Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 31 Ogos 2010

Hebatnya Tazkirah...


GAMBAR menunjukkan seorang wanita memegang Al-Quran dan didakwa telah memeluk Islam semasa menghadiri majlis anjuran Muammar Gaddafi di Rom kelmarin-AP

3 Wanita peluk Islam selepas dengar tazkirah

ROME: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memberi penjelasan mengenai agama Islam dan memberi salinan al-Quran kepada beberapa ratus wanita muda Itali ketika beliau tiba di sini untuk kunjungan keempat dalam tempoh setahun. Ia adalah kali kedua pemimpin Libya itu yang berkunjung bersama pengawal peribadi wanita dan menganggap dirinya pejuang wanita, melancarkan acara seperti itu untuk wanita Itali, yang direkrut oleh sebuah agensi model dan dibayar sejumlah wang untuk menghadirinya. Michela, yang meminta nama keluarganya tidak disiarkan memberitahu berita televisyen Associated Press bahawa tiga peserta kemudian memeluk Islam, kelmarin.

“Beliau mudah mesra dan memberi kami senaskhah al-Quran. Tiga gadis menukar agama Islam ketika acara itu. Ia adalah satu acara indah,” katanya.

Peserta lain, walaupun memperkenal diri mereka sebagai penganut Roman Katolik di negara yang secara meluas beragama Kristian Katolik itu berkata Gaddafi menggesa yang lain menukar agama dan menolak agama Kristian sebagai tidak penting.

Antara 200 dan 500 wanita muda hadir, tiba bersama 10 bas di kediaman duta Libya ketika pesawat Gaddafi mendarat di lapangan terbang Ciampino di sini pada permulaan lawatan dua hari.
Lawatan itu, di tengah hubungan perniagaan pulih antara Libya dan bekas pemerintah jajahannya, turut menandakan ulang tahun kedua perjanjian persahabatan di mana Itali bersetuju membayar Libya AS$5 bilion (RM15.71 bilion) sebagai pampasan untuk penjajahan 30 tahunnya yang berakhir pada 1943.

Apabila Gaddafi berada di Itali pada November lalu untuk satu sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau melayan 200 wanita muda Itali yang direkrut dan dibayar 50 euro (RM235.6 oleh agensi model yang sama untuk menghadirinya.

Kemudian, beliau juga memberi ceramah mengenai Islam dan menyerahkan naskhah al-Quran.

Kali ini, wanita terbabit tidak menyatakan upah mereka, hanya memberitahu mereka menerima bayaran kecil.

Ketika lawatan pertamanya ke Itali pada Jun 2009, Gaddafi menjemput 700 ahli perniagaan terkenal Itali dan ahli politik wanita untuk mendengar ceramah apabila beliau mengkritik layanan Islam ke atas wanita, namun mencadangkan saudara mara lelaki berhak membuat keputusan membenarkan wanita memandu.

Sebagai sebahagian sambutan ulang tahun perjanjian persahabatan itu, kira-kira 30 kuda Libya tiba di sini untuk mengambil bahagian dalam satu demonstrasi bersama dengan pasukan berkuda Itali semalam.

Gaddafi membuat kunjungan pertama ke Itali Jun lalu, mendakwa wujud era baru hubungan selepas perjanjian persahabatan itu. Namun, kunjungan pertamanya turut disambut dengan demonstrasi menunjukkan bahawa luka penjajahan belum sembuh.

Beliau tiba memakai gambar hitam putih dipinkan pada seragam tenteranya menunjukkan hero Libya yang terkorban akibat penjajahan Itali.

Gaddafi tidak memakai gambar terbabit ketika tiba dan beliau disambut Menteri Luar Itali, Franco Frattini. – AP

Musykil...Musykil...Musykil


Dua hari lepas teman sekerja ada bertanya soal menanam gigi palsu. Patutkah ia ditanggalkan ketika meninggal dunia. Dalam ruangan blog ini insyaallah saya kumpulkan beberapa kemusykilan dan akan dirungkaikan mengikut hukum Islam.
Soalan 1
Apakah hukumnya jika seseorang itu menanam gigi palsu secara kekal dan apabila ianya meninggal dunia adakah wajib dicabut gigi yg ditanam itu?

Jawapan ustaz:
Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Soalan 2
Bagaimana dengan sambungan tulang (skru yang diikat pada tulang)..bila meninggal dunia perlukah dibuang atau tidak?

Jawapan ustaz:
Jika daging sudah membaluti skru atau sambungan tu, tak perlu untuk dibuka. sebab itu dah menyeksa si mati. biarkan sahaja. andai sambungan tu masih baru ia ini belum lagi daging itu membaluti skru terbabit, wajar untuk dikeluarkan.

Soalan 3
Hukum lelaki memakai gelang magnetik

Jawapan Ustaz:
Ada tertera dalam blog saya sila cari

Isnin, 30 Ogos 2010

Tanyalah Pada Diri...Siapakah Kita..??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yg berpura pura?
mereka adalahlah orang yg hanya pandai bercakap tapi tidak mengamalkan apa yg dikatakanya.mereka umpama pelakon yg hanya menjiwai wakat melalui skrip ditangannya.

Siapakah orang yg cerdik?
orang yg cerdik adalah orang yg sering mengingati mati.Penutup kelazatan hidup.


Siapakah orang yg beruntung?
mereka itu adalah yg melakukan kesilapan tapi menyesal dan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan nya itu.


Siapakah orang yg kalah?
mereka itu adalah orang yg suka berbantah bantah hal agama,sehingga menjadi musuh.

Ahad, 29 Ogos 2010

Antara Dua Kematian -Renungkanlah

Allah memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan menghina sesiapa yang dikehendaki-Nya


video video

Sembilan Tanda Bahawa Taubat DiMakbulkan Allah...


Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )

2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.

3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.

4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.

5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.

6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.

7-Sentiasa memelihara lidah.

8-Sentiasa bertafakkur.

9-Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bahtera Kehidupan -Layarilah dengan Keimanan


Hidup ini tak semestinya indah. Tetapi kita boleh merancang untuk membina keindahannya. Membina sebuah rumah memerlukan tapak binaan yang kukuh. Kita boleh bina istana pasir yang indah tetapi pabila dipukul ombak ia akan hilang begitu sahaja. Tapak binaan kukuh yang saya maksudkan ialah akidah. Kita nak bina rumahtangga bahagia perkara ini yang perlu diutamakan.Justeru... saya tertarik dengan cebisan kisah yang saya masukkan dalam blog saya ini,kerana ia mengandungi beberapa panduan terutama kepada para suami kerana mereka adalah nakhoda dalam melayari kehidupan rumahtangga.


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dahagak dah.
Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya
semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita
kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh,manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Diari seorang musafir di bumi Allah (Sabtu 28 Ogos 2010)


Rasanya sudah hampir 2 bulan saya menulis dalam blog ini dan terimakasih di atas setiap yang melayarinya termasuklah sahabat-sahabat dari Jakarta,Bandung Semarang dan Chicago US.Tidak ada yang tersirat melainkan perkongsian ilmu yang membawa kita mendekati Allah swt.

Hari ini Sabtu 28 September rumah saya dikunjungi oleh ibu,abang,kakak dan adik yang berhajat untuk berbuka puasa bersama.Hari ini juga saya diminta untuk menyampaikan bantuan dari Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Pengarah Urusan Al-Baraqah untuk menyerahkan sumbangan kewangan pada guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Taman Saujana panglima dan PASTI Kg.Boyan sebanyak RM 250 setiap seorang. Alhamdulillah moga bertambah barokah rezeki Ustaz dan bertambah maju dalam perniagaan.

Setelah menyampaikan sumbangan,lebih kurang setengah jam tazkirah ringkas yang sepatutnya disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fakaruddin Abd Aziz Naib Mudir khir Al-Banat tetapi beliau tak dapat hadir terpaksalah saya menggantikannya. Saya tidak dapat berbuka bersama-sama kerana terpaksa balik memandangkan ahli keluarga sedang berkumpul di rumah saya.

Alangkah indahnya andaikata Allah jadikan Ramadhan ini setiap bulan namun ia hanya datang setahun sekali dan kini kita sudah melalui 18 Ramadhan.

Ya Allah jadikanlah amal kami,amal yang soleh,jiwa kami hidup dengan Islam dan fikrah kami sentiasa bekerja untuk Islam.

DIRIWAYATKAN oleh Muadz bin Jabal RA dari Ibn Abbas RA, ia berkata..

"Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang kawan dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar..

“ Ooo tuan rumah, boleh aku tumpang masuk, kerana kamu perlu padaku!"
"Kamu tahu tak siapa yang panggil itu?" Tanya Rasul pada kawannya.
"Tentu Allah dan Rasulnya lebih tahu." Jawab kawannya.
"Dia adalah Iblis terkutuk, semoga Allah laknatkannya." Jawab Rasul.

Umar bin Khattab membalas,"Ya Rasulullah, izinkan aku bunuh sahaja?"

"Sabar Umar." Bisik Rasul perlahan. "Engkau tak tahu ke, dia termasuk mereka yang ditunda kematiannya hingga waktu tertentu? Sekarang, sila buka pintu untuknya, kerana dia sedang diarahkan Allah SWT. Fahami apa yang dia kata dan dengar apa yang dia beritahu kamu."

Begitu kata Ibnu Abbas RA. Beliau terus bercerita lagi..

“Pintu dibuka, Iblispun masuk di tengah-tengah kami. Ternyata dia seorang tua bangka dan buta pula sebelah mata. Dagunya berjanggut tujuh helai, rambut panjang seperti rambut kuda. Dua kelopak matanya panjang. Kepalanya seperti kepala gajah sangat besar. Gigi taringnya panjang keluar macam taring babi. Dua bibirnya seperti bibir harimau/kerbau.

Dia (Iblis) berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”.

Nabi SAW jawab :” Assamu lillah ya la’iin. Aku tahu kau ada keperluan pada kami. Apa yang kau mahu Iblis?"

"Ya Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa.” Jawab Iblis.

Nabi SAW tanya lagi, "Terpaksa kerana apa ke sini hai yang dilaknat?"

Iblis menjawab, "Aku didatangi seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia (Malaikat) berkata padaku, ‘Allah SWT suruh kau jumpa Muhammad SAW, dalam keadaan hina dan bersahaja sahaja. Kau beritahunya, bagaimana tipu muslihat, godaan dan putarbelit engkau terhadap Bani Adam, bagaimana engkau pujuk dan merayu mereka. Engkau kena jawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan padamu’.

Allah SWT berfirman, "Demi kemuliaan dan keagunganKu, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas angin lalu dan Aku puaskan musuhmu dengan bencana yang menimpamu”.

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika (jawapan) aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanya itu, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku dengan leganya musuh-musuhku, dari menimpa diriku”. (Demikian jawapan panjang dari Iblis).

"Jika kamu jujur, beritahuku, siapa yang paling kamu benci?” Rasul mula bertanya lagi.
Jawab Iblis, "Engkau.. Muhammad. Engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci.. Kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.

Rasulullah SAW : "Siapa lagi yang kamu benci?”.

"Anak muda yang taqwa, yang serahkan jiwanya kepada Allah SWT”. Jawab Iblis.

”Lalu siapa lagi ?” Tanya Rasul.

"Orang alim dan wara aku tahu, lagi penyabar” jelas Iblis

"Lalu, siapa lagi?”, tanya Rasul.

"Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”, jelas Iblis.

Rasulullah: "Lalu, siapa lagi?”.

”Orang miskin yang sabar, tidak cerita fakirnya kepada orang lain dan tidak mengadu keluh-kesahnya“. Kata Iblis.

Rasulullah: "Bagaimana kamu tahu dia penyabar?”.

"Muhammad.. jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak masukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar." Jelas Iblis.

Rasulullah:”Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis: "Orang kaya bersyukur".

Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?”.

"Jika aku lihat dia ambil dan letakkan pada tempat yang halal..”, jelas Iblis.

Rassulullah:”Bagaimana keadaanmu jika umatku kerjakan sholat ?”.

Iblis: "Aku merasa panas dan gemetar!”.

Rasulullah: "Kenapa, hai yang dilaknat?”.

"Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah dengan sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat”.

Rassulullah:”Jika mereka shaum (berpuasa) ?”.

"Aku terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”. Jelas Iblis.

Rasulullah:”Jika mereka menunaikan haji?”.

Iblis: "Aku jadi gila!”.

Rasulullah: "Jika mereka membaca Al Qur’an?".

Iblis: "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.

Rasulullah: "Jika mereka berzakat?”.

Iblis: "Seakan-akan perzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku jadi dua”.

Nuzul Al-Quran -Keagungan Kitab Allah..


Al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi diturunkan secara berperingkat-peringkat, seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman:Mafhumnya; Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu."

Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap. Allah s.w.t. turunkan al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.

Martabat Penurunan Al-Quran

Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu :

al-Alaq iaitu melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Al-Qalam ialah mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud: “Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis”. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.

Al-Muzammil iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal. Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) , (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil”. (al-Muzamil: 1-4)

Al-Muddathir iaitu Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui surah al-Muddathir, ayat 1 hingga 2, yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut) , bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui. Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,”

Penurunan empat surah di atas, menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah. Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail.

Al-Quran bukan sekadar di baca atau dilagukan tetapi perlu dihayati isi kandungannya.
Pernah terjadi suatu ketika dahulu seorang lelaki menelefon saya ketika hampir waktu Maghrib. "Ustaz... saya berhajat sangat nak jumpa ustaz malam ini.. boleh ke?" Saya kat boleh insyaallah saya ada di rumah jam 10 malam.

Tepat jam 10 malam saya nampak seorang lelaki sekitar 40han tiba dengan menaiki kereta mewah, saya fikir dia ini mungkin seorang pegawai besar. Ringkas ceritanya rupanya lelaki ini tidak pandai baca Al-Quran. Kesedarannya timbul bila melihat anaknya 7 tahun begitu lancar membaca Al-Quran. Dia berhajat untuk belajar dengan saya dan menawarkan sejumlah wang yang agak lumayan sekiranya saya sanggup mengajar beliau.Oleh kerana saya ada tanggungjawab lain saya menolak tawaran itu dengan baik beserta alasan dan dia memahaminya.

Saya cadangkan agar dia cari orang lain walaupun bukan ustaz tetapi mempunyai kemahioran dalam ilmu Al-Quran

Alhamdulillah 3 tahun selepas itu saya terserempak di Pasar ikan Taiping."Syukurlah Ustaz..Dulu saya jahil,buta Al-Quran sekarang saya dah boleh hafaz keseluruhan juzuk amma' Itulah ungkapan yang keluar dari bibirnya apabila saya bertanyakan tentang pembacaan Al-Qurannya

Justeru...jika Allah nak turunkan hidayah tidak ada siapa yang boleh menyekatnya.
Wallahuaklam...

Mati hidup Semula...


SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Ulasan

tidak ada sesiapapun yang boleh melawan takdir Ilahi. Andaikata ajal belum tiba walaupun 100 doktor pakar mengesahkan ia telah mati tetapi jika Allah nak menghidupkanya tidak ada sebarang kuasa yang boleh menyekatnya.

Yakinlah akan peringatan Allah bahawa hidup dan mati itu di tangan-Nya. Allah berfirman yang Mafhumnya 'Dialah Allah yang menjadikan kematian dan kemudian di hidupkan dan Allah nak melihat siapakah yang paling baik amalannya.."

Jumaat, 27 Ogos 2010

Berhati-hati Wahai Umat Islam,Kamu seperti hidangan yang lazat.Umpama Gula Yang dikerumuni Semut


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama-sama seorang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak…. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Rayadan Sg. Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber pendapatan datangnya dari Sabah, Sarawak , Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar pernah menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Seorang pelajar Salasiah bt Sidek dari Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya tergantung salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1.Desakan hidup.
2.Kurang agama.

Saya telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam. Sekarang ini saya bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Saya pernah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Saya pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:

1-Pemuda pemudi yang jahil agama, ada yang tidak tahu baca Fatihah dan suka dengan rock,rap,hip hop dan muzik havy metal.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen,bermakna tindakkan tidak boleh diambil.
3 negeri yang kami tidak boleh masuk untuk sebarkan dakyah kristian iaitu ,Kelantan, Kedah dan Terengganu, Ada diantara kami yang pernah dipukul hingga patah tangan.


Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Dan Artikel 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'(Undang-undang Islam).
Hasil dari ini terjadinya kes-kes:


1. Aisyah Bukhari : Seorang gadis yang sangat2 tahu tentang Islam, dan akhirnya menukar agama dengan menggunakan kuasa mahkamah apabila dihalang oleh keluarganya.

2. Hartina Hj Kamaruddin : Seorang anak kepada bapa yang mana bapa dan adiknya ditahan dlm lokap selepas didakwa anaknya sendiri yang telah menukar agama kepada hindu dan mengikut kekasihnya dan yang amat menyedihkan dia telah menyaman bapanya sebanyak 3 juta dan kini dia telah menukar namanya kepada Nivasni Rajeswari.

3. Yusof bin Abdullah : Saudara baru kita, setelah mendapat hak penjagaan anak oleh Mahkamah Syariah Alor Setar, Yusof atau nama hindunya dulu Santana telah ditangkap oleh Polis Malaysia dan dimasukkan ke dalam lokap selama 8 hari setelah bekas isteri beliau yang beragama hindu membuat laporan polis apabila tidak dapat mengambil anaknya dibawah jagaan Yusof, dimana sebelum itu bekas isteri beliau telah mendapat perintah hak penjagaan anak daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur padahal Mahkamah Syariah terlebih dahulu telah memberi hak penjagaan kepada Yusof. Lepas tu polis ambil balik budak itu dan beri pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si bekas isteri ni, dia minta pula mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

4. Suzie Teoh : Seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya tidak suka, dan saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke Mahkamah Persekutuan. Dia mohon pada makhamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa itu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

Lepas dua tahun kes ini dibuka semula dan Suzie telah memilih Islam sebagai agamanya dan telah dibuat pengishtiharan oleh Tun Salleh Abas. Nama Suzie ditukar ke Nur Aini. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

5. Ibrahim dan Siti Solehah : Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Perang Badar ..Realiti Perjuangan Suci.


Dalam keseronokkan kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan ini janganlah kita lupa terdapat satu peristiwa penting yang berlaku di bulan yang mulia ini iaitu peperangan Badar.ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah. Rasulullah sendiri memimpin pasukan tentera Islam dengan bilangan tentera seramai 313 orang. Pasukan berkuda hanya 2 orang sahaja, lain-lain sahabat menunggang unta yang berjumlah 70 ekor.Tentera Islam terpaksa berhadapan berhadapan dengan tentera musyrikin seramai 1300 orang. 100 ekor kuda,600 baju besi rantai dan unta yang begitu banyak bilangannya.

Setiap hari mereka menyembeleh antara 9 hingga 10 ekor unta untuk makanan tentera musyrikin yg dipimpin oleh Abu Jahal b. Hisyam.

Dalam peperangan ini Allah telah menurunkan pertolongan 5000 Malaikat dan akhirnya Islam telah berjaya mengalahkan tentera musyrikin.

غزة-دنيا الوطن
في موقع معركة بدر الكبرى التي جرت في 17 رمضان من السنة الثانية للهجرة، تنقل كاميرات قناة “العربية” وصفا جغرافيا لساحة القتال التي شهدت أول انتصار لدولة الاسلام، بمؤازرة 5 آلاف من الملائكة.
في حلقة اليوم 17-9-2008 من سلسلة السيرة النبوية في الساعة 5.30 بتوقيت مكة، 2.30 بتوقيت جرينتش، تطوف الكاميرا بمنطقة بئر بدر التي عسكر فيها الجيش الاسلامي، إلى مكان “العريش” الذي أسس من النخيل ليكون مركز قيادة الرسول صلى الله عليه وسلم، إلى جبل الملائكة الذي نزل منه جنود السماء.
Peperangan tidak melebihi 3 jam tetapi kesan amat dahsyat, di kebun tamar inilah (gambar di atas) Medan Badar dimana Rasulullah merancang stratigi peperangan.

Sesungguhnya peperangan Badar perlu diambil iktibar bahawa Allah akan memberikan pertolongan kepada siapa yang ikhlas untuk menolong agamaNya. Walaupun bilangan yang sedikit tetapi mempunyai kualiti dalam ibadah. Mereka berjuang bersama roh perjuangan bukan bersandarkan kepada semangat semata-mata.

Syaidina Umar ada menyatakan kepada tenteranya "sekiranya kamu melakukan maksiat sama seperti mana musuh kamu melakukan maksiat walaupun kamu berjuang di bawah panji kebenaran maka ketika itu yang menentukan kemenangan siapa yang lebih banyak bilangannya,siapa yang lebih tersusun strateginya dan siapa yang yang lebih canggih peralatan senjatanya.

Jangan lalai...Kematian boleh datang bila-bila masa

kematian cukup hampir kepada kita. Tetapi kematian itulah yang kita abai dan lalaikan. Lalai bahawa apabila berpindah sahaja ke alam barzakh, senang dan susah akan ditempuh dengan sebenar.

Lalai dari membawa bekalan yang cukup. Lalai bahawa bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa. Lalai dan terus lalai… Cuba bayangkan, dalam keadaan asyik ”Sehati Berdansa’, silap angkat isteri, tergeliat urat lalu terjatuh. Masuk wad lalu mati. Apa nak kata?

Cuba bayangkan, dalam keadaan terkinja-kinja Konsert Akademi Fantasia, penyanyi atau penonton, tiba-tiba kena darah tinggi, pengsan lalu mati dalam keadaan begitu, apa nak kata? Cuba bayangkan seperti dalam sebuah kelab malam yang terbakar, sedang tunggang arak, berhibur, jantan betina bercampur, tiba-tiba kelab malam terbakar lalu mati dalam keadaan demikian, apa nak kata?

kuliah pengajian saya disuatu tempat (tak perlu diberitahu) berhampiran dengan satu kedai makan yang setiap malam diadakan kareoke. Lebih menyedihkan selepas maghrib suara bising dengan muzik yang begitu kuat amat mengganggu kelas pengajian saya. Baru-baru ini saya diberitahu seorang warga emas dalam usia 70 tahun tiba-tiba diserang semput ketika berkareoke dan dikejarkan ke hospital Taiping dan meninggal dunia dalam perjalanan. Bayangkan apakah tanggapan masyarakat bila mati dalam keadaan begitu..

Sememangnya apa yang disebutkan di atas menggambarkan betapa kematian itu memang tidak dapat disangka. Perpindahan ke alam barzakh bukanlah sesuatu yang boleh dijangka, tetapi insyaAllah ia tidak akan menjadi tragedi bagi orang mukmin yang tabah, sabar serta sudah bersedia membawa bekal ke sana.


video

Utamakanlah Yang Lebih Utama


Oleh: al-bahanj

"Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya. Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.


Inilah keberkatan Ramadhan. Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.

Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu. Antara salah faham itu ialah:

Mengutamakan solat sunnat Tarawih secara berjamaah, tetapi meninggalkan solat fardhu Isyak secara berjamaah.

Mengutamakan cepatnya untuk khatam al-Quran, tetapi meninggalkan usaha untuk tadabbur al-Quran.

Mengutamakan dan berpegang kuat kepada pendapat feqh tertentu, tetapi melupakan adab ikhtilaf dan akhlaq sesama muslim sehingga terguris ukhwah Islamiyyah. Sedangkan berlapang dada dalam soal khilafiah feqh adalah lebih baik, daripada memutuskan hubungan dan perpaduan masyarakat muslim.

Melambatkan solat fardhu Maghrib disebabkan oleh berbuka. Sedangkan seseorang sepatutnya menyegerakan solat fardhu Maghrib selepas berbuka puasa secara ringkas. Jika mahu sambung makan selepas solat fardhu Maghrib, silakan.

Mengutamakan sunnah berpakaian yang tidak disyariatkan ketika ke masjid seperti berjubah/berserban (bagi lelaki) dan bertelekung putih (bagi wanita), tetapi meninggalkan sunnah berpakaian yang disyariatkan seperti menutup aurat, tidak sombong, membazir, keterlaluan dan bertasyabbuh (meniru) kaum lain ketika berpakaian seharian.

Wanita mengutamakan untuk turut serta solat berjamaah di masjid, tetapi melupakan adab dan akhlaq ketika keluar rumah. Wanita boleh bersolat di masjid, tetapi jika boleh menimbulkan fitnah lebih elok dia solat di rumah sahaja.

Khamis, 26 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Khamis 26 Ogos 2010)


Khamis 26 ogos jam 7.45 pagi saya melalui jalan Batu kurau menuju ke Sk Gudang untuk program ceramah Nuzul Al-Quran.Setibanya di Pekan Jelai kelihatan banyak orang sedang berkumpul,rupanya kebakaran sekolah Sk Jelai mungkin disebabkan litar pintas.beberapa buah kereta bomba juga ada di sana.Kebakaran berlaku sekitar jam 3 petang dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

Alhamdulullah di Sk Gudang dapatlah saya bertemu dengan teman seperjuangan saya yang juga seorang penceramah hebat Ustaz Toriq Zainudin. Beliau telah ditukarkan dari sekolah cina ke Sk Gudang.

Jam 10.30 pagi saya berada di Sek Men. Agama Krian (SMKA).Dapat bertemu dengan kenalan lama Ustaz Azhar Bahazan yang pernah mengajar di Sk kamunting.Ceramah di bulan Ramadhan agak memeritkan juga tekak maklumlah biasa ada air ini puasa mana boleh minum.Nasib baiklah saya menggunakan Slide Projektor dalam ceramah kuranglah sikit bercakap. Saya lihat pelajar telah bersiap dengan beg pakaian,rupanya selepas ceramah mereka dibenarkan pulang dan bas pun telah tersedia.

Balik dari tempat kerja,bergegas ke Hospital tak sempat nak tukar pakaian kerana program di sana akan berlangsung jam 6 petang. Ketibaan saya disambut oleh Pengarah hospital Taiping beserta timbalannya dan majlis ini dihadiri oleh doktor-doktor termasuk doktor pelatih.Tempat ceramah dan tempat berbuka dibuat berasingan,agak jauh juga jadi saya minta izin untuk tidak berbuka bersama,terus balik ke rumah kerana selepas solat maghrib saya akan ke Surau Taman kota Wira lebih kurang 14 kilometer dari Taiping.

Perjalanan hidup unpama putaran roda-roda. Sekejap di atas dan sekejap di bawah.Nabi saw mengingatkan dimana sahaja kamu berputar,maka hendaklah kamu bersama-sama dengan putaran Islam..

Inilah diari kehidupan..kita akan terus berjalan dan berjalan. Dan perjalanan ini tentunya akan berdepan dengan mehnah dan tribulasi, maka tabahlah menghadapinya..

Sembilan belas Kelebihan seorang wanita mukminah

1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan disia-sia Allah swt.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


video

Rabu, 25 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Rabu 25 Ogos 2010)


Masa berjalan begitu pantas. Sedar tak sedar kita telah melalui 15 Ramadhan. 14 Ramadhan yang lalu barulah ada kesempatan untuk berbuka bersama mak di Kampung Batu Hampar Dalam. Juadah berbuka pun ala kadar sahaja. Tapi berselera juga bila makan beramai-ramai.

Sebelah malamnya solat tarawih di Surau Sg kerang (1 setengah kilometer dari rumah mak dan sempat bagi tazkirah sedikit selepas solat tarawih. Sahur awal sikit jam 3 pagi dan terpaksa balik dari rumah mak ke Taiping kerana besoknya hari bekerja takut kelam kabut kalau balik lambat.

Alhamdulillah walaupun cuaca sekarang ini sudah mula panas,namun keseronokkan melakukan ibadah sedikit sebanyak menghilangkan rasa letih. Semua ini adalah ujian buat kita. Bukankah Ramadhan merupakan bulan tarbiah?

Sheikh Yusof AL-Qardawi menyatakan jadilah kamu hamba Rabbani bukannya hamba Ramadhan semata-mata. Hamba Ramadhan hanya ghairah beribadah di bulan Ramadhan itupun hanya bersemangat di peringkat awal, masuk pertengahan dan penghujung makin lemah..jamaah di masjid pun semakin berkurangan.

Namun begitu dalam musafir ilmu di masjid maupun surau yang mengadaan tazkirah ilmu,jamaah nampaknya tidak berkurangan bahkan makin bersemangat mungkin mereka sudah memahami kelebihan bulan Ramadhan apatah lagi di penghujung ramdhan.

Malam ini saya berada di surau Toh Paduka yang peliknya di sini jamaah muslimat lebih ramai daripada jamaah muslimin. Oleh kerana di sini kawasan dusun,jamuan lepas tarawih adalah beraneka buah-buahan.Jemu makan kuih,nasi,bihun,mee rasanya tukar selera makan buah, tapi tak boleh banyak sebab perut pun masih terasa kenyang.Rezeki Allah.. banyak juga buah-buahan yang dimuatkan dalam bonet kereta untuk di bawa pulang.

Alhamdulillah sejak berpantang ais ni adalah sedikit kekuatan dan tenaga.Mudah-mudahan Allah swt terus memberikan nikmat kesihatan pada kita semua amiin...
Ya Allah jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan jadikanlah kami senantiasa berada di bawah lembayung kasih dan Rahmat-Mu ...Jadikanlah sahabat-sahabat ku senantiasa berkasih sayang kerana Allah.

Isnin, 23 Ogos 2010

Bukan Simpati ...Dua Beranak Dirompak

Bukannya simpati, dua beranak mangsa kemalangan dirompak

Utusan Malaysia 24 Ogos 2010

PADA petang Sabtu, 21 Ogos lalu, satu kemalangan berlaku di satu simpang empat berhampiran rumah saya di Batu Pahat.

Kemalangan berlaku antara sebuah MPV Avanza dengan sebuah motosikal.

Ketika saya dan suami keluar untuk melihat kemalangan itu, orang ramai telah mengerumuni mangsa iaitu seorang lelaki bersama anak perempuannya.

Lelaki dan anak perempuannya tidak sedarkan diri walaupun masih kelihatan bernafas, anak perempuan mangsa mengalami luka di bahagian kepala.

Oleh kerana ambulans tidak sampai-sampai, saya cadangkan suami agar menghantar mangsa ke hospital. Sebelum itu saya telah bertanya kepada salah seorang yang membantu mangsa di mana barang-barang berharga mangsa seperti beg atau dompet, tapi dengan selamba lelaki itu memberitahu saya bahawa barang-barang itu telah diambil oleh abang mangsa, sambil menunjukkan kepada saya seorang lelaki yang berkemeja-T putih menaiki motosikal.

Ketika itu tidak terbayang saya akan kemungkinan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku kerana pada tanggapan saya semua orang yang berada di tempat kejadian itu benar-benar ikhlas hendak membantu apa lagi di bulan Ramadan ini.

Namun kenyataannya ialah ketika sampai di hospital lelaki yang menjadi mangsa kemalangan itu mula sedarkan diri dan bertanya kepada suami saya di mana dompet duitnya.

Nasib menyebelahi lelaki itu kerana telefon bimbitnya masih ada di saku seluarnya dan baru hendak menghubungi keluarganya. Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah ke mana hilangnya dompet dan beg tangan anak perempuan mangsa itu?

Namun saya masih berharap, 'abang' mangsa seperti yang diberitahu kepada saya semasa berada di tempat kejadian akan muncul di Hospital Daerah Batu Pahat, jika benar lelaki itu benar-benar abang mangsa. Suami hanya menghantar mangsa dan pulang ke rumah selepas itu. Semalam, saya bercadang menziarahi mangsa kemalangan itu di hospital, namun apa yang menyedihkan ialah mangsa telah meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam kerana kecederaan dalaman sementara anak perempuannya masih berada di hospital kerana patah paha. Suami menziarahi anak mangsa dan menurutnya, rantai leher yang dipakainya juga hilang, selain daripada dompet duit Allahyarham ayahnya dan beg tangan kepunyaannya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengapa ada manusia yang sanggup melakukan perkara seperti itu, memberi bantuan tetapi dalam masa yang sama menggunakan kesempatan dengan 'merompak' orang-orang yang tidak berdaya seperti mangsa kemalangan tersebut. Saya merayu sangat-sangat kepada yang telah melakukan 'rompakan' tersebut, sedarlah di bulan Ramadan ini orang lain berebut-rebut untuk memperbanyakkan amal jariah dan pahala tetapi anda pula sebaliknya. Sesungguhnya Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan dan ingatlah walau sebesar zarah pun perbuatan baik yang kita lakukan akan Allah balas apa lagi jika kita melakukan dosa sebesar itu.
AISAH

Batu Pahat

Ulasan

Apabila manusia tidak dididik dengan agama inilah jadinya. Mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain. Manusia akhir zaman sudah hilang sifat kemanusiaan,mereka tidak lagi berfikir dengan mata hati lalu kata Nabi hati mereka menjadi sangat keras seperti mana hati orang ajam,lidah mereka sangat fasih seperti lidah arab video video

Enam Jenis Wanita Malang


Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:

Golongan wanita ini suka mengeluh.Tidak tabah menghadapi sebarang ujian Allah. Lebih mengutamakan kepentingan diri dari orang lain. Kurang rasa simpati dan cepat melupakan pengorbanan orang lain terhadap dirinya.Mengharapkan kesempurnaan pada suaminya sedangkan pada dirinya penuh dengan kekurangan.

Wanita Mananah:

Golongan ini suka mengunghkit-ungkit kembali pemberiannya. Sumbangannya tidak ikhlas dan apabila berkahwin suka merendah-rendah martabat suami. Sukar untuk menerima nasihat. Keegoannya mungkin disebabkan statusnya atau rupa parasnya. tidak hairanlah golongan ini mudah menceritakan kerahsiaan rumahtangga pada orang lain.

Wanita Hananah:

Lebih tepat lagi disebut curang. Tidak setia pada yang satu. Apabila berkahwin pun masih ada hubungan rahsia dengan bekas kekasih atau sesiapa sahaja. Biasanya wanita jenis ini kuat berahsia. melayan suami tidak sepenuh hati. Pandangan matanya mudah tertarik pada seuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan ini serta suka memaksa suami untuk membelinya. Andaikata permintaannya tidak dipenuhi mudah mamaparkan sikap protes sama ada melalui emosi maupun tingkahlaku. 'Hari ni.. I tak nak masak ,you makanlah kat luar..Yau nak tidur..tidur kat luar,kat kusyen..I malas nak layan you..tak senang"
Inilah ungkapan yang mudah keluar dari Wanita Hananah

Wanita Baraqah:

Ini wanita yang suka tabaruj. Suka menghias diri dan sanggup berbelanja mahal untuk mendapatkan alat solek yang berjenama.memperhiasdkan diri bukan untuk suaminya tetapi untuk dipamirkan pada orang lain. golongan ini amat suka dipuji dan tewas dengan pujuk rayu. Wanita Baraqah adalah wanita yang suka mementingkan diri sendiri ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Pepatah melayu ada menyebut 'mulut murai' inilah istilah yang tepat mengenai golongan ini. Kalau di rumah tak henti-henti bercakap apatah lagi membebel tak tahu hujung pangkal.Golongan wanita ini amat suka mengarah walaupun pada suaminya sendiri.Kalau berkahwin dengan golongan ini banyak-banyaklah bersabar. Suami gemuk boleh jadi kurus ooo...

Ahad, 22 Ogos 2010

Jejak Merdeka : Abd Rahman Limbong Pejuang Yang Dilupakan


Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah nama gelaran Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid. Lahir sekitar tahun 1880an dan pernah mengaji di Mekah.

Tok Guru Abd Rahman Limbong pernah berguru dengan Tokku Paloh, yang juga guru kepada Tok Kenali. Tok Guru Abdul Rahman Limbong adalah seorang yang sangat warak dan alim juga sangat dihormati oleh masyarakat di Limbong dan Telemong terutamanya.

Haji Abdul Rahman Limbung telah memainkan peranan besar dalam masyarakat di Terengganu. Beliau bukan sahaja berperanan sebagai tokoh agama, malah juga mengambil berat tentang aktiviti ekonomi, sosial dan politik masyarakat setempat.Beberapa siri pemberontakan telah berlaku di Terengganu dari tahun 1921 sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1928 bila melibatkan angka korban dan kemusnahan yang banyak. Maka, pada 12 Zulhijjah 1436 bersamaan 2 Jun 1928, Sultan Sulaiman Shah, atas nasihat Inggeris, telah mengeluarkan titah supaya Haji Abdul Rahman dibuang negeri dari Terengganu atas kesalahan menderhaka kepada negeri dan Sultan.

Haji Abdul Rahman menafikan tuduhan tersebut kerana beliau bukan menderhaka, tetapi menentang sikap kerajaan dan raja yang telah diperbudakkan oleh penjajah Inggeris. Hakikatnya, Haji Abdul Rahman menentang pegawai-pegawai Inggeris yang mahu menindas rakyat untuk kepentingan British.Walaupun tidak mengaku bersalah, Haji Abdul Rahman Limbong menerima hukuman tersebut demi mengelak dari berlakunya huru-hara. Beliau telah memilih untuk tinggal di Mekah dan meninggal di Mekah pada tanggal 14 Jamadil Akhir 1348 bersamaan 16 November 1929.

Maka berakhirlah perjuangan seorang tokoh agama yang ingin menegakkan kesucian agama dan menentang pengaruh barat yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dan keimanan umat Islam di nusantara.*

Zuhudnya Engkau Ya Rasulullah saw...




Betapa sederhananya hidupmu Ya Rasulullah SAW, walau pun Engkau bergelar Kekasih Allah SWT, Walau khazanah kekayaan dunia di tanganmu… Lihat dan sedarlah wahai teman-temanku semua, kita adalah pemburu dan penyembah harta,pangkat dan darjat. Islam hanya tinggal pada nama.. lihatlah video ini dan renunglah Kemuliaan dan perbezaan kehidupan kita dengan Rasulullah SAW…
video

Subhanallah !!! Saintis Buktikan Kiamat Akan Berlaku : Bulan Merekah & Mengecil


Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran," Al-Waqiah 1-6
Hari ini dengan kemajuan teknologi , para saintis berlumba – lumba membuat kajian bukan saja terhad di muka bumi , malah juga di angkasa raya.

Mencuba dengan akal yang dikurniakan Allah ,, mencarii rahsia alam ini dan akhirnya ditemuinya kewujudan Allah , kekuasaanNya , KebesaranNya dan KeagunganNya.

Antara planet yang sangat diminati manusia ialah bulan , dek kerana kedudukan nya yang paling dekat dengan bumi ini.

Mengikut paparan Google rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil. Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.

Sebagai umat islam yang beriman , kita tidak lah sepatutnya bimbang dengan situasi ini , dengan syarat ilmu dan amal mencukupi , tetapi malang kalau – kalau ada yang belum memenuhi segala tuntutan agama sebelum ajal tiba.

Moga – moga dengan tanda – tanda dan syarat – syarat ini ia akan menambahkan lagi ketakwaan dan kepercayaan kepada Allah swt dan hari kiamat serta alam akhirat.

Oleh: ulitmayang

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jejak Merdeka :Pejuang yang Dilupakan..Tok Janggut



Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Merdeka! merdeka..! Dari sudut mindaku



Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Apakah arti kemerdekaan pada generasi kini? Apakah konsep kemerdekaan itu hanya kita sudah tidak lagi dijajah...dan negara tidak lagi diperintah oleh orang asing?
Hakikat sebenarnya, kemerdekaan hakiki ialah bukan setakat zahir atau lahiriah sahaja tetapi merangkumi pemikiran (minda)spritual (rohani) dan perilaku kita seharian.
Apa arti kemerdekaan jika pemikiran kita masih terjajah.Kita menjadi golongan yang memisahkan antara duniawi dan ukhrawi (sikular)
Sesungguhnya satu kejayaan besar bagi penjajah apabila mereka dapat melahirkan begitu banyak golongan sikularisma,liberalisma dan pluralisma sehingga akhirnya menjadi alat musuh menentang kebangkitan Islam. Anak-anak muda kita dirosakkan akhlak mereka,dilalaikan dengan begitu banyak hiburan sehinggakan aktiviti yang berbentuk hiburan,nyanyian mendapat tajaan yang begitu tinggi.
Pemenang satu program realiti tv boleh menjadi seorang jutawan segera dengan hanya bermodalkan suara dan terkinja-kinja di pentas.
Masyarakat begitu berbangga pabila anak mereka berjaya ke final bintang kecil walaupun terpaksa meninggalkan alam persekolahan selama 3 atau 4 bulan. Apabila wartawan hiburan bertanya "apa perasaan mak cik anak mak cik dapat masuk final..?"
Dengan bangganya mak cik itu menjawab "Alhamdulillah..Syukur pada Allah, dulu anak saya tak pandai menari tetapi pabila masuk akademi bintang kecil ini anak saya dah pandai menari..alhamdulillah sangat-sangat.."

Tersentak saya dibuatnya,kebetulan terlihat rancangan ini,dalam minda saya terfikir,hancurlah generasi umat Islam sekiranya ini yang tertanam dalam hati umat Islam. Laungkanlah merdeka..! merdeka! sekuat manapun tidak ada artinya jika minda kita masih terjajah..Islam tah kemana, ulama di benci pengajian ilmu tak diikuti dan fitnah pada Islam makin menjadi-jadi. fikirkanlah wahai teman-temanku.

Diari seorang Musafir di bumi Allah...Sabtu 21 ogos 2010


Mengikut jadual malam ini (mlm ahad) tazkirah ilmu di Pusat Tarbiah Kg.Perak. Ada sedikit kesilapan taknikal dimana saya difahamkan ada seorang lagi ustaz yang akan menyampaikan tazkirah. Bermakna berlaku pertembungan. Alhamdulillah ustaz tersebut dibawa ke Surau Toh Paduka dan akan menyampaikana tazkirah di sana.

Tazkirah di Kg.Perak mengupas tajuk konsep kemenangan dalam Islam.
Di dalam Al-Quran Allah swt menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu Al-falah,Al-fauz,Al-Nasr dan Al-Fath

Al-Falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu,masyarakat umum dunia dan akhirat.

Al-Fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat.
Al-Nasr adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhnya.

Inilah kelebihan bahasa Arab (bahasa Al-Quran)yang memberi makna yang sama tetapi mempunyai kedudukan yang berlainan.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Degil sungguh manusia ni....

Manusia adalah hamba Allah swt. Sifat hamba adalah 'aku dengar dan aku patuh.' tetapi malangnya akhir-akhir ini banyak pelanggaran terhadap hukum Allah yang haram itulah yang nak dibuat sangat-sangat.

Berita di bawah ini memberikan gambaran apa yang berlaku pada generasi kini meskipun pada bulan yang mulia ramadhan. "BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu

Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini.

Tabiee Pelajar Makin Menjadi Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ.

Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit.

Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka. Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini.

Berita (ii)
GEORGETOWN – Baru sahaja selesai solat Terawih kemudiannya sepasang kekasih dicekup pula Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) dalam satu serbuan pagi semalam. Lelaki yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai operator itu.... bagaimanapun sudah berkahwin dan ditangkap bersama pasangannya berusia 33 tahun yang masih bujang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.

Menceritakan kejadian ketika serbuan, pasangan berkenaan cuba bertindak untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dengan melarikan diri secara merangkak ke bilik berasingan. Kemudiannya, wanita berkenaan yang ditemui dalam sebuah bilik pada mulanya mengaku hanya tinggal bersendirian, dan ketika JAINPP meminta kunci bilik kedua, dia mengatakan tidak mempunyai kunci berkenaan.

Anggota PPA kemudiannya berjaya menjumpai kunci berkenaan di atas meja dalam rumah dan kemudiannya menemui seorang lelaki duduk dalam keadaan diam di bawah ampaian kain yang penuh. Ini sebahagian berita yang dapat dipetik sedangkan mungkin masih banyak lagi yang berlaku di luar sana.
Degil sungguh manusia nii,apa yang dilarang itulah yang nak dilakukan.
<> <>
video

Khamis, 19 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Jumaat 20 Ogos 2010)




Ketika ini,kemaskini blog,maklum sahajalah saya budak baru belajar nak jadi bloger banyaklah kekurangan dalam blog saya. Maaf ajelah.

Malam jumaat tadi tazkirah di Surau Hubbu Najah Jebong. Di tempat ini terdapat sekolah agama rakyat siap dengan asrama sekali. Saya tak pasti berapa ramai bilangan pelajarnya. Jamuan more yang syoknya ada 'Wadai kepeng' makanan tradisi banjar. Tapi aku rasa pelik juga sebab wadainya berwarna warni. Merah,kuning hijau...ini sudah jadi wadai kepeng kontemporari < Inilah dia wadai kepeng banjar

<>
video