Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 5 Julai 2011

15 perkataan " Jangan" yang perlu dijauhi...


1. Jangan menunggu bahagia baru nak tersenyum, tetapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan kaya dengan keberkatan

3. Jangan menunggu kata-kata semangat baru nak berusaha tetapi berusahalah dan bergeraklah nescaya kamu akan menjadii orang yg senantiasa bermotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, †etâÞi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu kejayaan baru nak bersyukur. tetapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

12. Jangan menunggu yakin baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti akan mendapat keyakinan

13. Jangan menunggu untuk diberi, tetapi memberilah maka kamu akan diberi

14. Jangan menunggu dihargai, tetapi hargailah orang lain maka kamu pasti akan dihargai

15. Jangan menunggu dihormati orang lain, tetapi hormatilah orang lain maka kamu akan dihormati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan