Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 25 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Rabu 25 Ogos 2010)


Masa berjalan begitu pantas. Sedar tak sedar kita telah melalui 15 Ramadhan. 14 Ramadhan yang lalu barulah ada kesempatan untuk berbuka bersama mak di Kampung Batu Hampar Dalam. Juadah berbuka pun ala kadar sahaja. Tapi berselera juga bila makan beramai-ramai.

Sebelah malamnya solat tarawih di Surau Sg kerang (1 setengah kilometer dari rumah mak dan sempat bagi tazkirah sedikit selepas solat tarawih. Sahur awal sikit jam 3 pagi dan terpaksa balik dari rumah mak ke Taiping kerana besoknya hari bekerja takut kelam kabut kalau balik lambat.

Alhamdulillah walaupun cuaca sekarang ini sudah mula panas,namun keseronokkan melakukan ibadah sedikit sebanyak menghilangkan rasa letih. Semua ini adalah ujian buat kita. Bukankah Ramadhan merupakan bulan tarbiah?

Sheikh Yusof AL-Qardawi menyatakan jadilah kamu hamba Rabbani bukannya hamba Ramadhan semata-mata. Hamba Ramadhan hanya ghairah beribadah di bulan Ramadhan itupun hanya bersemangat di peringkat awal, masuk pertengahan dan penghujung makin lemah..jamaah di masjid pun semakin berkurangan.

Namun begitu dalam musafir ilmu di masjid maupun surau yang mengadaan tazkirah ilmu,jamaah nampaknya tidak berkurangan bahkan makin bersemangat mungkin mereka sudah memahami kelebihan bulan Ramadhan apatah lagi di penghujung ramdhan.

Malam ini saya berada di surau Toh Paduka yang peliknya di sini jamaah muslimat lebih ramai daripada jamaah muslimin. Oleh kerana di sini kawasan dusun,jamuan lepas tarawih adalah beraneka buah-buahan.Jemu makan kuih,nasi,bihun,mee rasanya tukar selera makan buah, tapi tak boleh banyak sebab perut pun masih terasa kenyang.Rezeki Allah.. banyak juga buah-buahan yang dimuatkan dalam bonet kereta untuk di bawa pulang.

Alhamdulillah sejak berpantang ais ni adalah sedikit kekuatan dan tenaga.Mudah-mudahan Allah swt terus memberikan nikmat kesihatan pada kita semua amiin...
Ya Allah jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan jadikanlah kami senantiasa berada di bawah lembayung kasih dan Rahmat-Mu ...Jadikanlah sahabat-sahabat ku senantiasa berkasih sayang kerana Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan