Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 24 Julai 2011

Kembara Tarbawi...

Jauh perjalanan banyak pengalaman. memang itulah pegangan hidupku sejak muda belia lagi. Aku suka sangat merantau. Meninjau bumi orang, melihat kebesaran Ilahi dan mengambil ibrah disepanjang perjalanan.

Masih teringat lagi bagaimana rombongan ekspidisiku seramai 38 orang menjejakkan kaki ke puncak Kinabalu jam 4.30 pagi dan melaungkan azan dan solat subuh di atas puncaknya. Pemandu pelancung sangat terkejut kerana selama 28 tahun jadi pemandu pelancung tidak ada satupun rombongan yang bersolat subuh di puncak gunung. Dan dia rasa sangat pelik dan teruja.Sebahagian besar ahli rombonganku menitiskan air mata melihat kebesaran Allah di hadapan mata.

Peristiwa dan pengalaman itu sudah berlalu sejak 20 tahun yang lalu, kini sekali lagi kembara tarbawi akan ke Sabah insyaallah kami akan menjelajah Tawau, Kunak Semporna dan Lahad Datu pada awal Disember akan datang .Setakat ini lebih kurang 21 orang ahli jamaah usrah dan pengajianku akan membuat program ziarah di Pasentren (Pondok) Sg. Iman dan tamrin,muqayyam serta bantuan untuk fakir miskin sepanjang lebih kurang 4 hari di sana. Syukran kepada seorang hamba Allah yang bermurah hati untuk menyumbangkan Rm1.000 untuk fakir miskin di sana. Moga Allah memberkati hidup penderma ikhlas ini.

Buat teman-teman yang berhajat untuk membuat amal jariah terutama yang mengenali diriku bolehlah menyumbangkan apa sahaja bantuan sama ada wang ringgit atau sebagainya melalui ku atau hubungi melalui no tel. yg tertera di sebelah untuk di bawa ke sana terutama tempat-tempat pengajian pondok dan kelas tahfiz al-Quran yang amat memerlukan sumbangan. Inilah yang dimaklumkan oleh Tn Hj Mohamad salah seorang pengasas Pondok Sg imam Tawau yang sempat saya temui ketika ceramah saya di masjid Pematang Buluh P.Pinang suatu ketika dulu.

Begitu juga saya bersyukur sangat-sangat pada sahabat-sahabat yang berada di Tawau yang sudah tidak sabar-sabar untuk menanti kunjungan kami dan menyusun program untuk lawatan kami. moga kembara tarbawi kali ini akan memperolehi kejayaan.

Amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan