Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 31 Julai 2011

Jawatan Kosong Pendapatan lumayan...


Kelayakan:

1. Akil baligh
2. Lelaki atau Perempuan
3. Tidak Gila
4. Tidak Uzur Shari’e

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu…….
www.isuhangat.net

Berhati-hati, Kurma Jenama Jordan River

Alhamdulillah malam pertama bertarawih di Masjid Lama Taiping. Bawa semua ahli bait sekali. Kebetulan malam pertama tarawih nie free tak ada kuliah/tazkirah berkesempatan dapat dengar tazkirah dari seorang ustaz yang diundang khas dari Bagan Serai (kulaan). Seronok juga dapat dengar kupasannya tentang puasa tapi malangnya tazkirah yang berbentuk kuliah itu agak panjang menyebabkan banyak ahli jamaah gelisah dan meninggalkan majlis meskipun majlis belum berakhir.

Barulah aku tahu kenapa Nabi memendekkan bacaan ketika solat berjamaah kerana takut membebankan ahli jamaah yang uzur dan tua. Begitu juga dalam menyampaikan ceramah atau kuliah. Habis solat tarawih 10.30 tambah lagi dengan kuliah tazkirah satu jam lebih rasanya tumpuan jamaah akan berkurangan. Aku rasa paling lamapun memadailah setengah jam...itu yang aku rasa.

Selesai tazkirah aku disapa oleh seorang ahli pengajianku. "ustaz ... saya memang dok tunggu ustaz nie, saya nak bagi kat ustaz kurma untuk berbuka sepanjang Ramadhan nie." Sambil menghulurkan sebungkus kurma Nadia yang diimport dari Tunisia. Alhamdulillah rezeki lagi.

Cerita bab kurma aku nak habak kat hangpa semua.Jangan membeli kurma jenama Jordan River yang boleh didapati dengan mudah di pasaran negara ini. Kurma jenama ini dipercayai berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura sebelum dibungkus semula dan dibawa masuk ke beberapa negara umat Islam seperti Malaysia.

Berbuka dengan kurma jenama Jordan River ini ibarat anda berbuka puasa dengan darah dan air mata anak-anak saudara kita di Palestin. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik dan sahabat handai.

Sabtu, 30 Julai 2011

Kenapa jadi begini...?

Padang: Ribuan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatra Barat, telah mula berpuasa satu Ramadan pada Sabtu (30/7). Semalam mereka sudah mengerjakan solat Tarawih berjamaah sebanyak 23 rakaat. Selain bertarawaih, mereka juga melakukan tradisi mandi berlimau. Mandi ini diyakini dapat mensucikan diri.

Puasa hari ini dilakukan pengikut Naqsabandiyah berdasarkan hisab munjid yang dipercayai . Setiap tahun mereka memang selalu memulakan ibadah puasa lebih awal dari ketetapan pemerintah. Begitu juga dengan Aidilfitri Fitri, mereka kerap merayakan lebih dahulu dari yang lain.

3 isu lazim dalam bulan Ramadan

Oleh: albangi

"Menjelang puasa Ramadan Al-Mubarak bulan Ogos ini, masyarakat Melayu Mulsim akan berdepan dengan 3 isu lazim yang kadang-kala membawa kepada pertengkaran yang tidak perlu.

Pertama, ada kelompok yang mahukan solat tarawikh dibuat sebanyak 8 rakaat dan 3 witir, manakala ada kelompok yang mahukan solat tarawikh 20 rakaat dan3 witir. Akibat perbezaan pendapat ini, maka ada orang dan kumpulan yang akan bermasam muka dalam isu ini sehingga memutuskan silarrahim.

Di Mesir, pernah berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang hebat dalam kalangan orang Muslim mengenai solat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat. Lantas apabila As-syahid Hassan Banna berhadapan dengan kemelut ini, beliau bertanya kepada kedua-dua kelompok ini: Apakah hukum solat tarawikh? dan apakah hukum memutuskan silaturrahim?

Mereka menjawab solat tarawikh itu sunat, manakala memutuskan silatarrahim lebih daripada 3 hari adalah haram.

Jelas bahawa yang wajib mesti lebih utama dari sunat. Dalam isu ini, sebenarnya terserah kepada individu Muslim untuk lakukan solat 8 rakaat atau 20 rakaat secara berjamaah di masjid dan surau sepanjang bulan puasa Ramadan.

Bagi pihak kerajaan yang mewajibkan semua masjid atau surau mesti lakukan 20 rakaat adalah suatu yang tidak bijaksana. Yang wajar ialah keputusan menentukan 8 atau 20 rakaat diserahkan kepada AJK Masjid atau Surau yang lebih arif akan latarbelakang kariah masing-masing.

Individu Muslim boleh buat keputusan dengan meneliti hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda bersabda yang maksudnya orang yang melakukan amalan yang wajib dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala berpuluh kali berganda, manakala 0rang melakukan amalan sunat dalam bulan Ramadan akan diberikan pahala yang sama seperti pahala wajib. Maka wajarlah kita berebut mengutip pahala kebajikan dan hasanah dengan membanyakkan amalan sunat termasuk solat sunat. Kaedah menunaikan solat ini boleh dilakukan secara berjemaah dan boleh juga dilakukan secara individu. Ertinya kalau ada individu yang mahu solat sunat tarawikh atau solat malam dan bermunajat kepada Allah secara sendirian, maka ia tidak menjadi kesalah dan tidak harus dicemoh. Individu itu juga tidak harus rasa bersalah.

Apapun, sejarah solat tarawikh menunjukkan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat sunat (tarawikh) bersama para sahabat secara berjamaah dalam bulan Ramadan. Pernah para sahabat melihat Nabi s.a.w. melakukan beberapa bersolat dua rakaat selepas sunat Isya pada hari pertama Ramadan. Kemudian ada sahabat yang mengikut solat di belakang Nabi. Apabila masuk hari ke dan ke 3, semakin ramai sahabat yang turut solat sunat di belakang Nabi s.a.w. Pada hari-hari seterusnya, Nabi tidak lagi berada di masjid selepas solat sunat Isya kerana bimbang para sahabat akan menanggap solat sunat (tarawikh) itu adalah wajib atau mewajibkan diri mereka untuk berbuat demikian.

Tetapi di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq beliau menganjurkan solat sunat tarawikh 8 rakaat secara berjemaah bagi memakmurkan solat di bulan Ramadan untuk mengambil manfaat dan pahala kebajikan yang berganda.

Apabila Syaidina Omar Ibn-Khattab yang berada di Madinah ketika itu mendapati penduduk Mekah berbuat demikian dan menyedari meskipun penduduk Mekah melakukan solat 8 rakaat, pahala solat di Mekah beribu kali ganda, maka Syaidina Omar menganjurkan solat sunat tarawikh 20 rakaat bagi “mengejar’ pahala yang sama yang diterima oleh penduduk Mekah.

Kesimpulannya, sebagai Muslim dewasa, kita harus faham apa dan kenapa solat tarawikh itu dilakukan, dan kita tidak perlu bertengkar dan tidak perlu bermasam muka serta tidak perku memandang rendah atau memandang serong pada orang yang menunaikan solat tarawikh samada 8 atau 20 rakaat.

Isu lazim yang ke 2 ialah bacaan dalam solat dalam sunat tarawikh. Adakah bacaan dalam solat sunat tarawikh itu MESTI bacaan hafazan satu juzuk untuk setiap malam? Apakah ia satu keperluan? Apakah ia suatu amalan WAJIB?

Kalau tujuan membaca al Quran itu untuk menyemak bacaan, apakah mesti semakan hafazan dibuat dalam solat tarawikh sehingga solat itu menjadi panjang dan menyukarkan orang tua untuk berdiri terlalu lama dan membuat budak-budak muda tidak boleh bertahan lama dalam solat? Apakah semakan bacaan hafazan tidak boleh dibuat di luar solat dalam amalan tadarus hingga khatam al-Quran menjelang akhir Ramadan?

Bukankah Nabi s.a.w. pernah bersabda jika ada orang tua dan kanak-kanak bersolat bersama, maka imam hendaklah memendekkan solat?

Bukankah makna “tarawikh” itu rehat, dan kalau berdiri terlalu lama kerana mahu menghabiskan satu juzuk dai Quran setiap malam dalam solat tarawikh, maka ia bukan lagi “rehat”, tetapi menyulitkan orang jamaah solat tarawikh?

Maka tidak hairanlah, masjid dan surau penuh dalam minggu pertama Ramadan, berkurangan dalam minggu ke 2 dan ke 3, dan penuh semula pada minggu akhir Ramadan.

Kesimpulan dalam isu ke 2 ini ialah membaca al-Quran dalam bulan Ramadan adalah amalan sunat yang berganda pahalanya; membacanya hingga khatam lebih dari sekali juga adalah suatu yang mulia, tetapi usaha ini tidak mesti dibuat dalam solat tarawikh kerana ia boleh dibuat di luar solat khususnya jika ahli jamaah terdiri dari warga emas dan kanak-kanak.

Isu lazim ke 3 ialah imam muda yang hafiz Quran bawah umur 18 tahun menjadi imam dalam solat tarawikh atas alasan imam yang hafiz Quran ini akan dapat menghabiskan satu juzuk setiap malam dalam solat tarawikh. Kalau inilah tujuannya, maka masjid dan surau harus menilai semula tujuan ibadah sunat ini dan kaitannya dengan isu pertama dan isu ke 2.

Dari sudut hukum adalah tidak salah bagi imam hafiz bawah umur 18 tahun menjadi imam memimpin solat tarawikh, tetapi adalah lebih afdal imam hafiz yang lebih berusia menajdi imam di depan orang-orang tua dan lebih dewasa. Bagi sesetengah orang tua, mereka berasa lebih selesa berada dalam saf makmum di belakang imam hafiz yang sebaya mereka atau muda sedikit daripada usia mereka dan bukan di belakang imam yang kelihatan seperti budak atau kanak-kanak walaupun budak atau kanak-kanak itu adalah hafiz.

Kesimpulan dalam isu ke 3 ini ialah dalam menentukan imam untuk memimpin solat tarawikh, AJK Masjid dan Surau harus ambil kira demografik dan sosio-psikologi ahli kariah dan jamaah yang hadir agar perbezaan umur antara imam dan makmum tidak terlalu jauh tidak menjadikan makmum gusar dan tidak selesa dalam solat. Apakah keikhlasan diri untuk beribadah akan cair kerana merasa diri terpaksa dalam melakukan amalan sunat yang mulia in?

Atau apakah lebih baik dilakukan solat 4 rakaat (tarawikh) disusuli dengan tazkirah atau membaca alQuran beramai-ramai; kemudian pulang ke rumah, rehat, tidor dan kemudian bangun solat malam untuk bermunajat kepada Allah secara bersendirian, 1 dengan 1 bersama Allah? Kemudian membaca al-Quran sambil menunggu sahur dan kemudian, solat subuh berjamaah.

Jumaat, 29 Julai 2011

Bahaya penyakit kemurungan...

Suatu ketika dulu saya pernah menerima seorang klien yang mengadu menghadapi pelbagai masaalah sehingga menyebabkan kemurungan. Orang yang diserang penyakit ini biasanya tidak mahu bercakap suka bersendirian. Ada ketikanya kelihatan agak resah gelisah.

Alhamdulillah setelah beberapa sessi kaunseling dijalankan keadaannya bertambah baik. Penyakit ini kalau dibiarkan boleh membawa risiko yang lebih berat. Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang bernama Mohd Ashraf Hafiz apabila pemohonannya ungtuk menukar nama kepada Aleesya Farhana ditolak oleh hakim meskipun ia telah menjalani pembedahan menukar jantina dari lelaki kepada wanita.

Kini MohdAshraf Hafiz sedang dirawat di wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana mengalami masaalah jantung dan tekanan darah rendah akibat kemurungan.Bapanya Abd Aziz hmad mengesahkan anaknya muntah teruk dan tidak sedarkan diri sejak jam 3 pagi tadi. Berita terkini yang diterima Mohd Ashraf telah menghembuskan nafas yg terakhir moga Allah merahmati rohnya - Al-fatihah

Khamis, 28 Julai 2011

Makanlah kamu sebelum kamu......?

Semalam jamuan ....hari nie jamuan lagi. Menjelang ramadhan nie banyak sungguh orang buat jamuan. Maklumlah masuk Ramadhan tak ada harapan lagi nak makan waktu siang.

Adakah ini adat atau ibadat. Jadi adat sekiranya dibuat hanya untuk suka-suka tetapi jadi ibadat sekiranya ia dibuat dengan doa selamat agar Ramadhan kali ini kita lebih bersungguh-sungguh untuk beribadah.

Bila perut kenyang kita lupa pada orang yang lapar. Semalan pulun tiga pinggan nasi masak kampung..perut jadi montek balik lena sampai 5 petang. Sesekali terfikir juga suatu ketika dulu zaman kanak-kanak satu hari hanya dua kali makan itu pun bubur nasik dengan berlauk 10 ekor ikan bilis goreng.

Masa mengaji sekolah arab dulu pun susah jugak, makan nasi berlauk taugeh itupun sedap. Sekarang nie cukup mewah dengan makanan tapi bila nak suap ke mulut teringat macam-macam. Nanti kena kencing manis..kolestrol, darah tinggi dan sebagainya lagi. Makan perlu untuk hidup tapi...jangan jadikan hidup untuk makan.

Tawaf 7 keliling akan bermula....

Ramadhan akan menjelang tiba. Ada yang rasa gembira untuk menyambutnya dan tak kurang juga yang rasa tak seronok nak menyambutnya. Orang mukmin sudah pasti akan rasa amat gembira kerana inilah bulan yang penuh keberkatan,kemuliaan dan digandakan segala pahala di atas setiap amalan.

Bagi orang Islam yang fasik tentunya puasa merupakan satu bebanan kerana terpaksa menahan nafsu lapar dahaga. Bagi orang yang berniaga inilah bulan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Tahun lepas saya dimaklumkan seorang peniaga bubur boleh untung bersih 5 ribu sebulan. Ada peniaga di pasar ramadhan menjual kuih muih yang tak laku semalam tapi masih lagi dijual dan ada pembeli yang tertipu kerana terbeli kueh basi. Seorang peniaga murtabak dikenal pasti tak berpuasa bila terdapat jug air minuman di bawah meja. Restoren nasi kandar terus beroperasi di sepanjang ramadhan dengan alasan terpaksa membayar sewa bangunan setiap bulan 3 ribu.

Saya memang jarang sangat nak membeli di pasar-pasar ramadhan sejak 3 4 tahun kebelakangan ini kerana bagi saya ketika perut lapar semua benda yang kita tengok sedap tapi apabila berbuka semua makanan yang dibeli banyak membazir. Peliknya ada teman-teman yang sanggup meninjau dari satu pasar ke satu pasar ramadhan untuk melihat beraneka juadah sehingga tawaf 7 keliling apa pun tak terbeli. Begitulah hebatnya nafsu yang dikurniakan Allah
kepada manusia.

Justeru untuk mengawal nafsu banyakkanlah mengingati Allah....berzikir, membaca al-Quran serta muhasabah nafsiah.

Selasa, 26 Julai 2011

Bukan kata orang...kalau kena kat aku...akupun lari...

Mayat Bangun dan menjerit minta tolong

SELASA, 26 JULAI 2011


CAPE TOWN: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikatakan sudah meninggal dunia tiba-tiba saja bangkit di dalam sebuah rumah mayat yang sejuk dan menjerit minta tolong di keluarkan sehingga menakutkan dua orang penjaga yang menyangka dia hantu.

“Keluarganya ingat dia sudah meninggal dunia,” kata jurucakap kesihatan Sizwe Kupelo.


“Keluarganya telah memanggil pengurus mayat swasta dan terus membawa lelaki yang dianggap sudah mati, ke rumah mayat, tetapi lelaki itu tiba-tiba bangun jam 5 petang dan menjerit mahu keluar dari tempat sejuk.” Jeritannya menyebabkan dua orang penjaga bangunan yang terletak di Libedo di kawasan pendalaman Cape Timur melarikan diri kerana mereka menyangka lelaki itu hantu.

Selepas mereka meminta bantuan dan pulang ke bangunan itu, mereka dapati lelaki itu masih hidup dan terus memanggil ambulans. Lelaki itu sudah “terdedah di dalam suhu yang sangat sejuk hampir 24 jam,” kata Kupelo.


Katanya, orang ramai sepatutnya tidak membuat kesimpulan seseorang itu sudah mati dan terus hubungi rumah mayat. - AFP

Isnin, 25 Julai 2011

Tiba-tiba air terjun ini mengalir ke atas....


Memang pelik apabila air terjun mengalir ke atas. Hakikatnya menunjukkan kuasa Allah menjadikan angin berkuasa membalikkan aliran air ke atas. Allah ciptakan angin untuk membinasakan umat yang degil di zaman nabi-nabi yang terdahulu.

Di dalam hadis Nabi juga dinyatakan bahawa dunia ini akan musnah(kiamat) pabila tiupan sangkakala kencang membinasakan seluruh alam semesta.

Justeru senantiasalah kita mengambil pengajaran dari segala kejadian luarbiasa yang berlaku

Ahad, 24 Julai 2011

Minuman Tenaga!!!Minuman Dari Darah Manusia

Taukah! anda bahawa Fungsi utama darah adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman.

Sebuah perusahaan berani menciptakan produk minuman bertema “Ramuan Darah Manusia Berenergi”.



Tak sangka ade jugak segelintir manusia memanfaatkan darah sebagai minuman bertenaga. Korang yang dengar pon mesti korang rasa menjijikkan kan!

Tapi bagi negara yang membolehkan rakyatnyer mengambil darah sebagai minuman,minuman ini menjadi produk yang sangat mencabar lagi-lagi apabila dikatakan minuman ini sangat nikmat dan menambahkan tenaga dalam badan.

Sebuah syarikat berani mencipta produk bungkusan minuman bertema 'Ramuan Darah Bertenaga'. Seperti dikutip dari Shine, produk berharga US $ 5 ini mungkin menjadi minuman darah sintetik pertama di dunia. Agar selesa diambil, rasanya sengaja dibuat berubah-ubah dengan cita rasa buah. Layaknya darah, ramuan mengandungi zat besi, protein, kafein, dan elektrolit koktel, itu juga berwarna merah. Bahkan bungkusan dibuat seperti beg-beg pemindahan darah.

Mereka yang mengambil darah disebut hematophagy. Ada pula yang disebut denganSanguinarians atau vampirik. Kebanyakan Sanguinarians mengatakan bahawa merekamempunyai nafsu untuk mencari 'penderma' darah segar manusia untuk dimakan. Namun,majoriti lebih menikmati darah dari haiwan seperti ayam, itik, rusa, atau lembu.

Yang pasti, mereka harus berhati-hati apabila mengambil darah kerana berpotensi diseranghepatitis, AIDS, malaria dan penyakit menular seksual.


Macam-macam da nak jadi setan ke aper? Or zombi? hahaaa pelik-pelik jer


Kerja Jahat...Bungkus Nasi Lemak Dengan Al Quran..


Beginilah sikap jahilnya umat dinegara ini,sehingga sanggup menghina ayat-ayat
Allah dengan sebegini rupa..mengapakah mereka sejahil ini..???

Jawapannya pada sepotong hadis yang mafhumnya :.Rasulullah bersabda "Terdapat Dua golongan,sekiranya baik golongan ini maka baiklah ummah,sekiranya jahat dua golongan ini maka rosaklah ummah,iaitu Ulamak dan Umarak (Pemerintah)"

Allahuakbar...mayat masih hidup walaupun telah 6 hari disemadikan...


Banjarmasin:
Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak keluarga karena diyakni mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang sudah dikubur lapan jam itu bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.
Setelah digali jasadnya dibawa ke hospital Banjarbaru. Para dokter tegas menyatakan bahawa lelaki ini sudah meninggal dunia. Ahli keluarga masih tidak yakin lalu membawa mayat itu pulang ke rumah. Masyarakat setempat datang menziarahi untuk melihat mayat Yadi.
Satu perkara yang sangat aneh berlaku. Sekalipun keadaan jenazah tak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih terasa panas bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa orang guru agama yang datang menziarahi menyatakan ada tanda-tanda kehidupan pada Yadi.
Yadi meninggal dunia setelah tenggelam di sebuah sungai. Keluarga menemukan Yadi dalam keadaan sekarat karena sudah 10 minit tenggelam. Saat dibawa ke Hospital Umum Ulin, pihak dokter mengatakan Yadi sudah meninggal. Selanjutnya keluarganya terus mengkebumikannya.
Pada malam harinya, isteri Yadi sentisa di datangi mimpi aneh bahawa suaminya masih hidup. hinggalah hari yang ke enam barulah ia mendesak dan meminta agar kubur suaminya digali semula. Sebab dia yakin suaminya belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar itu sepakat menggali kuburan Yadi. Kini terbukti Allah Maha Berkuasa Yadi ditemui masih hidup dan keadaannya sangat lesu dek hampir seminggu berada di liang lahat.video di atas adalah bukti segala-galanya.
Wallahuaklam...

Kembara Tarbawi...

Jauh perjalanan banyak pengalaman. memang itulah pegangan hidupku sejak muda belia lagi. Aku suka sangat merantau. Meninjau bumi orang, melihat kebesaran Ilahi dan mengambil ibrah disepanjang perjalanan.

Masih teringat lagi bagaimana rombongan ekspidisiku seramai 38 orang menjejakkan kaki ke puncak Kinabalu jam 4.30 pagi dan melaungkan azan dan solat subuh di atas puncaknya. Pemandu pelancung sangat terkejut kerana selama 28 tahun jadi pemandu pelancung tidak ada satupun rombongan yang bersolat subuh di puncak gunung. Dan dia rasa sangat pelik dan teruja.Sebahagian besar ahli rombonganku menitiskan air mata melihat kebesaran Allah di hadapan mata.

Peristiwa dan pengalaman itu sudah berlalu sejak 20 tahun yang lalu, kini sekali lagi kembara tarbawi akan ke Sabah insyaallah kami akan menjelajah Tawau, Kunak Semporna dan Lahad Datu pada awal Disember akan datang .Setakat ini lebih kurang 21 orang ahli jamaah usrah dan pengajianku akan membuat program ziarah di Pasentren (Pondok) Sg. Iman dan tamrin,muqayyam serta bantuan untuk fakir miskin sepanjang lebih kurang 4 hari di sana. Syukran kepada seorang hamba Allah yang bermurah hati untuk menyumbangkan Rm1.000 untuk fakir miskin di sana. Moga Allah memberkati hidup penderma ikhlas ini.

Buat teman-teman yang berhajat untuk membuat amal jariah terutama yang mengenali diriku bolehlah menyumbangkan apa sahaja bantuan sama ada wang ringgit atau sebagainya melalui ku atau hubungi melalui no tel. yg tertera di sebelah untuk di bawa ke sana terutama tempat-tempat pengajian pondok dan kelas tahfiz al-Quran yang amat memerlukan sumbangan. Inilah yang dimaklumkan oleh Tn Hj Mohamad salah seorang pengasas Pondok Sg imam Tawau yang sempat saya temui ketika ceramah saya di masjid Pematang Buluh P.Pinang suatu ketika dulu.

Begitu juga saya bersyukur sangat-sangat pada sahabat-sahabat yang berada di Tawau yang sudah tidak sabar-sabar untuk menanti kunjungan kami dan menyusun program untuk lawatan kami. moga kembara tarbawi kali ini akan memperolehi kejayaan.

Amiin...

Aku malu pada Allah...monolog seorang hamba

Sedikit syukur...sedikit ibadah. Sedikit zikrullah dan sedikit tazkiah nafsiah..Banyak amalan lagha menyebabkan aku rasa malu pada Allah swt. Apa yang Allah tak beri pada aku. Sihat...? Alhamdulillah setakat ini belum ada lagi sakit jantung,buah pinggang ok,kencing masih masin, kolestrol ada sikit-sikit kut...ghout tak pernah kena meskipun aku ni penggemar makanan laut.

Rezeki...apa yang Allah tak beri pada aku. Lepaih beri kuliah depa jamu makan. kue teaw kerang lah..nasi ayam,nasi minyak paling-paling pun bee hon/mee goreng. Mana tak naik berat badan 5 kilo. Belanja rumah cukup, tak dak kad kredit fikiran pun tak runsing nak bayar hutang.Rumah sendiri dah ada...kereta cash tak dak hutang...apalagi hang nak?? tak syukur lagikah pada Allah. Memang aku malu pada Allah. Nafsu oh nafsu awat hang suka sangat merangsang hamba yg dhoif ini. Aku malu pada Allah.

Anak-anak pun walaupun tak segenius anak orang. setakat ini engkau kurniakan zuriat yg menyejukkan hati nurani. Dengar cakap dan tunjuk ajar mak bapak. Moga Kak long yang belajar di UNISZA tercapai cita-cita untuk menjadi pakar kaunseling agama kelak..Begitu juga angah hadapi cabaran yang lebih getir di Perancis kelak. Buat alang memang abah bercita-cita nak tengok hang belajar di Universiti Madinah..ingat hanya beberapa tapak sahaja lagi. Selama ini apa yang kita minta sentiasa dimakbulkan Allah cuma terkadang-kadang kelalaian merusakkan ibadah kita. Sekali lagi aku malu pada Allah.

Ya Allah...pemurahnya engkau pada hambamu ini. Janganlah kenikmatan ini melalaikan aku persis seperti Tsa'labah Ibn Hatim. Jadikan aku seperti Abdul Rahman Al-Auf yang banyak berkorban untuk agama-Mu

Kini...aku semakin sedar, sesiapa yang mentaati Allah, maka Allah akan menghilangkan kesusahan dalam hidupnya dan Allah akan beri rezki yang ia tidak sangka-sangka.

Sabtu, 23 Julai 2011

Hari yang meletihkan...


Letih...letih...letih. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan oleh hati kecilku. Program padat, masa seolah tak cukup. Malam jemputan untuk qiam..pastu kuliah subuh. Balik kampung tengok mak kat kampung sekaligus jengok kebun sawit yang dah lama jugak tak jengok. Fulamak rumput dah panjang nak kena sembur racun tapi kemarau panjang dan musim panas air perigi pun dah kering. Tangguh dululah..

Buah masak dah banyak yang relai-relai. Phone adik suruh kait, tapi diapun sibuk..ambik kait dan cop kait sendirilah letih lagi...Jam 11,30 pagi selesai dijual duit bagi kat mak untuk belanja kat kampung.

Badan dah rasa tak bermaya...aku bukan muda lagi (sendiri mau ingat) bergegas balik ke Taiping untuk mengadili tilawah/tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan anjuran telekom Malaysia bertempat di Pusat latihan Telekom Taiping. Selesai jam 6 petang, perghh lega rasanya. Pastu depa jamu durian pulut pulak, durian gred one tak makan rasa rugi pulak..balaih..pulun sakan jugak dengan pulut santan sekali habih tangkap urat sendiri. Sampai rumah jam 7 petang aku dah tersandar kat sofa nak tunggu masuk solat Maghrib.Kepala rasa berat je.

Tup-tup telefon berdering " Ustaz ...malam nie kuliah ustaz kat Sungai mati. Alamak macam mana aku boleh lupa. Nasib baik depa faham aku sangat letih...rasanya aku lebih letih dari menatang kucin kat atas tuu...

Sultan Berjiwa Rakyat

TUMPAT- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihandan alam sekitar.Baginda yang mengenakan baju T,seluar track serta bertopi kelihatan selesa bersama lebih 1000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama hampir 2jam di Pantai Sri Tujoh di sini.



Majlis yang bermula pada jam 10.30pagi di dadakan disitu kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong."Beta dapati masjid tidak dibersihkan,tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman," titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.Program itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan dengan matlamat merapatkan hubungan mesra antara institusi diraja dengan rakyat jelata.

Monyet anih di temui di China


Penduduk Desa Gezhai, Wilayah Henan, China tengah, digemparkan adanya monyet alien berkeliaran di wilayah tersebut.

Monyet itu sangat kurus sehingga terlihat jelas tulang rusuknya. Monyet alien itu semakin terlihat menakutkan dengan bulu-bulu tipis dan mata yang besar dan berwarna merah.

Seperti dilaporkan The Sun, Jumaat (22/7/2011), seorang suri rumah tangga bernama Xiping Mao, terkejut ketika monyet menakutkan itu memasuki apartemennya. Monyet alien itu mengambil dua buah timun dari dapur apartemennya.

“Awalnya saya fikir itu arnab. Namun, saya terkejut melihat kerana dia memiliki wajah alien. Muka makhluk itu sangat aneh,” katanya.

Kerana merasa takut, Xiping Mao melaporkan peristiwa itu kepada polis setempat. Pihak polis awalnya tidak mempercayai laporan Xiping Mao.

Namun, polis akhirnya mempercayai keterangan Xiping Mao setelah monyet alien itu terperangkap di sebuah bakul milik penduduk setempat.

Hingga kini pakar sedang mengkaji makhluk aneh tersebut.

Jumaat, 22 Julai 2011

Disebalik kesusahan ada kesenangan...

Cakap memang senang. Anak-anak bukannya robot yang kita boleh sett ikut kehendak kita. Betullah dalam Islam anak-anak merupakan ujian dari Allah swt.apatah lagi kita hidup di zaman yg serba canggih dengan kemudahan internet memang susah kita nak mengawalnya.

Kadangkala lepas solat aku sentiasa memohon " Ya Allah... janganlah engkau bebankan hambamu ini dengan sesuatu ujian yang tak mampu aku memikulnya " Setiap orang mengimpikan kebahagian,kedamaian hidup namun adakah kita dapat mengecapi sepenuhnyua? mungkin tidak....Namun aku tetap salute pada pengalaman seorang ustazah ini sehinggakan aku merasakan inilah "Baitul Muslim...Baiti Jannati"

Ustazah menceritakan kisah ini selepas melihat sesuatu yang menakjubkan semasa menziarahi rumah sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah seorang guru biasa.
Beliau tiba di rumah sahabatnya ini pada waktu tengah hari tetapi belum masuk waktu Zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun, beberapa orang daripada 8 orang anak mereka (kesemuanya lelaki; yang paling tua Tingkatan 1 manakala yang paling muda masih bayi) baru pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk. Abang yang tua mengajak kesemua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri menjadi imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur dalam lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhuk dan solat bersama jemaah. Dia ikut rukuk apabila imam rukuk, dia ikut sujud apabila imam sujud dan apabila selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk!

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-disuruh.

Ceritanya tidak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, Ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan Subuh berkumandang kalau saya tidak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air...dilihatnya anak-anak kecil semuanya sedang sibuk berwudhuk. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke-7 entah berapa tahun sibuk mengambil wudhuk di bilik air pada waktu subuh yang paling awal.

Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk Ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tidak berakhir di situ. Ustazah tersebut bercadang ingin sambung tidur kerana penat musafir semalamnya tidak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila mahu melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak, hari ini ayah nak bagi kuliah mengenai solat dan puasa...” Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah, apabila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya, dia menjawab bahawa ia persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki; akan menjadi pemimpin, pasangan suami isteri ini tidak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman

Ambillah iktibar dari kisah benar ini.


Allah tu wujud ke...?

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. “Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. “Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya. “Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap. “Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu. “Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali. “Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan. “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok.

Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.

Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Khamis, 21 Julai 2011

Rumah hangus, Quran elok





19 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran yang disimpan dalam rumah masih dalam keadaan elok walaupun rumah kayu itu hangus terbakar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pemilik rumah, Siti Fauziah Abdullah, 44, dan dua anaknya tidak menyedari rumah mereka di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sini, terbakar mendadak dipercayai akibat litar pintas.

Siti Fauziah berkata, dia yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati semua perabot, perkakas rumah, pakaian termasuk buku sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun mereka sekeluarga terkejut apabila menemui naskhah al-Quran terselamat dalam kebakaran itu.

“Mungkin ini kebesaran Tuhan. Hanya kulit al-Quran itu saja terbakar manakala helaian kertas di dalamnya masih boleh dibaca,” katanya.

Menurutnya, kejadian kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran rumahnya manakala anak bongsunya pergi mengaji al-Quran.

“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adik ipar mengatakan rumah kami duduki sejak 27 tahun lalu, terbakar. Saya sangka ia gurauan sebelum mendapati ia benar-benar berlaku,” katanya.

Dia bersyukur dua anak yang baru balik dari mengaji tiada di rumah sebaliknya ke rumah ibunya berhampiran.

Anak mangsa, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata dia yang baru pulang kerja terkejut mendapati rumahnya dijilat api.

“Saya berlari masuk ke kawasan kebakaran kerana menyangka adik saya masih berada dalam rumah tetapi dihalang dan diberitahu adik selamat,” katanya.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata dia singgah ke rumah neneknya untuk melihat telefon bimbit baru yang dibeli ibu saudaranya, Norlia Abdullah, 52.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguat Kuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Menurutnya, rumah diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dengan pantas dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 10 malam.

Haram Jadah Iblis Syaitan..tak habis-habis dengan meeting

Dalam satu mesyuarat (meeting) tergembar, iblis syaitan sebuk berbincang bagaimana untuk melalaikan manusia. Antara butiran perbincangan adalah seperti berikut.

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid","Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah swt dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan Allah swt, maka kekuatan kita akan lumpuh. Urat sendi kita lemah"
Bregeder General Iblis memberi pendapat
"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, tetapi curi waktu mereka, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah swt.

Lalu prebet iblis dan lans kopral iblis tersengeh-sengeh menyatakan.."Inilah yang akan kita lakukan,""Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". Kapten syaitan menambah" Bagaimana kami melakukannya?" tanya sarjan syaitan pula.

Sebagai pengerusi mesyuarat general syaitan Azazil mengeluarkan arahan. "Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka..Rayu mereka agar suka berbelanja..belanja...belanja dan seterusnya berhutang...berhutang dan berhutang".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.""Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah.""Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan"."Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah. "Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan ALLAH SWT dan Rasul-Nya""Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid"."Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari"."Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan"."Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".
"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga""Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana ALLAH SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."

"Buatlah mereka menjadi sibuk...sibuk...sibuk." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa (lagho)

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran Allah swt"

Serentak dengan arahan ini ahli mesyuarat iblis mengangkat tangan dan melaungkan "kita pasti akan berjaya untuk menambahkan ahli neraka syaitan and the compeny
Haram jadah punya meeting.....

Sebijik macam perempuan...dunia akhir zaman


KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Hasrat seorang lelaki yang mahu menukar nama dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Ashraf yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Rabu, 20 Julai 2011

Mudah ...tapi susah nak buat

1. Nilailah Kebaikan Orang Lain Terhadap Kamu, Tetapi Hapuskanlah Semua Jasa Yang Pernah Kamu Berikan Kepada Orang Lain.

2. Dalam Keadaan Benar Kamu Difitnah, Dipersalahkan dan Dihukum, Maka Kamu Akan Mendapat Pahala.
3. Dalam Keadaan Salah Kamu Dipuji dan Dibenarkan, Itu sebenarnya adalah merupakan satu bala dan musibah.
4. Orang Yang Benar perlu di Bela, Orang Yang Salah perlu diberi Nasihat.
5. Jangan Selalu Melihat/Mengecam Kesalahan Orang Lain, Tetapi Selalu Melihat Diri Sendiri, Itulah Kebenaran.

6. Orang Yang Baik Diajak Bergaul, Tetapi Orang Yang Jahat Dikasihani.

7. Dua Orang Saling Mengakui Kesalahan Masing-Masing, Maka Dua Orang Tersebut Akan Bersahabat Sepanjang Masa.

8. Saling Salah Menyalahkan, Maka Akan Mengakibatkan Putus Hubungan.

9. Kalau Kamu Ikhlas Menolong Orang Yang Dalam Keadaan Susah, Maka Jangan Sampai Diketahui Bahawa Kamu Sebagai Penolongnya.

10. Jangan Membicarakan Sedikitpun Keburukan Orang Dibelakangnya, Sebab Kamu Akan Dinilai Buruk Oleh Si Pendengar.

11. Kalau Kamu Mengetahui Orang Itu Berbuat Salah, Maka Teruslah Tegur Dengan Kata-Kata Yang Lemah-Lembut Sehingga Orang Itu Menjadi Lebih Insaf.