Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 21 Ogos 2010

Merdeka! merdeka..! Dari sudut mindaku



Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Apakah arti kemerdekaan pada generasi kini? Apakah konsep kemerdekaan itu hanya kita sudah tidak lagi dijajah...dan negara tidak lagi diperintah oleh orang asing?
Hakikat sebenarnya, kemerdekaan hakiki ialah bukan setakat zahir atau lahiriah sahaja tetapi merangkumi pemikiran (minda)spritual (rohani) dan perilaku kita seharian.
Apa arti kemerdekaan jika pemikiran kita masih terjajah.Kita menjadi golongan yang memisahkan antara duniawi dan ukhrawi (sikular)
Sesungguhnya satu kejayaan besar bagi penjajah apabila mereka dapat melahirkan begitu banyak golongan sikularisma,liberalisma dan pluralisma sehingga akhirnya menjadi alat musuh menentang kebangkitan Islam. Anak-anak muda kita dirosakkan akhlak mereka,dilalaikan dengan begitu banyak hiburan sehinggakan aktiviti yang berbentuk hiburan,nyanyian mendapat tajaan yang begitu tinggi.
Pemenang satu program realiti tv boleh menjadi seorang jutawan segera dengan hanya bermodalkan suara dan terkinja-kinja di pentas.
Masyarakat begitu berbangga pabila anak mereka berjaya ke final bintang kecil walaupun terpaksa meninggalkan alam persekolahan selama 3 atau 4 bulan. Apabila wartawan hiburan bertanya "apa perasaan mak cik anak mak cik dapat masuk final..?"
Dengan bangganya mak cik itu menjawab "Alhamdulillah..Syukur pada Allah, dulu anak saya tak pandai menari tetapi pabila masuk akademi bintang kecil ini anak saya dah pandai menari..alhamdulillah sangat-sangat.."

Tersentak saya dibuatnya,kebetulan terlihat rancangan ini,dalam minda saya terfikir,hancurlah generasi umat Islam sekiranya ini yang tertanam dalam hati umat Islam. Laungkanlah merdeka..! merdeka! sekuat manapun tidak ada artinya jika minda kita masih terjajah..Islam tah kemana, ulama di benci pengajian ilmu tak diikuti dan fitnah pada Islam makin menjadi-jadi. fikirkanlah wahai teman-temanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan