Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 24 Mac 2012

Mangkuk ayun betoi laa

Dulu...ustaz aku pertnah gak pesan, jangan jadi mangkuk ayun. Susah jugak aku nak faham apa makna mangkuk ayun tuu. Mungkin mangkuk ayun tu orang yang suka ambik kesempatan untuk pedajai orang lain ataupun untuk mempermainkan dan memperbodohkan orang lain.

Selalu jugak sahabat aku cakap.."mangkuk ayun betoi la dia tu? Berbalik kepada kisah ustaz aku. Dia cerita dalam kuliah dia ada 3 0rang mangkuk ayun sudah kasi main seorang pak Imam. Imam ni dah lama geram kat depa ni suka lepak dan mengusik anak dara orang.

Pendek cerita, Pak Imam cari jalan bagaimana nak tarbiah dan beri keinsafan pada mereka ni. Kebetulan tempat mereka selalu lepak dekat dengan surau. lalu berlakulah beberapa insiden cabar mencabar. Pak Imam cabar tiga mangkuk ayun tu ke surau waktu maghrib nanti.

Mangkuk ayun pertama dengan tegas menyatakan.."Apaa..ingat kami ni jahil sangat ke Pak Imam..kami boleh buktikan bahawa kami bukan sejahil seperti yg disangkakan.

Maghrib menjelang tiba. Pak Imam lega melihat tiga mangkuk ayun ni datang menyahut cabaran.Tapi rasa cuak jugak nengok mereka datang dengan bertopi ala rap yang dipusing ke belakang. Tanpa basa basi pak Imam jemput mereka masuk dan minta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Apalagi tampil seorang depan macrofon dan terus azan dengan suara meneran ala Ramli Sarip. berkerut juga muka Pak Imam kerana yang dia dengar bukan azan tapi macam takbir raya. Lalu Pak Imam suruh berhenti dan minta Pak bilal melaungkan azan sambil berkata "hang dengar betoi-betoi bunyi orang azan"


Selepas iqamat, Pak Imam maju ke depan dan mula mengangkat takbir. Tapi..mengapa pulak kali ni fikiran Pak Imam rasa terganggu sehingga berkali-kali mengangkat takbiratul ihram. Masuk kali yg ketiga tak boleh jugak salah seorang mangkuk ayun tadi tepuk belakang Imam. "pak Imam gostan belakang biar saya naik jadi imam ...nampak macam susah sangat nak angkat tangan" terkedu Pak Imam dibuatnya, mau tak mau terpaksa gostan ke belakang.

Mangkuk ayun yg kedua ini terus saja angkat takbiratul ihram "Allahuakbar" dan meletakkan tangan dengan sempurna diperut dan diikuti oleh imam dan jamaah yg lain. Tak semena-mena dia pusing kat belakang mengadap imam sambil berkata "Tengok...kan mudah pak Imam sekali angkat saja tak dak sangkut-sangkut" Haluih je mata Pak Iman rasa macam nak penampar je mangkok ayun sekor ni.

Tak semena-mena mangkuk ayun yg ketiga pula tampil ke depan. 'Imam tak payah susah hati..biar saya pulak pimpin solat ni...saya akan buat yang terbaiek" sambil menunjukkan tanda bagus dgn ibu jarinya.

mangkuk ayun ketiga ini memang lidah qari. Suaranya gemersik mirip Saleem kumpulan Iklim. Maklumlah itu idola dia. Surah Al-Kautsar dan An-Nas dibaca pun betul dari segi tajwidnya. Habis solat ada lagi wirid-wiridnya kemudian berdoa.

Barulah hati Pak Imam lega dalam keadaan nampak rock ada juga mangkuk ayun yang berilmu. Boleh pimpin sembahyang. Sambil tepuk-tepuk bahu pak Imam terus memuji "macam nie la baguih..rock-rock jugak sembahyang jangan tinggai..bacaan hang pun sedap...teresap di hati" "Sebab-sebab tu Pak Imam jangan suka-suka nak kutuk kami, belum cuba belum tau. Solat tadi tu tak ambik pun air sembahyang...kalau dan ambik rasanya lebih merdu lagi." Terbeliak mata pak Imam" Tadi hang sembahyang tanpa ambik wudhu...? memang hampa betiga nie mangkuk ayun"

Tiada ulasan:

Catat Komen