Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 31 Disember 2011

Kini Padang Pasir kembali berumput so...tunggulah...


Sunnah dan Sains: Antara Bimbingan Rasul dan Ilmu Bumi
Di antara mukjizat dalam ilmu pengetahuan yang ada pada sunnah adalah sabda Rasulullah, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga tanah Arab kembali menjadi padang rumput atau ladang." (HR Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah bersabda "sehingga tanah Arab kembali" maksudnya tanah jazirah Arab. Adapun makna sabda Rasul SAW "sehingga kembali" iaitu bahawa dahulu tanah Arab dipadati oleh rumput dan ladang, dan nanti tanah Arab akan kembali seperti semula.

Pembuktian hadis ini, bahawa berkat kemajuan teknologi dan ilmu geologi serta kemajuan teknologi penyelidikan, para ahli geologi meramalkan bahawa sebahagian daratan Arab pada masa dahulu adalah tanah yang subur untuk pertanian dan ladang.

Dahulu tanah Arab sangat subur dan bukan gurun pasir yang tandus. Akan tetapi perubahan iklim menyebabkan kekeringan air yang mengakibatkan padang yang tadinya subur menjadi padang pasir yang tandus.
Lalu para ahli geologi menyebutkan bahawa tanah ini akan mengalami perubahan iklim yang boleh mengembalikan tanah tersebut seperti sedia kala.

Semua makna ini ada dalam sabda Rasulullah SAW yang sangat singkat dan padat. Walaupun beliau bukan seorang yang ahli dalam ilmu geologi atau ilmu yang lain. Ini menegaskan kebenaran sabda Rasulullah SAW.

Berpestalah kamu sebelum kamu di siksa di hadapan Allah

Terkejut aku pabila terdengar bunyi dentuman mercun dan bunga api bertali arus pada malam tadi. Rupanya baru aku terfikir sambutan Tahun Baru masihi 2012. Apakah kita perlu bergembira dan berpesta-pestaan apabila menyambut tahun baru.???
Sepatutnga begini apabila menyambut Tahun Baru. Sambutan Tahun Baru 2012 di Dataran Shah Alam
Namun Inilah yang sering disambut di negara kita setiap kali tahun baru

Sesungguhnya semakin datang tahun seharusnya mengingatkan kita kepada kematian, bahawasanya ajal kita semakin dekat dan kelak kita akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak dan bukannya bersorak, berpesta, bergembira menghambur-hamburkan wang atau bahkan sampai mengganggu orang lain dengan meniup trompet dan menyalakan mercun.

Namun mengapa begitu ramai umat Islam yang turut serta bergembira merayakan malam tahun baru? Apakah dengan merayakan tahun baru boleh memberikan manfaat bagi agamanya? Apakah dengan merayakan tahun baru boleh menambahkan keimanannya? Ataukah dengan merayakan tahun baru dia akan di redhai oleh Allah Maha Pencipta?
Zizan Raja Lawak bersama Ust Azhar Idrus di Dataran Shah Alam
Syam Kamikaze turut memeriahkan bersama pengunjung.

Alahai..si kunang-kunang

Allah swt sentiasa menyuruh kita sebagai hambanya memerhatikan segala kejadian Allah dan mengambil ibrah daripadanya. Kadangkala kita memandang sesuatu dengan pandangan kosong semata-mata. Namun hakikatnya apabila kita memandang sesuatu dengan pandangan mata hati banyak benda kejadian Ilahi yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita.

Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aku melalui satu tempat yang amat terkenal dengan kelip-kelip malam atau disebut sebagai kunang-kunang. istimewanya kunang-kunang ini ia akan mengeluarkan cahaya lampu di waktu malam. Memang cantik pada pandangan kita.

Andaikata kita ditakdirkan menjadi si kunang-kunang maka kita akan merasakan lampu itu hebat,bulan itu hebat lalu si kunang-kunang akan merasa rendah diri. Ini kerana cahaya lampu itu sangat terang dan begitu juga cahaya bulan sehinggakan cahayanya dirindui oleh sang pungguk.

Andaikata lampu itu bisa bicara begitu juga dengan bulan purnama nescaya lampu itu akan berkata cahaya aku datang dari usaha orang lain. jika suis lampu dibuka barulah aku akan menyala dan bercahaya. malangnya nasibku. Begitu juga si purnama dengan cahayanya yg dirindui. Cahaya rembulan menjelma lantaran pantulan dari si mentari andaikata mentari tidak ada nescaya bulan tidak bercahaya.

Justeru itu si kunang-kunang sangat beruntung kerana ia mampu mengeluarkan cahaya sendiri walaupun hanya mampu menerangi dirinya namun jika ada 100 kunang-kunang yang berterbangan dan hinggap di pohon-pohon bakau cahayanya akan lebih terserlah dan indah.

Begitulah kita...selalu kita melihat orang lain hebat. Kita banyak kekurangan. Perasaan rendah diri sentiasa bermain dikalbu. Selidikilah diri sendiri sentiap hamba Allah yang dijadikan ada keistemewaan masing-masing tanpa kita sedari. Usah banyak bicara soal kelemahan diri tapi berbicaralah apakah kebolehan kita untuk menyumbang sesuatu kepada ISLAM. Sememangnya bagi diriku kunang-kunang adalah spesis yang cukup hebat dan istimewa.

Beruntung siapa yg dapat masuk dalam Kaabah



Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang diamanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah.

Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman Ustaz Haron Din

Siapa selebriti ini ?


Satu-satu ajaran sesat muncul. Kini ada seorang selebriti mendakwa dirinya boleh mengampunkan dosa. Boleh mendatangkan tsunami dan melarang amalan solat dan puasa. Lebih mengejutkan lagi selebriti terkenal ini mengaku dirinya mampu memberi syafaat kepada pengikutnya di hari akhirat kelak. Dia juga memberitahu di padang mahsyar kelak,dia akan ditempatkan di sof paling hadapan sekali.

Selebriti lelaki yg terkenal dengan perwatakan warak ini sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang pembabitannya dalam seni, justeru pendedahan pengikutnya dalam Harian Metro amat mengejutkan semua pihak. Persoalannya 'Siapakan selebriti itu ?'

Cukuplah...???

Barang siapa yang mahukan teman
Cukuplah Allah yang menjadi temannya

Barangsiapa yang inginkan kekayaan,
cukuplah Qanaah menyertainya

Barang siapa inginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya

Barangsiapa yang menginginkan harta simpanan
Cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya

Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat perkara ini,
Cukuplah Neraka bagi dirinya.

Jumaat, 30 Disember 2011

Kisah Benar ...bertempur dengan Jin Kerajaan Langit Ayah Pin

Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “Kerajaan Langit“ atau “Sky Kingdom“ yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin.
Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya.
Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri.

Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.

Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.

Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.

Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.

Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.

Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.

Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.

Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.

Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.

Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.
Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010


Khamis, 29 Disember 2011

Penggemar buah pala...berhati-hati dgn buah ini

Pernah makan buah pala ?, buah pala ada banyak ditanam di lereng-lereng bukit di Pulau Pinang. Sesiapa yang pergi ke Pulau Mutiara kalau tak beli jeruk buah pala seolah-olah tak lengkap melawat Pulau Pinang.

Jeruk buah pala dibuat daripada isi buah pala yang jika dimakan mentah rasanya amat kelat, masam dan berangin. Memang tak mampu nak dimakan mentah. Tetapi apabila dibuat jeruk rasanya amat sedap dan rangup.


Biji buah pala pula sudah lama terkenal sebagai salah satu dari resipi rempah ratus yang jika di tambah sedikit dalam makanan mendatangkan rasa lazat dan beraroma.
Tetapi tahukan anda penggunaan rempah buah pala ini secara berlebihan dapat mendatangkan berbagai kesan sampingan oleh sebab unsur toxik yang ada pada buah pala.

Makan berlebihan boleh mendatangkan kesan mengantuk, lalok, pengsan atau meracau. Kesan overdose rempah buah pala adalah seperti kesan menghisap hashish atau ganja. Telingan akan berdengung, perut akan rasa senak seperti sembelit, sukar untuk kencing, tertekan, dan jika berlarutan boleh membawa maut.

Fatwa ulama Emriah Arab Bersatu baru-baru ini mengeluarkan nasihat agar umat Islam mengelakkan diri mencampurkan buah pala dalam makanan atas faktor toxik yang disebutkan diatas.

Penggunaan sedikit untuk rasa boleh dipertimbangkan namun para ulama menasihatkan agar berhenti dari menggunakannya terus adalah lebih selamat.

Damailah hidup ini seperti air di kali......

air kehidupan dalam motivasi
Teman-temanku yang disayangi...Kita tercipta penuh hikmah di sisi Ilahi. Kita dilahirkan dalam kesucian (fitrah) sejernih air yang memancar dari sumbernya. Beredar dan berjalanlah kita di atas roda kehidupan.

Persis air di kali yang begitu tenang. Permukaannya sama rata, tidak ada yang tinggi dan yang rendah. Airnya mengisi pada tiap-tiap ruang kosong . Renungkanlah pada diri kita. Hendaknya kita selalu mengisi waktu dengan menunaikan segala kewajipan. Jangan biarkan ada ruang-ruang yang kosong sehingga masa terbuang begitu sahaja dengan amalan lagha. Dahulukan yang lebih penting dari yang penting dalam menunaikan kewajipan, seperti air...selalu memenuhi ruang dengan mendahulukan bahagian dasarnya sehingga ia mampu mengalir dari hulu hingga ke hilir.
Bersabar...pantang menyerah diantara sifat air yg tercermin pada ombak yang menerjah pantai. Perhatikan sekira seketul batu besar dicampakkan ke air lalu terjadilah kocakkan besar namun airnya kembali tenang setelah batu sampai ke dasar. Ini melambangkan kecekalan kegigihan dan tidak kenal berputus asa terhadap apa jua cabaran yang mendatang. Ketika berlaku pusaran air lalu kesemuanya tersedut ke bawah.

Begitu sampai satu saat kita akan disedut oleh usia sehingga akhirnya kita kembali pada yang Maha Pemcipta. Simboliknya segala kekayaan, kekuasaan segala bintang kebesaran akan sirna di dasar kehidupan kecuali yang akan timbul 3 perkara

1-Ilmu yang bermenafaat
11-Sadoqah Jariah
111-Doa dari anak-anak yang soleh

Di sudut hati ku...Indahnya warna pelangi

Indahnya pelangi sesudah gerimis. Lalu aku terfikir sejenak bagaimana kalau pelangi itu hanya satu warna sahaja...Tentunya tidak akan seindah pada pandangan mata. Keindahan warna pelangi amat menusuk ke dalam kalbu.

Begitulah warna warni kehidupan. Allah mentakdirkan kehidupan hambanya berbeza. Ada yang kaya dan ada yang miskin.Ada yang kuat dan ada yang lemah.Begitu juga berbagai warna kulit pertuturan,bersuku-suku dan berbagai bangsa keturunani. Kesemuanya ini adalah mengikut ketentuan Allah swt. Tetapi warna warni kehidupan ini akan dapat disatukan persis seperti pelangi yang indah.

Manusia tidak akan dapat disatukan dengan harta benda. Manusia tidak akan bersatu tanpa agama. Maka Islam adalah penyatuan kepada segala bangsa di dunia yang fana ini. Lihatlah ketika mana jamaah haji berkumpul di Haramain keindahannya amat terasa. Ukhwah terjalin tanpa mengenal warna kulit atau dari benua mana. Mereka mengucapkan kalimah yang sama tahmid, tasbih dam bertakbir memuji Allah. Justru terpancarlah warna pelangi yang begitu indah pada pandangan mata hati.

Tetapi apabila kita kembali dari sana warna-warna pelangi itu mula terpisah-pisah. Masing-masing tak ambil peduli... bernafsi-nafsi. Lalu hati kita sedikitpun tidak tersentuh dengan penderitaan umat Islam di seluruh dunia dan musibah yang menimpa mereka Atau sekurang-kurangnya kita perlu memiliki kekuatan dengan berjamaah.

Sesungguhnya kita sudah tidak memikirkan soal perlunya kita berjamaah. Jamaah dalam konteks Islam ialah jamaah yg mendokong cita-cita perjuangan Rasulullah saw.Meninggalkan jamaah Islam berarti kita sengaja menempah diri kepada kebinasaan kerana sabda nabi saw yang bermaksud "Seekur domba yg terpisah dari kumpulannya akan mudah di baham oleh serigala. Yang dimaksudkan serigala di sini adalah syaitan laknatullah. Bersatulah spt bersatunya warna-warna pelangi yang indah, nescaya keindahan pelangi tu akan dapat dinikmati oleh semua orang.

Jerung kecil...ironis disebaliknya...

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan.

Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar! Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup.

Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

Pengantin bertatu inai...apakah hukumnya?

inai-lukis-ditangan

Susah jugak nak cakap. Baru-baru aku diminta oleh naib kadi jadi saksi untuk satu pernikahan. Secara tak sengaja aku terpandang pada tangan pengantin perempuan memakai inai dengan mengukir tatu di tangannya

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: ” Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :” inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu’alam…

Rabu, 28 Disember 2011

Kalau sudah terlalu melayan inilah jadinya...




1.SUAMI LAYAN
Faktor ini lebih kepada layanan suami terhadap insan bergelar isteri . Banyak suami yang melayan secara kurang baik terhadap isteri mereka .Selalunya perkara ini terjadi setelah sekian lama berkahwin,akan timbullah sengketa sesama sendiri yang kadang-kala sampai tahap memukul isteri.Ini menyebabkan si isteri mula mencari seseorang untuk di luahkan perasaan. Atas alasan tersendiri si isteri mula jatuh cinta dengan lelaki lain yang kadang-kala berakhir dengan curang pada suami masing-masing.

2.LAYAN SUAMI
Faktor ini nampak terbalik..tapi itulah hakikatnya ada setengah isteri yang dalam rumahtangga mereka melayan suami secara tidak baik, menengking suami di khalayak ramai.Suami sebegini lebih kepada yang saya kategorikan sebagai suami "dayus"(maaf la yek..).Suami seolah bodoh dan mendengar sahaja kata si isteri.Suami sebegini si isteri selalu mengambil kesempatan yang akhirnya sampai peringkat menduakan suami.Si isteri 'besar kepala" dan rasa bebas melakukan apa sahaja tanpa takut tindakan suami terhadap mereka.

3.JANTAN LAYAN
Bagi isteri yang bekerja mudah kena faktor ini.Contohnya tempat kerja ada pemuda mahupun suami orang yang berkenan pada si isteri orang tadi, akan sedaya upaya cuba memikat isteri orang tersebut.Isteri orang ini di mata lelaki itu ibarat "Ikan Emas" berlainan dengan isteri sendiri yang di pandang seperti "ikan masin" jer he he..Gaya cakap,lenggang lenggok isteri orang selalunya mudah menggoda si jantan-jantan hidung belang.Alasan mereka nak 'test" bini orang ni sahaja...faktor mengandung luar nikah tolak tepi kerana si isteri masih bersuami(nauzubillah).Pada mereka ada orang yang akan bertanggung-jawab(si suami) tanpa mereka sedari.Jadi bergantunglah pada si isteri untuk menahan godaan melampau sebegini.Kes ini paling banyak saya dengar.Rasa sedih apabila setengah suami langsung tidak tahu anak yang mereka sayangi adalah hasil zina si isteri dengan lelaki lain.

4.LAYAN JANTAN
Ini yang paling saya tak berkenan..banyak si isteri di luar sana yang suka la pulak melayan usikan,godaan jantan-jantan hidung belang yang setengahnya "jantan kelaparan".Saya ambil contoh kes baru-baru ini di mana seorang isteri yang bekerja kilang sanggup meninggalkan suami dan anak-anak mengikut lelaki Bangla.Lelaki Bangla ,merupakan "jantan kelaparan" yang paling manis mulut mereka dalam menggoda isteri orang.Kena pula muka hensem sedikit ,cair si isteri orang tadi. Mereka ini tidak memilih rupa isteri orang ,asalkan dapat "merasa"sudah cukup.Atas faktor tertentu yang ada pada Mat Bangla ini, si isteri boleh jatuh cinta sehingga sanggup buang suami dan anak-anak.

Di sini faktor nafsu wanita yang 9, mengatasi akal yang 1 juga menjadi penyebab.Sesetengah mereka mendahulukan nafsu mereka dalam menyelesaikan sesuatu masaalah (BERHATI-HATI WANITA) Terdapat banyak kes wanita yang berzina merayu dan menyesal serta ingin pulang semula ke pangkuan suami.Jadi anda fikir-fikirkanlah masih adakah suami yang sanggup memaafkan isteri sebegini?Nasi sudah menjadi bubur,ego lelaki terlalu tinggi..lagi pun suami di anggap dayus jika menerima semula isteri sebegini melainkan di cerai dahulu.

Buat anda semua yang telah berumahtangga cuba sedaya upaya menjaga rumahtangga masing-masing.Jika ada permasaalahan atau gangguan luar cuba atasi dengan berbincang.Bagi isteri mahupun suami..sesekali periksalah handphone pasangan anda,perlu ada curiga juga.Kita tidak mahu bila nasi dah jadi bubur..semuanya berakhir dalam keadaan malu.Selagi boleh ada penyelesaian mari kita atasi secara baik.Minta bantuan kaunselor atau minta pandangan orang yang lebih berpengalaman. Wallahualam.


sumber:http://www.zulkbo.com