Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 2 Julai 2011

Alangkah bagusnya kalau...

Ada seorang pengemis..
dengan tempurung di tangan
Memohon simpati dan belas kasihan dari manusia yang lalu lalang.
dipandangnya seorang budak sedang makan di warung pinggir jalan.terdetik dalam hatinya..
Alangkah bagusnya kalau jadi budak kecil tak payah cari duit makan minum semua ditanggung beres."

Diwaktu yang sama..budak yg sedang makan itu terfikir.... dan berkata dalam hati 'Alangkah bagusnya kalau jadi orang dewasa boleh ada duit sendiri...boleh beli mainan banyak" Sambil memerhati seorang lelaki yang makan di meja paling hujung.

Tiba-tiba lelaki itu bangun menuju ke motor kapcai nya sambil berfikir alangkah bagusnya kalau aku mampu beli kereta kancil, dah tentu tak kena panas atau hujan sambil matanya memandang tepat pemandu kacil yang berhenti di sebelahnya.

Lelaki dalam kereta kancil pula dalam masa yang sama, masih memikirkan kereta mercedes yang baru dibeli oleh bosnya.. terdetik cemburu dalam hatinya.
"aisshh.. alangkah bagusnya kalau aku jadi (bos), mesti bangga aku bawak kereta mercedes "

Ditempat yang lain, bos lelaki tadi sedang membelek-belek surat khabar.. terbaca olehnya kisah seorang jutawan lantas dia pun berkata.. Alangkah bagusnya kalau aku jadi jutawan.. harta bertimbun.. hidup pasti senang" dan begitulah seterusnya..

INgatlah..
dunia ini ibarat seekor burung yang cantik dan indah..
apabila kita mendekatinya .
ia semakin Menjauh..
apabila kita cuba mengejarnya..
ia bertambah jauh..
apabila kita cuba menangkapnya..
ia akan terbang lari..

dan ketika kita sibuk mengejarnya.. ketika itu..
kaki kita akan terluka terpijak duri..
kita akan jatuh tergelincir ..
dan pengakhirannya..
kita pasti terjatuh dalam gaung dan mati..

maka ..
curilah masa kita sedikit..
fikirkan apa yang kita ada..
renungkan apa nikmat yang Allah dah beri..

dan hari ini..
kita akan belajar kembali erti sebuah perkataan..

"syukur Alhamdulillah...'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan