Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 12 Jun 2011

Anak berjiwa Malaikat..malangnya ia bukan seorang muslim

Seorang bapa berkata "Nak... tolong tuangkan air kat abah..." "Apalah abah ni pemalas betul"
Garukan belakang abah, belakang abah gatal laa..." "Tak nak...abah busuk" Mungkin itulah sebahagian jawapan anak-anak pada zaman ini.

Anak tak pernah rasa susah. Tak beli apa yang diminta merajuk sakan, tak nak bercakap. Hatta ibubapa yang terlupa nak sambut hari jadinya pun muncung mulut... bad mood sepanjang hari. Kisah di bawah ini barangkali boleh jadi teladan...

Tanggal 27 Januari 2006 seorang anak berusia belasan tahun bernama Zhang Da tinggal di sebuah daerah terpencil di China telah mendapat penghargaan dari negaranya di atas pengorbanan yang dilakukan terhadap bapanya yang di tinggalkan isteri kerana menderita penyakit kronik sehingga si bapa tidak mampu berjalan dan hanya berbaring sahaja.

10 tahun ibunya meninggalkan mereka lantaran tidak tahan dengan kehidupan yang miskin serta suami yang sakit namun Zhang Da tetap mengambil alih tugas untuk menjaga ayahnya serta mencari rezeki di samping meneruskan persekolahannya.

Usianya ketika itu belum lagi mencecah 10 tahun namun tanggungjawab berat ini terpaksa dipikul. ia harus mencari makanan dan juga membeli ubat-ubatan untuk bapanya yang dikasihi serta sekali-kali tidak akan menyerah kalah kepada nasib dan cabaran yang ditempuhi.

Diawal pagi anak ini berjalan kaki ke sekolah melalui hutan rimba. Di dalam perjalanan itu ia mula makan daun hutan, biji-bijian dan buah-buahan yg ditemuinya sehingga dia dapat mengetahui makanan atau daun yang boleh di makan atau tidak.

Pulang dari sekolah bergegas ke tempat kuari dimana batu batu besar dibelah. Dengan kudrat yang tak sekuat mana anak kecil ini terus mengambil upah bekerja membelah batu-batu yang keras bersama orang yang lebih dewasa.hasil kerja mengambil upah sebagai tukang batu membolehkan Zhang Da membeli beras danubat-ubatan untuk ayahnya. Kehidupan seperti ini berjalan selama 5 tahun sejak usianya 10 tahun namun ditakdirkan ia terus sehat walafiat.

Zhang Da akan mendukung bapanya ke bilik air sam ada untuk dimandikan atau dibersihkan najis dan kekotoran

Ia memasak bubur nasi dan disuapkan ke mulut bapanya dengan penuh kasih sayang. Tidak ada sekalipun ia mengeluh di atas apa yg dilakukannya saban hari. Sejak berumur 10 tahun Zhang Da tekad membaca buku mengenai ubat-ubatan China. Dia juga mahir menggunakan jarum suntikkan untuk memasukkan ubat dalam badan bapanya dan telah dilakukannya sejak lebih kurang 5 tahun.

Ketika hari penganugerahan Zhang Da ditanya oleh para wartawan t
"Zhang Da, sebut saja kamu mahu,Sekolah di mana, dan apa yang kamu impikan dalm hidup kamu? Berapa wang yang kamu perlukan untuk membiayai sehingga selesai persekolahanmu. Pokoknya apa yang kamu idam-idamkan sebut saja, di sini ada banyak pejabat, pengusaha, dan orang terkenal yang hadir untuk memenuhi permintaan dan impianmu.

Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui layar television....tentunya mereka boleh membantumu!"

Beberapa minit berlalu Zhang Da masih diam, lalu dengan suara bergetar ia pun menjawab,
"Aku mau ibuku kembali. Ibu... kembalilah ke rumah, aku boleh membantu bapa dan aku boleh bekerja keras mencari makan sendiri. Ibu...kembalilah...dengan suara yang agak perlahan!"

Semua yang hadir pun spontan bercucuran air mata karena terharu. Tidak ada yang menyangka akan apa yang keluar dari bibirnya. Mengapa ia tidak minta kemudahan untuk pengubatan bapanya, mengapa ia tidak minta kemudahan yg ditawarkan untuk meringankan hidupnya dan sedikit bekal untuk masa depannya?Mengapa ia tidak minta rumah kecil yang dekat dengan rumah sakit?

Mungkin apa yang dimintanya, itulah yang paling utama bagi dirinya. Aku mau ibu kembali, sebuah ungkapan yang mungkin sudah dipendamnya sejak saat melihat ibunya pergi meninggalkan dia dan bapanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan