Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 11 Julai 2011

Kenapa begitu mudah membenci ibumu....?

Entah mengapa...aku ditakdirkan memiliki ibu yang cacat. Ibu hanya ada satu mata dan aku amat membenci dengan kecacatan ibu.. Ketika aku di sekolah rendah ibu datang melawat aku, aku terasa amat malu pada kawan-kawan dan memintanya supaya cepat pergi.

Memang benar kerana keesokan harinya, teman-teman mengejekku, ingin rasanya aku menyembunyikan diri dari terus di ejek..Ketika pulang aku memarahi ibu dan ibu hanya terdiam dan aku sempat melihat beberapa titis air mata membasahi pipinya yang cengkung..

Aku bertekad untuk tinggal di asrama penuh supaya dapat berjauhan dengan ibuku yang berwajah hodoh dan dengan kesungguhanku belajar akhirnya aku berjaya tinggal di asrama dan aku juga mendapat biasiswa penuh untuk membiayai pelajaranku. Aku amat gembira kerana dapat menjauhkan diri dari ibuku.

Takdinya selepas tamat belajar aku ditawarkan kerja dan akhirnya aku terus berkahwin dan bekerja di Singapura. Hubunganku dengan ibu terputus terus namun suatu ketika ibu datang juga ke Singapura mencariku. Setelah sibuk bertanya ke sana kemari akhirnya ibu sampai juga ke rumahku dan apabila anak-anakku melihat seorang tua berwajah huduh bermata satu mereka menjerit-jerit ketakutan.

Perasaan marahku pada ibu tak boleh dikawal. Aku tengking ibu, aku herdik ibu supaya pergi, kali ini ibu tidak menangis lagi sebaliknya berkata dengan suara perlahan "maafkan saya...mungkin saya tersilap alamat"

Setahun kemudian, aku ditukarkan kembali ke kampung halamanku.Aku ditugaskan dibandar 50- km dari rumah ibuku. Kepulanganku tidak ku beritahu pada ibu namun di saat itu ada seorang jiran ibuku menyerahkan sepucuk surat bertulis tangan katanya ini surat dari ibuku yang telah meninggal dunia 3 bulan yang lalu.

Perkhabaran ini sedikit pun tidak menyedihkan hatiku....dan aku mula membaca sekadar ingin tahu apa yang ditulis oleh ibuku.

"Anakku tercinta, aku memikirkanmu setiap saat. Maafkan aku saat datang ke Singapura dan menakuti anak-anakmu dan juga maafkan aku membuatmu malu di hadapan kawan-kawanmu .. Semoga kamu mengerti. Waktu kecil kamu mengalami kecelakaan dan kehilangan 1 mata. Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihatmu membesar dengan 1 mata, jadi aku memberikan milikku. Aku menjalani pembedahan dimana sebijik mataku dikorek untuk membahagiakan dirimu kerana sememangnya engkaulah satu-satunya anakku..

Tahukah anakku.. kesan luka dimata tidak sembuh-sembuh dan merebak pula ke muka mungkin disebabkan ibu juga pengidap deabetes. Anakku wajah ibu ditampal dengan kulit peha namun ia tetap juga menakutkan sesiapa yang memandangnya.

Maafkan aku wahai anakku...Ibu tak berniat untuk menakuti sesiapapun dengan wajah hodoh sebegini.Aku bahagia melihat engkau bahagia bersama suami dan anak-anak. Dan hingga saat ini ibu berbangga kerana engkau dapat menatap dunia dengan sebiji mata yang aku berikan itu.

Salam sayang dari ibumu
11.15 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan