Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 25 Disember 2011

Racun Yang Tersembunyi

Kadangkala aku terfikir, pasai apa semenjak dua menjak nie banyak orang mati muda. Banyak kawan aku usia tak sampai 40 tahun kena stroke, jantung, ghout, kencing manis buah pinggang dan sebagainya lagi. Memang kita akur itu takdir Allah swt tapi dah tentu ada sebab musababnya. Aku rasa salah satu faktornya adalah pemakanan.

Dulu...makanan kita tidak banyak bahan kimia. Sekarang nie buah yang ditanam disembur racun,sayur-sayuran juga disembur racun makhluk perosak. Ayam sebelum dijual dicucuk dulu supaya nampak besar semuanya ini cukup memudharatkan manusia. Persoalannya apakah pekerjaan kita akan jadi ibadah sekiranya boleh merosakkan kesihatan manusia.

Sesungguhnya manusia bukan sahaja bertanggungjawab menguruskan manusia sahaja, tetapi juga menguruskan segala makhluk yg ada supaya dapat hidup dengan lestari.

Dalam hadis nabi menyebut "Tiada seorang Muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu di makan oleh manusia binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah (Hadis riwayat Bukhari)

Sekadar untuk berkongsi maklumat pokok yang tertera mengandungi racun yang tersembunyi
1-Tomato
Buahnya tidaklah beracun tetapi daun dan rantingnya mengandungi glycoalkaloid yang boleh menyebabkan sakit parut yang teruk dan jantung serta kegugupan. Glycoalkaloid adalah racun yg kuat sebab itu jangan masukkan daun tomato dalam masakan
2-Buah epal
Buah ini mengandungi cyanide/sianda walaupun dalam jumlah yg sedikit. Meskipun racun ini tidak sampai boleh membunuh manusia namun kekerapan memakannya ia akan mengakibatkan komplikasi pada tubuh badan manusia.
3-Cabai
Mengandungi bahan kimia yg disebut capsaicin. Ia yang menyebabkan cabai itu terasa pedas. Lama kelamaan ia boleh mengikis kulit perut bagi pengamalnya dan elakkan dari terlalu kerap memakan makanan pedas
4-Buah Longan.
bagi penggemar buah longan anda dinasihatkan supaya berhati-hati memakannya kerana dikatakan mengandungi bahan kimia pengawit 'sulfur dioksida' yang meninggalkan kesan negatif terutamanya kepada pesakit asma. Mereka yang mengalami kealahan ini akan mengalami pening, sakit kepala, berpeluh, hidung berair dan kegatalan kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan