Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 30 November 2011

Diari seorang musafir...Aku bermusafir lagi

Saidin Hasnam
Hari ini rombongan dakwahku seramai 22 orang akan berangkat ke LCCT untuk menuju ke Tawau Sabah. Insyaallah mengikut jadual ketibaan kami di sana akan disambut oleh sahabat di sana dan terus menuju ke tapak program di Pasentren Darul Hidayah Sg. Imam.

Aku diberi kesempatan untuk membentangkan slot dakwah yang pertama iaitu Akidah dalam Perjuangan bermula jam 8.30 malam ini..Bilangan peserta tamrin dianggarkan 150 orang. Kadangkala aku terfikir jugak orang sanggup ke sana ke mari atas urusan bisnes tetapi bayangkan hanya segelintir sahaja umat ini yang sanggup ke sana ke mari atas urusan dakwah dan tarbiah ummat. Aku bersyukur kerana sahabat usrahku sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk bersamaku ke Tawau.

Begitu juga syukur pada Ilahi kerana ada insan yang berhati mulia sanggup menyumbangkan wang ringgit sebanyak Rm3,400 untuk di sumbangkan kepada Madrasah/pondok serta fakir miskin di sana.

Hari seterusnya kami akan ke Semporna dan Kunak. Buat teman-temanku dan pengunjung blog ku mohon agar mendoakan keselamatan kami di sepanjang perjalanan dakwah kami...amiiin

Akhukum fil Islam
Al-fakir Ust saidin Hasnam

Antara Masyarakat Paling Panjang Umur Di Dunia

Sardinia merupakan salah sebuah pulau kepunyaan negara Itali. Masyarakatnya yang tinggal di kawasan pergunungan di tengah kepulauan tersebut merupakan salah sebuah masyarakat yang punyai jangka hayat hidup paling lama di dunia.
Antara rahsia mereka panjang umur dan sihat adalah kehidupan yang aman dari tekanan, sentiasa mengeratkan silaturahim dengan mengutamakan keluarga terlebih dahulu, makan hasil daripada usaha bercucuk tanam sendiri dan hidup sebagai pengembala kambing yang memerlukan mereka berjalan sekurang-kurangnya sejauh 5 batu sehari.

Apa gelak-gelak....Inilah yg dikatakan penyakit nafsi-nafsi


Memang menjadi tabiat sebahagian kita suka nengok orang lain susah. Dalam Islam penyakit tak suka lihat orang lain senang dipanggil penyakit hasad. Penyakit hasad jika dibiarkan akan menghapuskan segala kebaikkan kita sepertimana api yg memakan daun kering.

Satu lagi penyakit ialah penyakit nafsi-nafsi. Tak ambil peduli pada masyarakat sekeliling. Jangan jaga tepi kain orang lain.Kesemua ini memberi satu gambaran buruk betapa umat sekarang semakin jauh dari amalan Islam. Gambar di atas menunjukkan betapa sakitnya hati pemandu vespa bukan kata nak tolong tapi pakat gelak pulak...cilakak sungguh

Selasa, 29 November 2011

Sibuklah kamu sebelum kamu disibukkan

1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. J

Dunia makin kejam..bunuh anak dgn mesin basuh

Kejam sungguh...! anak yg masih hidup dimasukkan ke dalam mesin basuh sehingga membunuh si anak yg baru berusia tiga tahun/ Bapanya Cristophe Champenois 33 dari Meaux berhampiran Paris dipercayai mengenakan hukuman kejam ini terhadap Bastien hanya kerana ia membuang lukisan rakannya semasa berada di Pusat jagaan.

Champenois yg berang dgn kenakalan anaknya tekah membasuh anak malang ini selama beberapa minit.Akibat tindakkan ini Hakim mahkamah di Meaux mengarahkan pasangan suami isteri ini yg mempunyai 7 cahayamata ditahan utk siasatan lanjut sementara kesemua anak mereka di tempatkan di bawah pusat jagaan

subhanallah!!! awan jatuh dari langit di arab

Memang luar biasa. Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah.Sebuah video yg diambil olah rakyat UAE dan telah diterbitkan ke YouTube (Sila rujuk) menunjukkan kejadian itu berlaku dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban Syurga

Awan kecil putih yg terbang rendah dari segumpal awan besar di atas sebuah ladang yg hijau. Sebelum mengarah ke bawah awan itu jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bada yang terletak di luar bandar timur Qasis Al-Ain

Sabtu, 26 November 2011

Sifat Haiwaniyah yang mengatasi sifat manusiawi



Sungguh mengharukan apabila menyaksikan kesetiaan binatang terhadap tuannya walaupun tuannya itu sudah tiada lagi di dunia ini. Menurut laporan, anjing ini tetap tidak berganjak dari kubur tuannya walaupun 7 hari tidak makan.

Tuan anjing ini, Lao Pan, meninggal dunia pada usia 68 tahun, tinggal seorang diri di sebuah kampung, iaitu Panjiatun di Wilayah Liaoning dengan anjing kesayangannya itu.

Tujuh hari selepas iitu, penduduk kampung yg simpati dan prihatin membawa makanan dan air untuk anjing tersebut. mereka juga bercadang membuat tempat berteduh untuk anjing itu. Apabila ditanya mengapa tidak membawa anjing itu pulang ke rumah?

Seorang penduduk kampung menjelaskan anjing itu tetap meluru ke tanah perkuburan dan tetap menunggu kubur tuannya walaupun di bawa pulang ke rumah. Sampai bilakah anjing itu akan terus menunggu kubur tuannya hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahuinya.

Khamis, 24 November 2011

Terampunkah dosa wanita ini ??



SHAH FAISAL - Pihak Polis Pakistan telah menahan seorang wanita yang membunuh suaminya sendiri. Wanita tersebut turut merancang untuk memasak potongan tubuh dari suaminya itu.

Zainab Bibi telah ditahan di Shah Faisal, wilayah yang terletak di salah satu kota besar di Pakistan, Karachi, kerana ingin memasak daging suaminya sendiri. Pihak Polis juga menemukan potongan bahagian tubuh suami Zainab yang ditempatkan di dalam periuk.

"Zainab dan sepupu lelakinya telah membunuh Ahmed Abbas (suami Zainab), dan mencincang anggota tubuhnya. Setelah itu, mereka akan memasak daging suaminya," menurut Ketua Polis Shah Faisal, Nadeem Baig, seperti dilaporkan AFP, Jumaat (25/11/2011).
(Atas dari kiri) Gambar-gambar dari stesen TV tempatan menunjukkan periuk-periuk yang sudah siap berisi daging dari tubuh suaminya sedia untuk dimasak. Dan kanan sekali adalah gambar pakaian suaminya yang berlumuran darah ditemui dalam sebuah bekas baju. (Bawah) Gambar menunjukkan bekas baju dan periuk yang berisi daging suaminya di dalam sebuah ambulan sedia untuk disiasat.

Zainab ditangkap setelah jirannya melaporkan perbuatannya kepada pihak polis. Stesen televisyen tempatan juga menunjukkan potongan tubuh Ahmed yang ditempatkan di dalam periuk.

"Ada dua faktor yang menyebabkan Zainab merancang untuk memasak daging suaminya sendiri. Pertama kerana Zainab ingin menghapuskankan barang bukti, dan yang kedua adalah kerana emosi Zainab yang meledak-ledak. Zainab tentu tersinggung dan amat marah ketika Ahmed menyatakan niat untuk berkahwin lagi dengan wanita lain," tambahnya.

Perundangan di Pakistan membenarkan setiap suami untuk berpoligami, namun untuk berpoligami, lelaki perlu meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu.



Tangan gatai...apa sudah jadi nie

Orang tua-tua kata kalau tapak tangan gatai asyik nak garu je bermakna nak dapat duit. Aku dah dua hari gatai sampai dah tak tahan garu. Last...last kena titik dengan lilin panas baru ummph...hilang gatai buat sementara waktu. Aku gatai ni bukan kerana nak dapat duit, tapi tengah dok syok-syok kait pelepah sawit tercucuk duri kat tapak tangan. Mula-mula tu memang tak rasa apa-apa tapi lama kelamaan aku mula rasa gatai ditapak tangan. kalau garu memang rasa tak puas.

Rupa-rupanya duri sawit ni memang bisa. Ada petua orang tua-tua kalau terkena duri sawit tapi kadangkala kita buat tak kisah je. Antaranya,

  • Ambil buah kelapa sawit. Pecahkan atau tumbuk sedikit hancur. Ambil minyaknya
  • Selawat dan baca Al Fatihah sekali
  • Terus sapu dengan sabutnya
  • Jgn sekali2 ambil minyak kelapa mengguna dgn jari.. InsyaAllah luka itu akan sembuh dengan izin-Nya...

Tuu...dia.., air kencing lembu ada dijual dipasaran

Kalau tak ada pembeli sudah tentu ia tak dijual. Air kencing lembu pun sudah dibuat jus minuman. Mungkin akan datang air kencing orang pulak kut. Air kencin orang lelaki lain harga, orang pompuan lain harga.Yang ada bau gedua' jering petai lain harga.

Allah bagi aturan tak nak ikut. Benda yang haram dan menjijikkan itulah yang gemar dilakukaan oleh manusia akhir zaman. Kununnya air kencing lembu boleh mengubati penyakit kanser dan hempedu. Ini semua auta belaka.

Moga Allah mencucuri rahmat buat sahabatku...Amiin.

Selepas belajar dulu memang kami jarang bertemu. Seingat aku ada sekali jumpa kat Taiping itupun lebih kurang 10 tahun yang lalu. Beliau memang seorang yang aktif dan punya bakat kepimpinan. Tiap kali aku ke JPN Perak memang tak dapat jumpa beliau kerana beliau sering keluar kerana tugas.

Tiba-tiba aku dapat berita yg menyedihkan ini...beliau telah dijemput oleh Allah swt moga rohnya dicucuri Rahmat.

AL-FATIHAH

Dukacita di maklumkan bahawa Tn Hj Ahmad Fadzil B Mohamad @ Dasuki Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.30 pagi tadi di sebabkan kecelakaan jalan raya.Jenazah akan di bawa balik dari Hospital Taiping ke Plot 60, Jalan Tok Pegoh,Kg Sungai Tapah,Ipoh dan akan dikebumikan di perkuburan islam Gurap Ipoh.Semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin....

Ini sudah melampau...kentut pun kena bayar ke??

Aktrees wanita terkenal Filipina memeluk Islam





Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian
menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," teg

Rabu, 23 November 2011

DAGING BABI DITUKAR JADI DAGING LEMBU


Dulu kecoh dengan telor tiruan yang dikatakan berasal dari china…dan sekarang ada pulak resipi terbaru..daging tiruan,Jabatan industri dan perdagangan China baru-baru ini telah menemui “ekstrak daging lembu” iaitu aditif yang digunakan
oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging tiruan dengan menukardaging babi menjadi daging lembu hanya mengambil masa selama 90 minit!!!


Produk “ajaib” ini telah menjadi sangat popular di Restoran China kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh negeri, terutama kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi.daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter “ekstrak daging lembu”yang berharga 45 yuanuntuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.


















Apa lagila yang China xleh tiru..dulu telor tiruan, sekarang daging tiruan pulak..harap janganla masuk kat Malaysia…huhuhu
[Dipetik dari-odditycentral]

6 perkara yang ditakuti 0leh Rasulullah akan berlaku di akhir zaman

1- Pemerintah yang terdiri daripada pemuda-pemuda.

2- Ramainya polis.

3- Banyaknya rasuah dalam hukum.

4- Putus hubungan keluarga.

5- Meremehkan amanah perjanjian.

6- Pemuda-pemuda yang menjadikan Al-Quran sebagai seruling nyanyian, ditempatkan di muka majlis bukan kerana lebih pandai akan kefahaman agamanya tetapi hanya supaya melagukan Al-Quran.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 824.

Laa...ni banyak orang mengaji agama bukan kerana Allah


Jitra : walaupun berkelulusan Al Azhar Mesir dan kini berkhidmat sebagai guru Al-Quran sambilan dikampungnya, demi wang seorang lelaki sanggup mengenepikan statusnya apabila dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel telefon bersama dua rakannya di kawasan kampung Belukar Changlun di sini awal pagi kelmarin.

Suspek yang berusia awal 20-an berasal dari Alor Setar, manakala dua rakannya berusia 28 tahun yang berasal dari Kuala Nerang itu ditahan kira-kira jam 5.30 pagi sejurus selesai memotong kira-kira 70 meter kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan itu.

Lelaki terbabit dikatakan baru pulang ke negara ini selepas tamat belajar di Mesir dan dikatakan turut mengajar al-Quran secara sambilan, tetapi mengambil kesempatan mencuri kabel telefon semata-mata untuk mendapatkan wang mudah

Isnin, 21 November 2011

Awatkah zalim sangat nie...?

Zalim adalah lawan kepada adil. Adil bukan bermaksud sama rata tetapi adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Zalim pula bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya seperti meletakkan songkok di kaki bukan di kepala. Zalim itu terbahagi kepada tiga bahagian:

- Zalim terhadap Allah s.w.t iaitu dengan melakukan syirik kepadaNya. Menyembah, mengharap, meminta, beribadah dan berserah diri kepada selain dari Allah s.w.t. Oleh itu orang-orang kafir telah melakukan kezaliman yang paling besar sekali.

- Zalim terhadap diri sendiri iaitu tidak melaksanakan perintah Allah s.w.t dan melakukan maksiat kerana perbuatan tersebut akan mencampakkan diri mereka ke neraka yang amat menyakitkan diri sendiri.

- Zalim terhadap makhluk lain termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan iaitu dengan mengambil hak orang lain, menyiksa binatang dan melakukan kerosakan terhadap alam sekitar.

Istiqamahlah dengan 4 perkara....

Telah berkata Hatim bin A'sam: Sesiapa yang istiqamah dalam empat perkara maka ia akan mendapat keredhaan Allah swt:

1- Yakin hanya kepada Allah swt yakni memberi rezeki,memberi kemudharatan dan segalanya dari Allah swt. Selain daripada Allah swt tidak akan dapat memberikan manfaat dan kemudharatan tanpa izin Allah swt.

2. Bertawakal kepada Allah swt semata-mata.Yakni menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan telah melakukan yang terbaik, maka yang selebihnya diserahkan kepada Allah swt.

3. Ikhlas hanya kepada Allah swt. Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan hanya untuk mendapat balasan Allah swt tanpa ingin mendapat pujian dan balasan daripada makhluk Allah yang lain.

4. Mememahami dan mengenali Qada' dan Qadar Allah swt. Yakin menyakini bahawa segala yang berlaku adalah atas perancangan dan kehendak Allah swt dan kita sebagai hambanya mampu berusaha sahaja.

"Daging Suci " Amalan pelik.


Lelaki tua ini sanggup membiarkan dirinya direbus hidup-hidup. Mungkin ini salah satu amalan ritual untuk menghapuskan dosa. Menurut sumber ini adalah " daging suci dimasak" Mungkin jugak salah satu latihan mempertahankan diri. Entahlah akhir-akhir ini macam-macam benda pelik yg dilakukan.

Hafizah Yang Kecundang...

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah di akhir zaman nanti tidak tinggal Islam itu melainkan nama dan tidak tinggal Quran itu melainkan tulisannya sahaja.

Akhir-akhir ini banyak orang boleh membaca Al-Quran dengan baik tetapi sedikit sahaja yang mengamalkan ajaran Al-Quran. Seorang temanku ustaz ada menceritakan kpd ku ketika beliau menjadi hakim dalam satu musabaqah Al_Quran terkejut pabila johan qari masih memakai seluar pendek ditempat penginapannya.

Tak hairanlah banyak hafiz atau hafizah tetapi masih tidak dapat mengawal nafsu hingga mudah terjerumus ke lembah kehinaan.

MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya.

Ahad, 20 November 2011

4 keampunan Allah bagi wanita solehah

Umar R.A. berkata : Kami memaafkan padanya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung ,

1- Kerana dia menjadi dinding bagiku dari api neraka, sehingga hatiku tenang dan jauh dari perkara yang haram.

2- Dia menjadi penjaga rumahku dan hartaku jika aku keluar.

3- Dia bertanggungjawab menjaga kebersihan rumahku.

4- Dia menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anakku.

5- Dia bertanggungjawab dalam urusan makan minumku.

Khamis, 17 November 2011

Mayat dikahwinkan....

Pelakon wanita Jung Da Bin mengakhiri hidupnya dengan tragik. Pelakon Korea ini ditemui mati menggantung diri di apartmentnya empat tahun lalu. Pada saat itu, Jung Da Bin belum berkahwin. Lalu ibunya membuat keputusan untuk mengahwinkan anaknya dengan mendiang Moon Jae Sung.

Ibu Jung Da Bin berkata perkahwinan di antara dua orang yang sudah meninggal itu adalah pernikahan spiritual. Ia mengakui melakukan hal tersebut demi keamanan puterinya di kehidupan yang baru.

Mendiang Moon Jae Sung sudah meninggal dunia sejak 2002 lalu. Punca kematian Moon Jae Sung tidak diketahui dengan pasti. Pemuda itu juga belum berkahwinan ketika menghembuskan nafas yang terakhir. Dari situlah, akhirnya dua keluarga ini memutuskan untuk mengahwinkan mereka walaupun sudah sama-sama meninggal dunia.

Cacing gelang boleh langsingkan badan???

Sumber: Kosmo

XIAMEN – Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. – Agensi

Iklan yang menggemparkan umat Islam dan Kristian Kartolik

Syarikat Benetton dalam kempen 'Unhate' mereka baru-baru ini mengeluarkan gambar iklan kempen mereka secara meluas menunjukkan gambar 2 pemimpin berlawanan agama, Pope Benedict XVI dan Ahmed Mohamed El-Tayeb imam masjid Al-Azhar bercium sebagai tanda kemesraan.

Umat Kristian terutamana dari Vatican mengkritik hebat gambar iklan tersebut dan menatakan iana sebagai unsur provokasi ang tidak menghormati perasaan umat Kristian. Umat Islam juga mengkritik hebat dan mengecam poster tersebut ang dipasang di segenap jalan dan dalam portal mereka.

Apa tafsirannya jika kita melihat gambar pope bercium dan berpelukan dengan Imam Masjid Al-Azhar seperti itu. Bagi Benetton itu adalah lambang tiada perasaan benci antara satu sama lain diantara dua pemimpin yang bersaing dalam menegakkan agama masing-masing.

Bagi umat Islam pula ada banyak makna, salah satu daripadanya mungkin itu satu penghinaan kepada pemimpin agama seolah-olah mengamalkan budaya gay. Atau mungkin itu satu petunjuk Islam tunduk kepada Kristian dan bersedia untuk berkompromi. Begitulah sebaliknya kepada umat Kristian.

Alangkah siksanya jadi buah kelapa tua

Buah kelapa sangat penting dlm kehidupan kita. Namun ia hanya diperlukan apabila kita berhajat menggunakannya. Jika tidak ia hanya terbiar di bawah pelepah kering tidak ada siapa yg ambil peduli.

Namun kelapa tua tidak pernah susah hati kalau orang tidak ambil peduli. Ia tergantung dan terbuai-buai di atas pohon kelapa apabila di tiup angin. Kadangkala sampai masanya ia akan jatuh sendiri. Ada juga yang tidak jatuh tetapi datang orang menjoloknya dengan galah panjang seolah-olah tidak sabar untuk menunggu buah kelapa ini jatuh ke tanah

Jatuhnya buah kelapa ke tanah dengan satu bunyi yang kuat. Bayangkan kalau buah tembikai yang jatuh dah tentu bersepai. Ini buah kelapa tua punya ketahanan diri, namun ia musnah sedikit demi sedikit apabila kulit luarnya mula dikoyak-koyak dengan parang sehingga meninggalkan tempurung dalam yang cantik keras dan bulat

Tempurung bulat yg cantik ini ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat sehingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Tersemburlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isi perutnya yang putih

Bagi kehidupan lain berarti tamatlah satu riwayat kehidupannya namun bagi buah kelapa tua ini baru bermula dan banyak lagi siksaan yang akan dihadapinya

Bayangkan isi perutnya yang putih itu di sagat, dikukur,tempurung luarnya dibuang yang tinggal hanya isinya kemudian diramas dan diperah dengan air untuk diambil patinya. Aduhai amat menyakitkan.

Kemudian minyak dipanaskan, rempah ratus dimasukkan lalu pati santan itu dimasukkan sekali ke dalam minyak panas sehingga mendidih namun yang paliknya campuran santan yang menggelegak bersama rempah ratus tetap mengeluarkan aroma yang membuka selera sehingga orang tidak sabar untuk bertanya

Gulai apa tuu...?sedap sangat baunya" Orang dapur menjawab "Gulai ikan Jenahak. Fulamak...! spesialnya gulai nie?Lembutnya isi ikan jenahak nie? Beli mana rempah nie...? Sedikit pun orang tidak bertanya tentang santan kelapa tua yang menyedapkan makanan.

Jasa pengorbanan kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yg begitu panjang dan amat menyeksakan berlalu pergi spt hembusan angin diwaktu pagi

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa spt kelapa tua ini. Jasa kita bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan pula untuk dikenang-kenang tetapi untuk kita terus mengabdi diri pada yang Maha Esa biarlah jasa kita tidak nampak pada sisi manusia tetapi... tetap pada perhatiaan Allah Yang Maha Berkuasa...Mampukah aku hidup setabah kelapa tua...????

Rabu, 16 November 2011

Kampung Quran Merapi...Memang tak takut langsung



Letusan Gunung Merapi yg mengorbankan banyak nyawa termasuk Pemegang kunci Merapi Mbah Marijan satu ketika dulu sedikitpun tidak melemahkan semangat penduduk tempatan untuk bergotong royong membina perkampungan Darul Quran Merapi di lereng gunung Merapi Djogjakarta meskipun gunung ini sentiasa aktif.

Mereka akan membina lebih kurang 300 rumah pasentren untuk pencinta dan penghafaz Al-Quran dan 30 buah telah disiapkan dan telah didiami. 2 minggu lepas Emak dan Abang serta kakak ipar telah berlepas ke sana menziarahi anak saudara yang masih menuntut di sebuah pondok di lereng Gunung Merapi. Saya juga pernah ke Djogja namum tak berkesempatan untuk sampai ke perkampungan ini. Kita di dini hanya mampu berdoa mudah-mudahan penuntut-penuntut Al-Quran yang berani ini tabah menghadapi kesulitan dan kesukaran demi Ilmu Allah