Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 29 Mac 2013

Inilah tanda orang yang mati syahid dunia akhirat


Inilah Kholil alias Abu Kholid alias Hasan, seorang penjual roti asal Padaherang, Ciamis yang mempunyai keinginan kuat untuk menegakan Syariat Islam yang ditembak oleh Pasukan Thaghut Kacung Kafir Salibis Amerika & Zionies Densus88 (Laknatulloh alaih) di teras Masjid Nur Al Afiah, RS Wahidin Sudirohusodo, Jl Perintis Kemerdekaan, Makassar, Jumat (4/1/2013) sekitar pukul 10.45 WITA setelah sholat dhuha karena dituduh terlibat jaringan terorisme

Inilah jenazah beliau yang penuh dengan tanda-tanda kesyahidan (Insya Allah) setelah 1 bulan di simpan di RS POLRI yang akhirnya dikembalikan ke rumah keluarganya di desa Karangmulya, Kec. Padaherang, Ciamis.

1. Tubuhnya berkeringat
2. Mengeluarkan bau yang harum
3. Darah masih mengalir
4. Tubuhnya tidak kaku, seperti mayat yang baru meninggal beberapa saat.
5. Wajahnya berseri.

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari)

Subhanallah....! lihatlah keringatnya begitu jelas dan nyata, Ini merupakan tanda-tanda Khusnul Khatimah, Insya Allah Syahid..! semoga Allah menempatkan Abu Kholid (rahimahullah) di Surga yang tertinggi.

Bukan mahram hulur tangan nak bersalam apa nak buat...


Laa ni musim cuti banyak kenduri kendara. Di sana kita akan bertemu dengan kenalan lama, adik beradik, sepupu sepapat dan sebagainya. Masaalahnya bila ada yang tak faham, jumpa terus hulur tangan nak bersalam sedangkan dia adalah bukan mahram kita. Terkedu jugak dibuatnya. Jadi kaedah yang paling baik mungkin dengan cara ini.

1-Menolak salam dengan menyatakan "Maaf saya tak boleh bersalam dengan awak"
2-Memberikan isyarat salam dengan meletakkan tangan di dada
3-Menundukkan kepala dengan sedikit membongkok sebagai tanda hormat

Khamis, 28 Mac 2013

Benarkah batuk boleh menyelamatkan nyawa??


Sesekali masih aku terasa sesak di dada terutama di waktu malam. Rasanya sudah lebih 2 bulan sejak balik dari Indonesia batukku  berterusan terutama ketika cuaca sejuk.. Rupanya batuk ini juga ada kebaikannya. Dari segi agama dah tentu kita ingat Allah sebab setiap kali kita batuk yang menyakitkan kita sebut "Allah hu Akbar"
Dari segi saintifiknya pula ia boleh menyelamatkan seseorang dari serangan jantungSakit jantung merupakan pembunuh senyap yang tidak disangka oleh ramai orang. Kehadirannya secara tiba-tiba, boleh membunuh individu tanpa sebarang amaran. Kebiasaannya ia datang bersama pakej tiga serangkai, dengan dua lagi penyakit berbahaya iaitu diabetes (kencing manis) dan darah tinggi. 

Kebanyakan pesakit bersendirian ketika 
mereka mengalami serangan jantung, Tanpa bantuan, individu berkenaan mula berasa lemah, dan hanya mempunyai kira-kira 10 saat kiri sebelum hilang kesedaran atau koma.

Walau bagaimanapun, penurut pakar kardiologi, mangsa-mangsa boleh membantu diri mereka melalui batuk berkali-kali dan sangat bersungguh-sungguh. Satu nafas harus diambil setiap sebelum batuk, dan batuk mesti mendalam dan berpanjangan, kerana batuk itu mampu mengeluarkan kahak yang jauh dalam dada.

Satu nafas dan batuk perlu diulangi kira-kira setiap dua saat tanpa membiarkannya berterusan sehingga bantuan tiba, atau sehingga jantung dirasai agak selesa untuk kembali berdegup.

Bernafas untuk mendapatkan oksigen ke dalam paru-paru dan batuk membantu pergerakan memerah jantung dan mengekalkan peredaran darah. Memerah tekanan pada jantung juga membantu ia mengembalikan degupan ke rentak normal. Dengan cara ini,mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital dan sempat diberi rawatan lanjut.

Beritahu seberapa ramai orang lain yang mungkin tentang perkara ini. Ia boleh menyelamatkan nyawa mereka!

Mekap Cara Islam


Serikan Muka  ---- Sentiasa berwudhu
Indahkan Bibir -----Amalkan zikrullah
Cantikkan mata ----Tundukkan pandangan
Untuk  suara     -----Membaca Al-Quran
Untuk tangan    -----Sedekah
Untuk Hati       ........ Taqwallah
Untuk Minda    ----- Duduk dalam majlis ilmu

5 Perkara Yang perlu Di renungkan

Tiga empat hari ni aku sebuk di kebun. Rumput dah semakin panjang. Dua hari berturut-turut aku meracun rumput. Alhamdulillah badan berpeluh, sihat ..... hatipun rasa tenang, damai melihat keindahan pokok yang meliuk-liuk ditiup angin. Sesekali terdengar ayam hutan berkokok. Semakin kita  merenung alam ciptaan Allah semakin kita rasa hebatnya kebesaran Allah
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/548643_10151217496589285_1563148528_n.jpg

Aku lebih cinta....Kata Allah SWT


Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu:
1. Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah.
2. Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
3. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Empat perkara indahnya seorang wanita...


♥ Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,
tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA…
♥ Bukan kerana KATANYA yang INDAH,
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan BERZIKIR…
♥ Bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,
tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah…
♥ Bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA,
tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT.

Rabu, 20 Mac 2013

Taufik...dimanakah kau berada???


Bicara tentang taufik. Maknanya Allah beri pertunjuk dengan menggerakkan hati kita untuk beramal. Ada orang dah dapat hidayah islam tapi malas beramal. Maknanya ia tidak diberi taufik.

Antara ciri-ciri mereka yang TIDAK  dikurniakan taufik ialah

1-Tidak mensyukuri nikmat. lagi banyak nikmat dia dapat semakin ia kufur nikmat. Bahkan dengan bangganya ia menyatakan semua kejayaan yg dikecapi adalah hasil usaha gigihnya sendiri. Alangkah sombongnya ia dengan Allah swt.

2-Mencintai ilmu tetapi tidak mengamalkan.
Berlaku juga sebahagian individu yang minat mengaji tetapi masih tak mahu berubah. Belajar untuk tahu bukan untuk amal. Tak hairan berpuluh tahun mengaji di surau masih tak tutup aurat dengan sempurna.

3-Melakukan dosa tetapi bertangguh untuk bertaubat.
Ini lagi satu penyakit. Anggap masih muda. Seronok dulu...nanti tua baru taubat. Sikap sebegini membawa kepada kecelakaan. Kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Pemiliknya. Taufik tidak akan datang kalau kita bersikap sebegini.

4-Bersahabat dengan orang soleh tetapi kita tidak meniru amalannya
Sayang ...sekiranya kita sudah bijak memilih kawan  Kawan kira orang yg soleh, kaki solat, sentiasa hadir kuliah ilmu di masjid tetapi  kita tidak mengikut jejak mereka..Sahabat kita ke masjid kita pula kat kareoke

5-Tahu rendahnya dunia tetapi masih memburunya

6-Tahu tingginya Akhirat tetapi sering meremehkannya

Aku hanya bisa berandai...entah tercapai atau tidak..


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

pelik betoi Cina pomen ni..



Kereta buat hal  pulak Minyak petrol tak semena-mena keluar kat injin depan kereta aku..bahaya betoi . Silap terbakar mau rentung aku di dalamnya. Segera hantar kat workshop kereta kat Kg Boyan. Taukey bagi tahu tunggu pukul 7 petang boleh siap kut.

Pukul tujuh petang
aku sampai kat bengkel alhamdulullah kereta pun dah siap.  Aku dah stand by 3 , 4 ratus dalam poket nak bayar kos memperbaiki kereta aku. Cina taukey dok pandang muka aku." Lu keleja cikgu ke..?" Aku jawab 'Saya ustaz ajar agama punya orang" "Ooo ustaz...manyak baguss kasi olang jadi baik maa..."Sekalang keleta sudah ok..sudah siap tarak upah punya.. gua kasi free punya you angkat bawak balik."
Aku terkejut takkanlah taukey cina ni tak mau duit sekurang-kurangnya kos beli barang atau alat ganti..pelik jugak dibuatnya. Ni yang buat aku confius. Kalau dia orang Islam mungkin kerana  dia nak dapat pahala. Ini tidak, terang-terang cina kapiak (cakap org utara) pasai apa dia buat lagu tu.

Aku cuba hulur jugak sedikit, cina tu masih jugak berkeras tak mau. Dalam hati terfikir jugak kadang kala hati orang kafir lebih mulia dari segelintir hati orang melayu islam. Sebagai seorang islam aku amat yakin bahawa apabila kita melakukan kebaikkan pada orang nescaya Allah swt akan membuka jalan kepada orang lain untuk menolong kita meskipun orang itu bukan seagama dan sebangsa dengan kita.

Khamis, 14 Mac 2013

Kesian cikgu Munirah........

terlambat untuk ke sekolah. Pagi itu cikgu Munirah terpaksa memujuk anak bongsunya yang tiba-tiba mengamuk dan menangis sambil memekik, "mak tipu..... mak tipu..... mak tipu....." Kesabaran cikgu Munirah tercabar. Namun anak bongsunya tidak bersalah. Dia telah berjanji akan membawa anaknya mandi laut. Sudah berapa kali Sabtu janji itu hanya tingal janji.

Sabtu dulu-dulu cikgu Munirah terpaksa membawa murid-murid ke Majlis Tilawah Quran ke peringkat daerah. Sabtu sebelum itu, cikgu Munirah melatih pasukan bola jaring sekolahnya yang tahun sebelumnya telah menjadi johan daerah. Sabtu sebelum-sebelum itu, cikgu Munirah mengadakan kelas tambahan murid-muridnya yang akan menduduki SPM tahun ini.

Janji cikgu Munirah dengan anak bongsunya itu telah tidak tertunai agak lama. Kadang-kadang cikgu Munirah berasa malu dengan suaminya. Suaminya walaupun bekerja bukan sebagai guru tetapi suami bekerja lima hari seminggu. Hari Sabtu dan Ahad pasti ada di rumah kecualilah kalau ada kerja-kerja luar daerah atau luar negara.

Pagi itu, suami cikgu Munirah terpaksa memujuk anak bongsu mereka. Suami cikgu Munirah membawa anak bongsunya keluar. Cikgu Munirah berbangga dengan suaminya yang memahami tugas isterinya sebagai seorang guru masa kini.Cikgu Munirah berasa sedih apabila ada orang yang berkata kerja sebagai seorang guru senang, sabtu ahad cuti. Kalau cuti penggal lagi lama cuti. Cikgu makan gaji buta

Anak berjiwa malaikat...


Amir 13 tahun pelajar Smk Dato Syed  Esa Bat6u Pahat Johor dilaporkan telah terlihat seorang wanita yg dalam keadaan  terlupa telah meletakkan beg tangannya di bumbung keretanya dan terus memandu pergi. Beg itu jatuh dan dipungut oleh Amir di dalamnya terdapat wang tunai 15.000 dolar Singapore iaitu kira-kira Rm 37.500.

Amir memungut beg tersebut dan memecut basikalnya mengejar kereta tersebut kira-kira 200 meter kereta tersebut berhenti di persimpangan dan Amir mengembalikan wang tersebut kepada tuannya. Atas rasa berterimakasih tuan yang empunya wang itu telah menghadiahkan wang sebanyak Rm 25 kepada Amir dan Amir dengan tegasnya menolak pemberian tersebut. Sungguh mulia hati anak ini. Andai kalau kita atau anak kita menjumpai wang  tersebut adakah kita akan menjadi seperti Amir..???

Amir ketika ditanya kenapa ia sanggup memulangkan wang tersebut, dengan tegasnya ia menyatakan bahawa orang tuanya telah mendidik dan mengajarnya agar jangan sekali-kali mengambil hak orang lain..

Ingatlah akan berlakulah pertarungan antara "kata hati" dengan "suara hati" Hati akan berkata "Kalau aku ambik wang ini...siapapun tak tahu" Tapi suara hati mungkin akan menyatakan "Aku solat, aku puasa kenapa aku perlu mengambil harta orang ... bagaimana solatku, bagaimana sedekahku, bagaimana puasaku kalau dengan ini sahaja aku boleh tewas dengan godaan..Fikirkan

Rabu, 13 Mac 2013

Diari Seorang Cikgu

 
DIARI CIKGU MUNIRAH
ISNIN - keluar dari rumah ke sekolah jam 6.45 pagi. Mesti awal sampai sebab ada perhimpunan yang bermula jam 7.30 pagi. Hari ini mengajar lapan waktu. Kalau keluar lambat akan lewat sampai ke sekolah sebab jalan raya 'jem'. Habis mengajar jam 1.35 petang tapi tak boleh balik lagi sebab pengetua bagi arahan boleh keluar dari sekolah jam 3.00 petang. Ini arahan yang wajib dipatuhi oleh semua guru.

SELASA - 7.15 pagi sudah ada di sekolah. Giliran kena tunggu  murid di pintu pagar. Bersalaman dengan murid perempuan dan ibu murid. Maklumlah 'sekolah penyayang'. Sambil bersalaman bertanya khabar. Hari ini balik jam 5.30 petang sebab ada kelas tambahan mula jam 3.00 petang sampai 5.00 petang.

RABU - Seperti biasa kena pergi awal ke sekolah. Loceng pertama jam 7.15 sudah berbunyi. Ada program 'mentor & mentee pula. Hari ini balik jam 6.00 petang sebab ada kegiatan kokurikulum. Kedatangan wajib dan diambil tandatangan.

KHAMIS - Jam 7.00 pagi sudah ada di sekolah. Kena buat pemantauan di kantin. Tengok kebersihan. Tengok mutu makanan. Tengok keselamatan. Tengok bermacam-macam lagi yang ada kaitan dengan kantin. Hari balik rumah jam 6.00 petang. Ada latihan bola jaring untuk pasukan sekolah.

JUMAAT - Bacaan Yassin mingguan bermula jam 7.00 pagi. Selesai jam 7.30 pagi. Terus ke tapak perhimpunan kawal murid masuk ke kelas. Hari Jumaat balik ke rumah awal jam 12..15 tengah hari. Tapi jam 3.00 petang kena datang balik ke sekolah ada kelas tambahan.

SABTU - Mula jam 8.00 pagi ada latihan bola jaring untuk pasukan sekolah. Habis latihan jam 11.00 pagi. Balik ke rumah jam 11.30 pagi. Separuh hari berada di sekolah.

AHAD - Jam 7.00 pagi sudah keluar rumah. Hari ini ada program bersama pemimpin tempatan. Pagi bersama murid. Petang bersama ibu bapa. Esok, dah datang ISNIN....


Anonymous said...
Setuju 200%.....Cer cerita bab aktiviti malam pun ada gak....kem motivasi, solat hajat, buka puasa, dlllllllllll......l tu banyak sbb mmg banyak program...campur tidur disekolah, guru pengiring, meeting smpai ptg, kursus sabtu ahad.......cuti pjg konon hujung tahun.....mana adernya....tak jaga periksa kena tanda kertas.....kononnya berbayar jaga periksa...cer tolak.........kena bg tunjuk sebab...dllllllll...

Kenapa jantungku kerap berdebar,,,,,??


Kadang kala kita dilanda rasa tertekan ,  cemas , gelisah, kecewa dan stress  yang berkepanjangan. Diantaranya ada yang kita ketahui penyebabnya misalnya kehilangan orang atau barang yang disayangi, beban pekerjaan yang menumpuk dan tidak kunjung selesai, masalah pelik yang tidak bisa diselesaikan dan lain sebagainya. Namun ada juga yang tidak kita ketahui penyebabnya. Tanpa alasan dan sebab yang jelas kita merasa cemas, tertekan dan stressa berkepanjangan.

Rasa cemas dan stress berkepanjangan yang dibiarkan berlarut larut bisa menyebabkan berbagai gangguan pada fisik maupun jiwa seseorang.  Gangguan pada fisik biasa disebut gangguan psikosomatik  seperti rasa gatal pada kulit, naiknya asam lambung, jantung berdebar, gangguan liver , luka dikulit atau bagian dalam tubuh yang tidak pernah sembuh dan lain sebagainya. Gangguan pada jiwa bisa berupa linglung, pelupa, sering marah, bicara sendiri, melamun, tidak ada gairah dan semangat kerja bahkan dalam jangka panjang bisa menjadi gila.

Untuk menghilangkan berbagai perasaan negatif itu cobalah lakukan tadabbur Qur an dengan mendengar dan mentadabburi beberapa ayat Qur’an sebagai berikut dibawah ini.

" Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembiraterhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,"
Mafhum S.Al=Hadid ayat 22 - 23

“Ya Allah telah Kau ingatkan pada kami dalam Qur’anMU yang agung bahwa tidak ada satu musibah dan bencana yang menimpa dibumi dan pada diri kami, melainkan sudah Kau tetapkan didalam kitab sebelum terjadinya. Semua itu Kau jelaskan pada kami agar kami tidak bersedih atas apa yang luput dari kami , dan tidak terlalu bergembira dengan apa yang telah Kau berikan pada kami. Sesungguhnya Engkau tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.

Ya Allah tolong kami untuk menyadari peringatanMu ini, beri kami kekuatan dan kesabaran menjalani apa yang telah Kau tetapkan bagi kami. Jangan Kau jadikan kami bersedih, kecewa, dan putus asa atas apa yang menimpa kami. Beri kami kekuatan dan kesanggupan mengatasi segala masalah yang hadir dihadapan kami. Tolong kami untuk ikhlas dan ridho atas apa yang telah kau tetapkan bagi kami. Hilangkan kesedihan, kekecewaan, kegelisahan dari hati kami ya Allah. Teguhkan iman dan keyakinan kami padaMU. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah”

Selasa, 12 Mac 2013

5 strategi kemenangan



Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .

Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .

1. Taqwa. [ taat ]

Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :

( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .

Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .

Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .

Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

Saidina Umar al Khattab 

Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .

Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]

Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .

2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]

Biarpun kita telah di beri kemenangan di beberapa pilihanraya , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !

Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .

Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .

Saya percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد

3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]

Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .

Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد - Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -

4. Munazzamah [ sistematik ]

Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .

Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah . 

الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .

Aktiviti dan gerak kerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .

5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]

Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .

Sabar

Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين - Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .

  1. Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
  2. Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
  3. Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
  4. Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
  5. Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
  6. Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
  7. Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
  8. Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
  9. Sabar jua dengan karenah pimpinan
  10. Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
  11. dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .

Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .

Solat

Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .

Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .

Isnin, 11 Mac 2013

Kenapa sukar untuk saling hargai menghargai???

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘Abang Sayang Ayang’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Perfume dari taik lembu.....



Dua pelajar Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzahdan Rintya Aprianti Miki memenangi hadiah pertama dalam Projek Sains Olympiad negara hasil ciptaan mereka membuat  penyegar udara daripada najis lembu yangmesra alam.

Penyegar udara itu dikatakan mempunyai wangian herba semulajadi dan  baik untuk kesihatan manusia kerana penyegar udara ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti produk penyegar udara lain di pasaran.
Pelajar tersebut mengutip tahi lembu dari ladang lembu diRempit Kabupaten Jawa Timur dan membiarkan tahi lembu itu menapai selama tiga hari. Mereka kemudiannyamengekstrak air dari tahi lembu yang dicampur denganair kelapa.

Cecair tersebut disuling untuk mengeluarkan segalakekotoran. Akhirnya produk  penyegar udara terhasil daripada cecair dengan aroma herba semulajadi  daripada makanan lembu dihadamkan.