Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 22 Disember 2011

Rupanya ada asnaf yg ke 9 dalam pemberian zakat ???

Laporan Audit Negara mengesahkan RM 63 650 telah dikeluarkan dari Dana Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain.
Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan yg dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira wang negara (PAC) yg dipengerusikan oleh Dato'Seri Azmi Khalid dan tiga ahli Parlimen - Saifudin nasution (Machang) Datuk Kamarudin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai.

Mengikut ajaran islam golongan yang berhak menerfima bantuan zakat adfa 8 iaitu
1-Fakir
2-Miskin
3-Amil
4-Muallaf
5-Hamba
6-Orang yang menanggung hutang yg berat
7-Ibnu sabilullah
8-Orang yg bermusafir.

Peliknya kes di atas masuk asnaf mana pulak. Lepas nie sesiapa sahaja yg ada kes di mahkamah dan memerlukan khidmat guaman mereka boleh memohon wang zakat untuk membayar pendahuluan khidmat guaman. So...adakah ini asnaf ke 9??? Kita tunggu dan lihat apa yang nak difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan