tinggal kepada mereka untuk berteduh dari panas dan hujan, berilah mereka pakaian dan makanan sentiasa ya Allah, sesungguhnya ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Penolong dalam segala sesuatu ”

Ahad, 12 Mei 2013

Teruskan Perjuangan......


Umum mengetahui, antara faktor kejayaan penguasaan Islam ke atas dunia pada suatu masa dahulu adalah menerusi peperangan / jihad fi sabilillah. Bermula dari episod penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke kota Madinah, tempoh 10 tahun sebelum kewafatan baginda banyak dipenuhkan dengan siri-siri peperangan yang pelbagai.
Di sisi ulama’ Sirah, ilmu peperangan Rasulullah ‘Alaihi Salam dikenali sebagai ‘ilmu al-Maghazi’. Ilmu ini dihafal dan dipelihara dengan bersungguh-sungguh oleh para sahabat, kemudian diajarkan kepada generasi Salafus Soleh yang hidup selepas mereka. Ilmu ini tidak boleh dilupakan oleh umat Islam pada mana-mana generasi pun, kerana musuh Islam sentiasa mengintai peluang-peluang untuk melancarkan perang ke atas Islam, baik pelancaran perang bersenjata atau serangan pemikiran (Ghazwatul Fikr).
Telah berkata salah seorang daripada Salafus Soleh yang terkenal – Zainal Abidin Ali bin Hussein (cucu kepada sahabat – Saidina Ali) ; “Kami di ajar berkenaan Maghazi (kisah-kisah peperangan) Rasulullah sepertimana kami diajar surah-surah dari Al-quran”.
Sepanjang hayat baginda, Rasulullah ‘Alaihi Salam telah memimpin sebanyak 28 Ghazwah*. 9 daripadanya berlaku pertembungan dengan pihak musuh, iaitu perang Badar, Uhud, al-Muraisi’, Ahzab, Quraizah, Khaibar, Fathu Makkah, Hunain dan Thoif. Manakala 19 lagi tidak berlaku pertembungan disebabkan musuh melarikan diri.
Namun begitu, siri peperangan di dalam sejarah Islam tidak terhad kepada itu sahaja. Rasulullah telah mengutuskan labih daripada 50 Sariyah*. Menurut Ibnul Qayyim al-Jauzi, bilangan Sariyah jika dicampurkan dengan Bi’sah* hampir menjangkau 60 semuanya.
*Ghazwah : peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah, dan baginda bertindak sebagai Amir (panglima).
*Sariyah : peperangan yang tidak dihadiri oleh Rasulullah, tetapi baginda melantik Amir untuk mengetuainya.
*Bi’sah : delegasi atau utusan yang dihantar oleh Rasulullah kerana sesuatu urusan.
Jika dihitung, jumlah peperangan yang diharungi oleh Rasulullah dan para sahabat (merangkumi Ghuzwah, Sariyah, dan Bi’sah) mencapai kiraan 80 kali. Dan purata tahunan generasi wahyu Ilahi tersebut berperang adalah sebanyak tujuh atau lapan kali setahun. MasyaAllah.
Jika diintai kalimah ‘jihad’ dari sudut bahasa, maknanya kuasa, upaya, sukar dan payah. Namun dari sudut isltilah, secara umumnya jihad memberi makna; “Segala daya usaha, segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah”.
Jihad Umum ini mengandungi semua jenis jihad termasuklah jihad mali (harta), jihad tablighi (menyampaikan dakwah), jihad ta’limi (pembelajaran), jihad siyasi (politik) dan jihad qital (peperangan).
Tidak dinafikan terdapat pelbagai bentuk takrifan jihad di sisi ulama’. Adapun jihad dengan pengertiannya yang khusus diertikan sebagai qital fi sabilillah (berperang di jalan Allah) semata-mata mengharapkan keredhaan Allah tanpa ada sedikitpun tujuan duniawi.
Untuk itu, tiada alasan lagi untuk kita lari daripada Jihad. Rasulullah ‘Alaihi Salam telah menyatakan sabdanya menerusi riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah;
مَن ماتَ ولمْ يغزُ، ولم يُحَدِّثْ به نفسَهُ، ماتَ على شُعبةٍ من نِفاقٍ
Maksudnya : “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak pernah berkata pada dirinya untuk berperang (yakni berniat untuk berperang memepertahankan Islam), maka matinya itu satu cabang dari mati Munafiq”. Na’uzubillahi min zalik.
Kesan jihad Rasulullah ‘Alaihi Salam, seluruh tanah Arab telah berjaya disatukan di bawah panji-panji Islam. Pejuang Islam tika itu sangat digeruni bukan sahaja di sekitar Tanah Arab, malah mencakupi dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Empayar Rom dan Parsi.
Perginya kekasih Allah menyambut seruan Ilahi. Namun roh, semangat dan perjuangan baginda ‘Alaihi Salam diteruskan oleh generasi mendatang sehingga Islam pernah menakluk 2 per 3 dunia. Penguasaan Islam melebar dari Timur ke Barat (China ke Perancis) dan dari Utara ke Selatan (Siberia ke Lautan Hindi). Semua ini disebabkan izzahnya (mulia) individu muslim dengan keagungan Islam.

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2013/05/teruskan-perjuangan.html#xL6ZquRBimuMMkF3.99 

Rabu, 8 Mei 2013

Laa Tahzan.....

Dua minggu aku tawakuf kuliah. Baru semalam mula balik mengajar di surau. Memang mood agak down sikit  bagitu jugak dengan jamaah di surau. Fikirkan balik perjuangan tidak akan ada noktahnya kecuali kita mati. Allah hanya akan bertanya kelak "adakah kamu termasuk dalam golongan yang menolong Agama Allah (Islam) ataupun menjadi pertualang dan penentang agama Allah"

Hidayah tidak akan datang dengan sendirinya tanpa kita sendiri berusaha untuk mendapatkannya. Kebenaran tidak akan ditemui sekiranya Allah tidak menunjukkannya. Justeru  kita hanya mampu menyeru dan menyeru pada jalan kebenaran (Huda) dan jangan rasa sedih andaikata seruan kita tidak diterima dan dakwah kita ditolak. Allah hanya akan memberi kemenangan sekiranya syarat-syarat kemenangan itu dipenuhi..

Selasa, 7 Mei 2013

Akhirnya! Nenek Ini Menemukan Cinta di Usia 106 Tahun


Cinta sejati dapat kekal sepanjang hidup, tapi terkadang memerlukan waktu seumur hidup untuk menemuinya. Sepertinya ungkapan ini sesuai ditujukan pada Marjorie Hemmerde. Sebab nenek ini baru menemui cinta di usia 106 tahun.
Marjorie and GavinKekasih Marjorie juga sudah berumur, namun lelaki bernama Gavin Crawford itu 3 dekad lebih muda. Gavin berusia 73 tahun. Uniknya keduanya belum pernah berkahwin sebelumnya. Sehingga kisah cinta mereka berdua di usia senja membuktikan bahawa tidak pernah ada kata terlambat untuk mencari seseorang istimewa.
Dipetik dari Herald Sun, Rabu (8/5/2013), keduanya bertemu tiga tahun lalu di rumah penjagaan. Seperti layaknya anak muda yang baru mengenal cinta, keduanya kelihatan sangat mengagumi satu sama lain dan seolah tak boleh dipisahkan.
“Kami sama-sama tertarik,” kata Marjorie.
“Kami seperti kawan lama, perbezaan usia tidak menjadi masalah,” tambahnya.
Gavin pun merasa sangat bahagia menemui puteri pujaan hatinya. Di mata Gavin, Marjorie adalah sosok yang ceria dan selalu menghargainya. Tak hairanlah keduanya sering menghabiskan masa dengan tertawa bersama.
“Saya fikir kami berdua telah belajar bahawa hidup ini terlalu singkat untuk tidak dinikmati,” kata Gavin.
Namun Gavin dan Marjorie tidak berfikir untuk membawa hubungan mereka ke jinjang perkahwinan. Sebab mereka merasa sudah terlalu tua dan yakin bahawa berkahwin bukanlah satu-satunya perkara yang membuat hidup menjadi luar biasa.
Vicki Fraser yang merupakan pengurus di rumah penjagaan tersebut berpendapat kisah cinta keduanya sangat indah dan menyentuh hati. Perasaan cinta keduanya turut dinilainya boleh memberikan kesan positif.
“Ini membuktikan bahawa tidak ada sesuatu yang terlalu terlambat,” kata Fraser.