Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 14 Disember 2011

Adakah kita mendidik atau menternak anak..?

Ustz Abd hakim dalam bukunya " Menanti Buah Hati untyuk yg dinanti" membahagikan usia anak-anak menjadi dua tahap iaitu sebelum tamyiz dan sesudah tamyiz. Tamyiz secara bahasa bermakna si anak dapat membezakan antara sesuatu yang baik dan yang buruk terutama dalam perkara yg membahayakan dirinya. ini bararti anak itu adalah "Mumaiyiz"

Ustaz Abd hakim menegaskan lagi " Pendidikan yg terbaik bagi anak sebelum dan sesudah tanyiz adalah dengan jalan mendengar dan melihat kepada sesuatu yg baik dan terbaik menurut agama dan bukan menurut akal fikiran dan adat resam budaya yang menyalahi agama yang mulia.

Antaha tahap-tahap didikan yang perlu ditekankan oleh ibu bapa ialah

1-memberikan kepercayaan untuk mengembangkan daya intelek,kreativiti mereka sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki.

11-jangan memaksa atau membebankan mereka dengan tanggungjawab yg begitu banyak kerana akhirnya semangat mereka akan beransur lemah dan akhirnya mereka mengabaikan segala tanggungjawap yg diberikan kepada mereka.

111--Banyakkan berbincang dan berbicara dengan si anak. Rangsang mereka untuk meluntarkan idea, Bimbing untuk selesaikan masaalah mereka. usah memperlecehkan hasil kerja mereka dan...sebaliknya gunakanlah kata-kata yang boleh membina , contohnya "Ini kira ok...tapi abah dan mak rasa kalau buat begini lagi ok...? Sesungguhnya anak akan terasa hasil kerjanya dihargai.

1v-Jangan sesekali menghukum mereka dengan menyatakan "Kamu nie..memang tak pandai buat kerja. kamu nie cuai...malas dan sebagainya kerana anak akan menganggap dirinya tidak bertanggungjawap dan tidak berguna.

v-Akhir sekali yang paling penting ialah lahirkan rasa tanggungjawap anak terhadap Penciptanya yakni Allah swt. Pastikan mereka menjaga solat serta banyak berdoa. Tanamkan rasa taqwa yang mendalam dalam jiwa mereka agar mereka terdidik dan hidup bersama roh Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan