Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 28 November 2012

Mungkinkah ibu ni tak sanggup lagi nak makan buah durian

Bayi maut ditimpa durian: Tak sangka penantian kami berakhir begini
Sedih juga bila baca berita ni. Entahlah teringat zaman sekolah arab dulu. saya dan seorang sahabat baik lari dari ihtifal sekolah pastu kami berteduh di bawah pokok durian. Kami tak sedar pokok durian itu telah berbuah dan matang. Tanpa disangka sebiji buah durian jatuh ats belakang sahabatku dan terbelah. Yang lucunya geram punya pasal dia makan buah durian hingga habis.

Tapi entah benar atau tidak, buah durian ni  kalau dah timpa orang biasanya akan mati secara perlahan-lahan.  Tak  lama pokok durian itu mati meragan...Ini pulak kes bayi ditimpa buah durian kat Nibong Tebal.


NIBONG TEBAL - "Saya tidak menyangka kejadian ini memisahkan kami berdua kerana kelahirannya sememangnya amat ditunggu sebulan lalu,” demikian jelas Samimi Kasmin, ibu Mohamad Yusoff Zainal.
Samimi berkahwin dengan suaminya Zainal Abedin, 52, warga negara Pakistan yang bekerja sebagai buruh kontrak setahun lalu.

Mereka tiga beranak tinggal menyewa di rumah itu sejak mula berkahwin dan ketika kejadian pada jam 4 petang semalam dia tinggal bersama bayinya manakala suaminya itu bekerja di pekan Sungai Bakap.

“Saya turut hairan apabila dia asyik menangis tanpa henti sejak awal pagi semalam sedangkan sebelum ini dia lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur.
“Memang kami menyayanginya sepenuh hati kerana dia merupakan buah hati dan tanda cinta kami berdua sejak hampir dua tahun berkenalan,” katanya.
Bayi maut ditimpa durian
Menurut Samimi petang semalam ketika hendak keluar mengambil pakaian yang dijemur di ampaian lebih kurang dua meter dibelakang rumahnya, bayinya itu menangis semakin kuat.
“Sebaik didukung di sebelah kiri bahu saya dia berhenti menangis dan meronta-ronta membuatkan saya memeluknya dengan lebih erat bagi mengelak dia terjatuh.

“Tiba-tiba semasa sedang mengutip pakaian, sebiji buah durian dari pokok lebih kurang tinggi 13 meter jatuh lalu menimpa bahagian tepi kepalanya,” katanya.

Samimi berkata, dia kemudian bertindak menggosok kepala anaknya itu serta mula panik apabila mendapati anaknya itu berhenti menangis.

“Saya kemudian menghubungi suami memberitahu kejadian itu. Jiran membantu saya membawa Mohamad Yusoff  mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap.
“Bagaimanapun selepas sejam diberikan rawatan kecemasan dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sabtu, 24 November 2012

Solat jenazah di kubur... apa hukumnya


Baru-baru ini ada yang bertanya mengenai hukum solat jenazah di kubur meskipun jenazah itu telah disemadikan.


Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..

Ahad, 18 November 2012

11 Sifat yang diCintai Oleh Allah SWT


1- Bertaubat.
2- Membuang segala yang tercela.
3- Ihsan.
4- Bertaqwa.
5- Bersabar.
6- Bertawakkal.
7- Saksama dan adil.
8- Berjuang menegakkan agama Allah SWT.
9- Tawaduk dan berkasih mesra sesama orang mukmin.
10- Tegas keatas orang kafir.
11- Berjihad di Jalan Allah SWT tanpa menghiraukan segala celaan.
Kitab Mukmin Sukses-Pemantapan Jati Diri . M/S : 117-125.

Ahad, 11 November 2012

Kesilapan yang tak disedari bila kita menggelar orang yang telah mati...


Gelaran bagi si mati, seperti allahyarham, almarhum dan sebagainya, merupakan gelaran-gelaran yang sangat sinonim di dalam masyarakat kita. Namun  berlaku sedikit kesilapan dari segi kaedah kita menggunakannya 
1) Allahyarham dan allahyarhamah.
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud ‘Allah merahmatinya’, atau secara teknikalnya, ‘mudah-mudahan Allah merahmati rohnya’.
Adapun gelaran ‘allahyarhamah’. Tidak wajar digunakan dan merupakan satu kesilapan. Ini kerana perkataan allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita? Dengan mengatakan allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan ‘muhammad menulis’, dan ‘aisyah menulisah’. Atau ‘Ali pergi ke kedai’, dan ‘Fatimah pergiah ke kedai’. Sebaik-baiknya jangan kita gunakan perkataan "Allahyarhamah" kerana salah dari segi tatabahasa arab.
2) Almarhum.
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana al-marhum bermaksud ‘dia telah mendapat rahmat Allah, atau teknikalnya ‘secara pasti Allah telah merahmatinya’, sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa seseorang insan bukanlah hak kita. Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Justeru itu , gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini adalah merupakan doa kita, ‘mudah-mudahan Allah akan merahmatinya’.
3) Arwah.
Seperti kita selalu gunakan, ‘arwah aki’, ‘arwah atuk’ dan sebagainya.Perkataan arwah itu merupakan kata jama’, atau plural bagi ‘roh’. Maka bila kita katakana arwah aki, bermaksud ‘roh-roh aki’. Jelas itu tidaklah bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan. Ia lebih sesuai kita katakan aruah sekelian muslimin dan muslimat. Kalau seorang kita katakan r0h atuk ,roh ayah dan sebagainya.

13 amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah saw

i) membaca 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi setiap kali sebelum tidur.
ii) Membaca ayat Kursi sebelum tidur.
iii) Membaca surah Sajadah setiap solat subuh jumaat.
iv) Berpuasa Isnin dan Khamis.
v) Solat witir setiap malam.
vi) Solat sunat rawatib kecuali baadiah asar dan subuh (rujuk Kitab Sohih Muslim 499 & 500)
vii) Wirid setiap kali selepas solat.
viii) Memperbanyakkan selawat ke atas baginda saw.
ix) Solat sunat gerhana ketika berlakunya gerhana.
x) Berwuduk sepanjang masa.
xi) Bersugi setiap kali sebelum solat.
xii) Mandi setiap kali sebelum ke masjid pada hari Jumaat, dan memakai minyak wangi.
xiii) Melewatkan solat Isya’ bagi membolehkan qiamullai  1/3 malam (hadis Abu Isa At-Tarmizi)

Khamis, 8 November 2012

Lelaki Hidup Balik, Setelah 8 Tahun Dikuburkan.



PADA 6 Mei 2009, ratusan orang rela berjalan jauh ke desa Hluleka di Transkei, Afrika Selatan hanya untuk mendengar cerita seorang pemandu teksi minibus yang mengaku kembali dari kematian 8 tahun setelah ia dikuburkan.

Fakta sebenarnya masih misterius bagaimana Nkosinathi Ntsente (39 tahun) yang ditembak mati pada tahun 2001 dan dikuburkan oleh orang ramai, hingga ditemukan kembali sedang berkeliaran tak tentu arah di kampungnya. Ntsente sendiri menceritakan sebuah kisah yang penuh dengan aroma mistik hingga menimbulkan tanda tanya lebih besar.

Kisah "Kebangkitan" Ntsente tersebar seperti api membakar hutan ke seluruh Transkei hingga menarik orang ramai datang ke rumahnya. Dari pagi buta hingga menjelang siang, ia terus mengulangi ceritanya bagaimana ia dipaksa bertahan hidup dengan meminum darah manusia, jagung dan buah beri liar selama ia tinggal di hutan.

"Aku penat ceritakan kisah yang sama terus menerus sepanjang hari." Katanya.

Ntsente dipercaya ditembak mati pada tahun 2001 ketika terjadi keributan yang melibatkan asosiasi teksi perbatasan. Ntsente mengatakan, penembaknya berada di dalam taksi minibus putih dan ia mengaku menyaksikan semua kejadian itu. "Selama peristiwa tembak menembak itu, aku lihat diriku berdiri di sisi jalan lain menyaksikan seseorang yang menyerupaiku ditembak tepat di dahinya, lutut kanan, perut dan punggung."

Ntsente kemudian mengatakan, "duplikat" nya yang luka parah dibawa ke hospital St. Barnabas di Libode. "Aku melihat orang ini sekarat dan mati. Mayatnya dibawa ke bilik mayathopital dimana ia diotopsi hingga dimasukkan ke lemari pendingin." Ntsente bahkan mengatakan, ia turut menyaksikan proses pemakamannya.

Ntsente kemudian mengatakan, pada hari "kematiannya", ia diculik oleh empat penyihir ke sebuah hutan gelap, dimana ia bertemu dengan ramai orang lain yang juga diculik.

"Kami hanya diberi minum darah dan makan Izinsipa (sejenis jagung) dan buah beri liar. Aku dibebaskan oleh para penyihir itu setelah mereka mengatakan bahawa aku terlalu kuat untuk dipengaruhi berbuat kejahatan." Cerita Ntsente.

Berita "kebangkitan" nya mulai terdengar pada 23 Mac ketika bapa saudaranya Washington Qalingoma (59 tahun) dan Ibunya Mabhikani Ntsente menemuinya sedang berkeliaran tak tentu arah di jalan Ngqeleni dan membawanya pulang. Qalingoma mengatakan ia percaya Ntsente memang telah diculik.

Namun ia tidak dapat menjelaskan siapa yang telah dikuburkan lapan tahun sebelumnya. "Semuanya terserah keluarga ayahnya untuk memutuskan apakah akan membongkar kuburnya untuk melihat isi peti matinya." Kata Qalingoma.

Mabhikani mengatakan, ia hanya tertarik untuk merawat anaknya yang baru kembali. "Aku bahagia kerana dapat anakku kembali setelah aku menguburkan jasadnya."

Pada hari berikutnya, pemilik teksi minibus lokal mengadakan pesta di markas teksi Hluleka untuk merayakan kembalinya Ntsente dari kematian. Teman lamanya, Duma Ndzendze mengatakan bahawa pekerja-pekerja di industri teksi lokal masih merayakan. "Kami akan menyokong dia, hingga ia mengalami pemulihan total. Masa ini pikirannya masih belum stabil."

Sihir merupakan sebuah praktek yang umum di Afrika. Pada tahun 2008, lebih dari 300 orang yang disangka penyihir dibakar oleh orang ramai di Kenya.  Hal ini mungkin diakibatkan banyaknya laporan kes penculikan yang disangka dilakukan oleh para penyihir. Namun kebanyakan korban penculikan adalah kanak-kanak yang dikorbankan untuk ritual mistik.

Mengenai kes Ntsente, masyarakat segera meminta pemerintah lokal menyelidiki peristiwa ini

Iktibar dari Tanah Suci

Musim haji tahun 2012 baru saja berlalu. Seperti biasanya, setiap kali musim haji selalu saja memunculkan kisah-kisah menakjubkan. Selalu ada cerita yang mengharukan, penuh hikmah dan menjadi pelajaran bagi umat manusia.

Di antara kisah nyata yang terjadi di musim haji tahun 2012 ini adalah kisah seorang tukang sapu di kota Mekkah yang mendadak kaya menjadi seorang milyuner. Bagaimana ceritanya? Simak kisah nyatanya seperti yang diangkat di akhbar al-Sabaq terbiatan Saudi Arabia tanggal 17 Dzhuhjjah lalu (02/11/2012). (Kisah ini sudah kami edit seperlunya tanpa mengurangi inti dan substansi cerita).

Syahdan, seorang lelaki bernama Marimir Husain Jihar sedang menyapu jalanan kota Mekkah yang penuh debu. Ia membersihkan jalanan kota suci ini dari kotoran dan sampah-sampah yang dibuang manusia atau yang diterbangkan angin sepanjang waktu.

Sudah 5 tahun, pekerja imigran asal Bangladesh itu melakoni pekerjaan bersahaja tersebut, pekerjaan yang dipandang sebelah mata orang orang lain. Di Arab Saudi, orang Bangladesh sering disebut sebagai “Benggali”. Orang Indonesia pun memanggil mereka dengan sebutan demikian.

Rakan-rakan sekerja Marimir tidak pernah tahu asal-usul marimir, sebab ada ratusan ribu (atau mungkin jutaan) orang Benggali yang menjadi buruh kasar di negeri Haramain ini.

Sampai pada suatu hari di musim haji 2012. Ketika Marimir asyik menyapu jalanan di sekitar wilayah Tan’im, tempat di mana orang-orang akan memulai (miqat) ihram untuk Umrah, suatu kejadian tak terduga terjadi.

Seorang lelaki tua berteriak dari seberang jalan memanggil nama Marimir. Lelaki itu berpakaian Ihram, terlihat hendak melaksanakan ihram untuk Umrah. Dari postur tubuhnya, lelaki tua itu jelas berkebangsaan Bangladeh.

“Marimir…! Marimir…! Marimir….!” Teriak lelaki tua berkali-kali dari seberang jalan. Namun kerana banyaknya manusia dan lalu lintas yang sibuk, Marimir tidak mendengarnya.

“Marimir…! Marimir…! Marimir…!” Lelaki tua itu kembali berteriak. Kali ini ia berlari ke arah Marimir menghadang jalan.

Aksi lelaki tua itu mengundang perhatian banyak orang di Tan’im, termasuk dari rakan-rakan lelaki tua itu sendiri. Mereka heran, bagaimana ia mengenali seorang penyapu jalan di kota suci ini.

Tanpa peduli, dia terus berlari tanpa menghiraukan kereta-kereta yang melaju kencang. Orang-orang berteriak memperingatkannya, kerana aksinya itu mengganggu lalu lintas.

“Marimir…!”. Ujar si lelaki tua tanpa henti.

Kali ini Marimir mendengar. Ia menoleh, dilhatnya seorang yang sudah tua berlari ke arahnya. Ia pun heran, dari mana orang itu mengetahui namanya.

Lelaki itu semakin mendekat. Dan semakin dekat. Ketika sudah jelas baginya siapa yang datang, ia pun terperangah. Alangkah terkejutnya Marimir, dia seakan tak percaya apa yang dilihatnya.

Ternyata lelaki tua itu adalah abang kandungnya sendiri….

Dengan berurai air mata, si lelaki tua itu menghampiri Marimir yang penuh debu, lantas ia memeluk pemuda itu dengan erat sambil menangis.

Aksi jemaah haji tersebut mengundang perhatian  orang ramai. Meski tidak mengerti, mereka mengabadikan momen penuh haru itu dengan kamera. Setelah itu, si lelaki tua bercerita kepada orang-orang ydi sekeliling mereka penuh perasaan terharu. 

Dia menceritakan bahawa tukang sapu itu adalah adik kandungnya sendiri, mereka adalah dua bersaudara yang sudah lebih 5 tahun tidak bertemu.

Kisah perpisahan mereka dimulai ketika orangtua mereka meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya. Ayah mereka meninggalkan harta warisan yang sangat banyak, mencapai 17 juta Riyal  . Bagaimana tidak, keluarganya adalah keturunan bangsawan, dan salah satu datuk mereka adalah mantan menteri di Bangladesh.

Tapi saudara tuanya itu berbuat serakah. Dia tidak mau membahagi harta peninggalan itu dengan adiknya. Beberapa kali si adik meminta pembahagian warisan, tapi ia tidak mau. Bahkan, sang adik pernah dijebloskannya ke penjara kerana menuntut haknya!

Kerana putus asa, akhirnya sang adik pergi meninggalkan Bangladeh. Dia pun menjadi pekerja imigran di Arab Saudi. Hingga bertahun-tahun lamanya. 5 tahun terakhir, ia menjadi tukang sapu di Mekkah.

Selepas kepergian adiknya itu, saudara tuanya pun diserang penyakit kanser ganas.

“Ini hukuman Allah atas kezaliman saya…”. Kenang haji tua itu sambil menangis. Dan sejak itulah ia insaf atas perbuatan serakahnya.

Bertahun-tahun pula lamanya, ia berusaha mencari jejak sang adik. Dia bertanya kepada kawan-kawan adiknya, tapi tak seorang pun yang tahu. Dia pun sudah membuat sayembara, siapa yang mengetahui alamat adiknya akan diberi imbalan yang besar.

Namun khabar tak kunjung datang. Sang adik entah di mana rimbanya. Sementara penyakitnya semakin parah, hingga dia mengira umurnya takkan lama lagi.

Hingga datang musim haji tahun 2012. Ketika dia hendak pulang ke tanah air, dia pun melaksanakan umrah terlebih dahulu. Ia bersama rombongannya pun berangkat ke Tan’im, miqat di mana orang Mekkah memulai umrah.

Dan di sanalah keajaiban itu terjadi. Di tempat inilah Allah Swt mempertemukannya dengan adiknya yang selama ini dia cari. Dilihatnya seorang lelaki muda sedang menyapu jalanan, dan ternyata itu adalah saudara kandungnya.

Ketika pertemuan itu, saudara tua itu meminta maaf kepada sang adik atas kezalimannya selama ini. Kerana keserakahannya, sang adik hidup sengsara dan terlunta-lunta sebagai tukang sapu di negeri orang.

|Dia pun mengajak adiknya pulang. Dia sudah membahagi harta peninggalan orangtua mereka seadil-adilnya. Bahagian untuk sang adik sudah dia sisihkan, dan akan dia berikan tanpa mengambilnya sedikitpun, jumlahnya jutaan  rupiah ditambah harta yang sangat banyak.

Di tempat yang suci itu, sang adik memaafkan abangnya.Dia  sama sekali tidak menaruh dendam. Bahkan dirinya merasa bahagia boleh tinggal di tanah suci ini. Di sini, ia menghabiskan waktu untuk bekerja dan menghafal al-Qur’an.

Kepada hadirin yang berkerumun di sekitar mereka, tukang sapu yang jadi jutawan itu mengatakan: “Sungguh ini merupakan pelajaran yang besar dalam hidup saya. Saya sudah merasakan bagaimana rasanya menjadi orang yang teraniaya. Kerana itu, saya berjanji tidak akan menganiaya siapa pun. Allah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya, dan diharamkannya kezaliman itu atas hamba-hambaNya”.


Marimir Husain berpelukan dengan saudara kandungnya yang telah insaf (foto: Sabq)

Kisah mengharukan itu menjadi buah bibir jemaah haji. Seorang penjual makanan segera di kota Mekkah mengatakan kepada wartawan Sabg:

“Saya sering bersedekah makanan kepada tukang sapu itu, tanpa saya pernah tahu ternyata dia adalah seorang jutawan”.

Isnin, 5 November 2012

Kelak kiita pasti merasainya...Signal yang ditunggu



100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

Ahad, 4 November 2012

Awas!! Kepak Ayam Palsu Pun Ada Di Pasaran!


Harap bertenang, nasib baik belum sampai di Malaysia lagi. hanya di negara China..

Seperti yang anda tahu, ada banyak produk tiruan di China. Dari Apple Store, KFC, telur, beras dan banyak lagi,
ada sahaja yang menjadi tiruan. Dan sekarang terdapat kepak ayam tiruan di China. 
Warna, tekstur, dan rupa kepak ayam tersebut saling tak tumpah macam kepak ayam yang sebenar.
 


 

Seorang pelanggan telah membeli kepak ayam tersebut di Guangzhou pada harga 20 yuan.

Setelah memasak kepak ayam tersebut selama 20 minit, warna dan tekstur kepak ayam tersebut tetap sama. 


 

 Semasa cuba memakan kepak ayam tersebut, rasanya pula terlalu kenyal untuk ditelan

Pengajaran untuk kaki ponteng


Barangkali ini merupakan pelajaran yang sangat berharga dan sekaligus paling menyakitkan yang tidak akan pernah dilupakan oleh De Fang, seorang pelajar dari Cina, akibat mencuba membolos.

Sebabnya, lengan kanan remaja berusia 16 tahun tersebut tertancap pada   pagar besi setelah ia mencuba melompati pagar untuk melarikan diri dari kelas di sekolahnya yang berada di daerah Suixi, di provinsi Anhui, Cina.

Fang ditemukan oleh teman-teman sekolahnya setelah mendengar teriakan kesakitannya, yang kemudian segera memanggil pertolongan medis baginya.
Petugas bomba yang bergegas ke tempat kejadian, terpaksa harus mengangkat Fang sebelum memotong batang  besi yang menancap di lengannya.

Dia kemudian dilarikan ke rumah sakit, dimana doktor kemudian mencabut batangan besi pada lengannya dalam sebuah pembedahan yang berlangsung selama satu jam.
Kepada tim penyelamat, remaja tersebut menuturkan bahawa dia merasa gugup akan tertangkap dalam aksinya yang membuat telapak tangannya berkeringat sehingga membuatnya tergelincir ketika  mencuoba memanjat pagar besi itu.