Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 28 Jun 2011

Durian tanpa duri


Durian tanpa duri berasal dari daerah Lombok Indonesia. Uniknya buah ini kerana kulitnya tidak berduri sepertimana durian lain. Besar buahnya seakan-akan buah tembikai dan buah matang mengeluarkan aroma durian biasa.
Ketebalan isi 0.5 cm spt isi durian biasa

Bohong seorang ibu...

Kisah seorang anak...

Kisah bermula ketika usiaku masih kecil. Aku dilahirkan dalam suatu keluarga yang sangat miskin. Sehari aku hanya mampu menjamah nasi sekali sahaja. Aku lihat ibu sering memberikan nasinya kepadaku sambil memindahkan nasinya ke pinggan ku sambil berkata "Makanlah nasi mak ..mak tak lapar.
(Hakikatnya ibu telah berbohong kerana selepas itu aku pernah melihat ibu mengarik kerak nasi untuk dimakan)

Ketika aku mula dewasa. Ibu begitu bersemangat menghabiskan waktu lapangnya dengan memancing puyu,haruan dan keli dengan harapan ikan tersebut boleh memberikan zat protin secukupnya pada tumbesaranku. Ibu memasak sup haruan yang segar. Sewkatu aku memakan sup haruan ibu duduk disamping dan memakan sisa ikan yang aku makan. bila aku hulurkan secubit daging ikan dengan cepat ibu menolaknya dengan berkata 'Makanlah....mak tak berapa suka makan ikan" (Aku ditipu lagi kerana setahuku ibu memang menggemari daging ikan)

Apabila aku masuk ke sekolah rendah, demi membiayai perbelanjaan abang dan kakak ku, ibu sanggup bersusah payah menganyam tikar mengkuang dan jualannya dapatlah menambahkan lagi sedikit pendapatan. Di kedinginan malam aku terbangun dari tidur melihat ibu masih tekun mengayam tikar untuk disiapkan. Aku berkata "Mak tak tidur ke? sekali-sekali terdengar kokokan nyaring ayam jantan menandakan waktu subuh sudah menjelang. Ibu tersenyum dan berkata :“Tak ape...ibu tak rasa penat" (Rasanya ibu tipu lagi kerana disebalik sinaran pelita minyak tanah aku melihat ibu memegang pinggangnya berkali-kali dan acapkali menguap panjang)

Ketika aku ditemuduga untuk ke sekolah asrama penuh , ibu menemaniku untuk memberi semangat kepadaku. Ibu sanggup berpanas menanti aku selesai ditemuduga. Iai ibu begitu tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika temuduga selesai ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata :“Minumlah nak, ibu tidak dahaga!” (Aku kena tipu lagi...)

Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sepatut lebih banyak berehat. Tetapi ibu tidak mau, ia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di bandar sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu bersungguh-sungguh tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata :“Hangpa lebih perlu duit untuk simpanan masa depan...mak masih ada duit. (ibu berbohong lagi)

Setelah lulus dari Universiti , Akhirnya aku pun bekerja di sebuah jabatan dengan gaji yang agak lumayan. aku bermaksud membawa ibuku untuk tinggal bersama . Tetapi ibu menolak dengan baik kerena tidak mahu menyusahkan diriku dan anak isteriku.


Ibuku telah tua dan...dokter mengesahkan ibu diserang kanser tulang dan perlu dirawat segera. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di katil setelah menjalani kimoterapi. Ibu yang keliatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menyiksa tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perih, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan sebegini. Tetapi ibu dengan senyum yang dipaksa-paksa berkata :“Jangan menangis anakku,Aku boleh menahan sakit”

Beginilah kasih sayangnya seorang ibu. Mereka sentiasa berbohong dan menyembunyikan hakikat yang sebenar demi kebahagian hidup anak-anak. Terpulanglah pada anak-anak untuk membalas pengorbanan ibu yang kerap berbohong

Isnin, 27 Jun 2011

Jadikanlah solat kita sebagai Mikraj

Kita sekarang ini berada di penghujung bulan Rejab dan sudah tentu di bulan ini banyak mesjid dan surau menganjurkan ceramah mengenai peristiwa agung Israk dan Mikraj. Saban tahun kita mengulangi pengkisahan mengenai peristiwa tersebut namun masih sedikit di kalangan kita yang dapat memahami apa yg tersirat di sebalik yang tersurat dalam peristiwa tersebut.

kewajipan solat satu-satunya rukun Islam yang difardhukan oleh Allah secara terus tanpa perantaraan malaikat menunjukkan solat adalah sesuatu yg sangat penting dan perlu senantiasa di mikrajkan. Kita tidak mahu ada orang yang bersolat tetapi tidak sampai ke sisi Allah ianya terawang-awang dan kemudiannya dihumbankan oleh malaikat ke muka orang yg bersolat.

Di sini saya titipkan 5 golongan orang yang bersolat untuk sama-sama kita renungkan..

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Imej Ganjil Di kaki langit...

SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi

Zalimnya...




Ahad, 26 Jun 2011

Kerja paling merbahaya di dunia...

Seorang pekerja sedang tekun membina jambatan kayu yang merentasi sisi gunung yang amat curam di negara China. Pekerjaan mereka ini diketogerikan sebagai salah satu pekerjaan paling berbahaya di dunia.

Jalan kayu di Gunung Shifou yang terletak di Provinsi Yunan akan di bina sepanjang 2 batu , dan menjadi yang terpanjang di China.

Jalan itu sempit dan menggunakan kayu yang berlubang. Para pekerja harus melakukan pasak di tebing terlebih dahulu sebelum kerja pemasangan kayu dilaksanakan.

Para pekerja tersebut umumnya tinggal di gunung yang terletak di Provinsi Jiangxi dan mengatakan, bahwa mereka sudah terbiasa dengan pekerjaannya.

Yu Ji yang berusia 48 tahun sudah bekerja sebagai pembangun jalanan di tebing selama lebih dari 10 tahun.

“Para pemuda tidak menginginkan pekerjaan ini, kami harus tinggal di pegunungan selama berbulan bulan atau bahkan beberapa tahun,” ujar Yu Ji

“Menurut saya pekerjaan ini tidak berbahaya seperti apa yang orang lain fikirkan. Kita hanya memerlukan tali dan semuanya akan berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur

"Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Besok-besok sajalah ustaz...

Kita sering mendengar kata-kata besok dah tua-tua baru nak ibadat. Nak berubah jadi baik. Sekarang nie muda lagi tak puas nak enjoy.

Kenapa perlu menangguh-nangguh waktu untuk berubah. Apakah kita sudah mengetahui ajal kita akan menjelang apabila kita telah menjadi tua bangka? Kita tidak tahu entah besok lusa Malaikat maut datang menjemput dalam keadaan kita tidak bersedia.

Sesungguhnya orang yang berjaya di sisi Allah ialah yang dapat menghilangkan sifat malas untuk beribadah. Orang yg tidak beribadah secara tidak langsung sengaja membiarkan dirinya berada dalam kegelapan. Cuba kita lihat skrin komputer dan matikan komputer/laptop lalu kita akan melihat munculnya bayangan hitam di dalamnya. Bayangan itu adalah anda...Fikirkanlah jika kita berkata besok...besoklah kemungkinan besok anda sudah mati dan anda tidak mampu melakukan apa yang anda ingin lakukan besok.

Kejayaan maupun kebahagian seseorang tidak terjadi esoknya tetapi pada hari ini. Inilah alasan penting kenapa kita harus melakukannya pada hari ini. Satu-satunya cara mengatasi penyakit "besok...besoklah ustaz..." ialah anda harus sedar bahawa waktu tidak akan pernah kembali.

Rekod Dunia ..wanita ini telah bernikah sebanyak 23 kali.


Linda Wolfe telah mencatatkan diri dalam Guiness Book of world Records apabila telah berkahwin sebanyak 23 kali. Beliau telah berkahwin kali pertama dalam usia 16 tahun dan kini Linda Wolfe telah mencecah usia 68 tahun

Tujuh perkahwinan terawalnya bertahan selama tujuh tahun dan yang paling singkat hanya bertahan selama 36 jam sahaja.

Sabtu, 25 Jun 2011

Bersangka baiklah...mungkin kebencian pada sesuatu boleh membawa kebaikan kepada dirimu..

Ketika saya menatap Al-Quran di malam yang hening saya melihat satu ayat al-Quran yang mafhumnya "....kamu membenci sesuatu perkara tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada kamu...dan kamu menyukai sesuatu perkara tetapi akhirnya mendatangkan keburukan kepada kamu"

Termenung saya sambil bertafakur kerana ada benarnya ayat ini. Kita menyayangi dan menyukai pelajar yang baik...pandai..rajin dan sebaliknya tak suka serta benci dengan pelajar yang bodoh culas dan malas. Tetapi pengalaman saya melihat pelajar yang kita didik dengan kasih sayang inilah yang buat-buat tak kenal kita apabila mereka sudah dewasa berkerjaya dan sudah berjawatan tinggi.

Sedangkan pelajar yang asyik kena marah dengan kita kerana sering tak siapkan kerja sekolah itulah yg sering menegur sapa kita meskipun kita dah tak kenal mereka. Suatu ketika saya ke pasar minggu dan singgah untuk beli ikan basah. Tiba-tiba seorang anak muda menegur saya "Ustaz tak kenal saya ke..?saya murid ustaz..terimakasih kerana mengajar saya. Ustaz dah mai kat gerai saya ni..hari ini saya bagi free...tak payah bayar ... ustaz ambiklah mana ikan yg ustaz teringin" Terkedu juga saya dibuat,budak yang dulu sering kena marah dengan saya tetapi kini amat beradab dan menghormati bekas gurunya.

Dalam bab yg lain,mungkin juga berlaku pada anak-anak kita. Sewajarnya kita tidak pilih kasih kerana kisah yg saya paparkan dibawah mungkin boleh menyentuh hati kita setidak-tidak memberi sedikit keinsafan pada kita insyaallah.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz Dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL TU. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan Cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang dari kakak kau. Cuba kau tengok Balkis Tu, tak pernah dia membantah cakap bukan macam kau in!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya.

Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..

Jumaat, 24 Jun 2011

Lelaki Paling Busuk Di Dunia

http://www.eastern-venture.com/userfiles/Mr%20Kailash%20Nath%20Singh.jpg
Biasanya orang mulai gatal-gatal dan bermasalah dengan bau badan jika seharian tidak mandi. Namun ada seorang lelaki yang tidak gatal sedikitpun meski tidak pernah mandi selama 37 tahun dan tercatat sebagai lelaki paling berbau didunia.

Kailash Sigh, lelaki India berusia 65 tahun yang tinggal di kota suci Varanasi di tepi sungai Gangga terakhir kali mandi pada tahun 1974, tak lama setelah ia menikah.

Saat ditanya alasannya, Singh mengaku tidak mandi agar suatu saat nanti bisa dikurniai anak lelaki. Ayah dari 7 anak yang seluruhnya perempuan ini berkeyakinan, jika ia konsisten tidak mandi maka suatu saat isterinya akan mengandung anak laki-laki.

Sementara itu isterinya, Kalavati Devi yang berusia 60 tahun berkali-kali mengancam tidak mau tidur sekatil jika suaminya tidak mandi, namun ancaman itu tidak diambil kisah sehingga Devi akhirnya menyerah.

Bayangkanlah bagaimana bau badan Singh yang sehari-hari bekerja di ladang di bawah terik matahari bersuhu 47 derajat celcius. Satu-satunya cara Singh membersihkan badan hanyalah dengan ritual 'mandi api' yakni menari di sekitar api unggun tiap malam sambil berdoa.


"Kami sering berusaha memandikannya secara paksa, tapi ia selalu memberontak kemudian lari. Katanya ia pilih mati daripada harus mandi. Pokoknya ia hanya akan mandi kalau sudah punya anak laki-laki," ungkap Devi seperti dikutip dari Dailymail, Jumat (24/6/2011).

Bukan hanya isterinya yang merasa terganggu, penduduk kampungnya terutama kanak-kanak juga banyak yang mengejek-ngejek Singh. Setiap kali Singh melintas dengan basikalnya kanak-kanak akan menjerit kuat-kuat "Busuknya tak mandi...tak mandi...,uweeek""

Tidak seperti Devi dan warga desa yang lain, anak tertua Singh yakni Pooja justru bangga karena perilaku ayahnya tersebut membuatnya jadi populer di sekolahnya. Gadis 16 tahun tersebut mengaku banyak yang penasaran ingin bertemu dengan Singh sekedar untuk melihat secara langsung.

"Teman-teman merasa kagum bagaimana ayahku boleh hidup bertahun-tahun tanpa mandi. Banyak dari mereka yang ingin melihatnya dengan mata kepala sendiri" kata Pooja.

Pelik juga perangai ini. Rasanya kalau dia mau mandi kat sungai atau kolam mau timbul-timbul ikan tak tahan bau busuk maklumlah....dah 37 tahun tak mandi.

Khamis, 23 Jun 2011

Mesyuarat Tergempar Iblis Syaitan...

Dalam suatu mesyuarat antara iblis, syaitan dan jin :

“Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid, Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran, Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan nabi mereka Muhammad, semasa mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid. TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi ada masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis.

”Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan mendekatkan dirinya kepada Allah dan terus perhatikan kegiatannya sepanjang hari!.

“Bagaimana kami melakukannya?” tanya syaitan dan jin.


“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka”. Jawab sang iblis

“Goda mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Pujuk isteri-isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan suami-suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam sehari, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.
Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mula tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan penat pulang dari bekerja”. “Berterusan mendorong berfikir begitu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di dalam rumah mereka sendiri.”

“Pikat mereka untuk membunyikan radio atau CD semasa mereka memandu”.

“Goda mereka untuk menyintai TV, VCD, CD,DVD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik berterusan di semua restoran,kedai dan pasaraya di dunia ini.”

“Perkara ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosakkan hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”

“Penuhkan meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Isikan pendengaran mereka dengan berbagai berita dan gosip serta hiburan selama 24 jam sehari agar mereka terlupa akan Al-Quran”

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan maklumat tidak berguna, katalog-katalog, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambar wanita yang cantik dan yang langsing dan berkulit gebu di majalah dan TV, untuk menggoda suami-suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat suami-suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah isteri-isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”.

“Jika isteri-isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan suaminya, maka suami akan mula mencari di luar”. “perkara inilah yang akan mempercepat retaknya sebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka Al-Quran.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi ada masa untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, fitness, pasaraya, pertandingan-pertandingan, konsert musik dan sebagainya.”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang sehaluan, bisikkan gosip-gosip dan perbualan yang tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak nampak apa-apa.

Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan dunia yang akan membuat mereka tidak ada masa untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahawa keberhasilan, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan dengan izin Allah).”

“PASTI BERJAYA, PASTI BERJAYA..” “PERANCANGAN YANG BAGUS.”

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN HURA-HURA”.

“Dan hanya meluangkan sedikit sahaja masa buat Allah Taala.”

“Tidak lagi ada masa untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan sesama sendiri akan Allah dan RasulNya”.

Rabu, 22 Jun 2011

Dulu dan Kini - akan datang tak tau apa nak jadi.

RENUNG-RENUNGKAN:
-Dulu bujang pastu kahwin 1...2..3 dan akhirnya 4. Dulu pakai motor kapcai tukar kancil...wira...honda dan lamborghini.Dulu main badminton kini tukar main golf la pulak.Dulu duduk rumah sewa pastu beli rumah kos rendah kini rumah banglow.

-Dulu kerja technician...supervisor...engineer dan kini dah jadi manager. Dulu 14" tv sekarang dah tukar 42". Hujung tahun bawa anak melancung dalam negara kini nun sat..sat pi Indonesia...Beijing...Mumbai tah mana-mana lagi.
Dulu...biasa je mancing kat longkang parit...lombong kini mancing kat kolam (bayar punye) ...laut dalam sewa bot 2000 ringgit ...pi kelong pergh....hebat tuu.
.
T E T A P I...
Kita jangan lupa...semakin banyak kita mengecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita. Ditakuti semakin kita berjaya...kita menjadi semakin lupa diri. Semua yg kita dapat adalah pemberian Allah swt

Lalu...apa yang perlu kita lakukan ?
Kalau cuai solat ubah sikap jangan tinggal lagi sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadika amalan harian. Jika biasa banyak buat maksiat kurangkan sedikit demi sedikit sehingga tinggalkan terus. Pi melancung merata tempat jangan lupa buat persediaan untuk haji dan umrah di Makkah dan Madinah. Biasa sedekah seringgit (itu pun ketar tangan)hulur-hulurlah 10 atau 100 ringgit. Biasa solat di rumah (kadangkala pakai kain pelikat dgn singlet je) mulakan langkah untuk berjamaah di masjid berdekatan

5 jam sehari menonton TV -----kurangkan kepada 3 jam tengok tv & 2 jam duduk dalam majlis ilmu......3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- dan 1 jam membaca Al-Quran /selawat , zikir.
Dan apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk Akhirat.

Namun apa yang paling ditakuti...dulu rajin sembahyang tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur tinggal akhirnya tak sembahyang langsung .......Kalau dulu tak kenal dangdut/karaoke. .. bila Allah beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Allah beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Allah swtn hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

Hari yang Pasti Terjadi. Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Qisas Oh Qisas...

Muhammad Saad al-Beshi, “Tahanan saat itu diikat dan ditutup matanya. Dengan sekali tebas pakai pedang, saya memisahkan kepalanya, yang jatuh menggelinding beberapa meter jauhnya,”
Seorang pembantu rumah bernama Ruyati bt Satubi telah dijatuhkan hukuman mati mengikut qanun Qisas setelah terbukti membunuh isteri kepada majikannya. Umum mengetahui bahawa hukum Qisas ialah nyawa dibalas nyawa,blood to blood darah dibayar darah. Ruyati gagal mendapat pengampunan dari majikannya untuk menebus dirinya dengan diat dan kini dia sedang menanti perlaksanaan hukuman pancung sampai mati.

Menurut Muhammad Saad Al-Beshi yg ditugaskan untuk memancung kepala pesalah, "Tahanan akan diikat kemas dan ditutup matanya, dan dengan sekali libas sahaja saya dapat memenggal dan memisahkan kepala sipesalah yang jatu menggelupur beberapa meter jaraknya . Di Arab Saudi nama Beshi cukup terkenal. lelaki berusia 50han ini merupakan seorang pemancung yang sangat mahir yg dilatih secara khusus oleh kerajaan Arab Saudi sejak 1998 lagi

Beshi tidak pernah merasa takut menjalankan tugas ini bahkan ia merasa amat bangga sekali kerana menurutnya ia telah menjalankan perintah Allah dalam melaksanakan hukum qisas menurut ajaran Al-Quran.Berdasarkan hukum di arab Saudi, hukuman mati akan dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah pembunuhan,penyeludupan dadah rompakkan bersenjata dan penagih dadah.

Selain diminta memenggal kepala tahanan, ada juga ketikanya Beshi diarahkan menggunakan senjata api untuk menembak tahanan semuanya bergantung kepada arahan mahkamah. namun seringkali saya menggunakan pedang sahaja. Pernah dalam sahari beliau di arahkan memenggal 10 orang tahanan..

tahanan yg dikat dan ditutup matanya, Dengan sekali hayun kepalanya akan terputus dan dikala itu bayak saksi yang melihat akan termuntah kerana kengerian dan dahsyatnya hukuman ini. Ia akan menakutkan orang lain untuk melakukan jenayah.



Inilah pedang yang digunakan kala pertama kali lakukan pekerjaan memenggal kepala manusia
Inilah pedang yg digunakan kali pertama untuk memancung kepala pesalah jenayah suatu ketika dulu.

Selasa, 21 Jun 2011

3 langkah efektif melemahkan nafsu....

"Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.

Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.

Kehebatan Al-Quran

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.


Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

sumber : Berita Harian Online