Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 13 November 2011

Apa rasionalnya Guru kena kerja 9 jam?

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah, dan banyak lagi tugas-tugas di luar jangka

Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari satu formula terbaik untuk meringankan beban para guru selain memberi sokongan kepada golongan tersebut untuk melahirkan modal insan berguna kepada negara.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

"Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah, Suami seorang guru perlu banyak bersabar kerana banyak kerja sekolah terpaksa disiapkan di rumah dan sedikit sebanyak menjejaskan tanggungjawab isteri di rumah..

Secara zahirnya nampak senang, cuti banyak ...hakikatnya hanya guru yang dapat merasai betapa berserabutnya fikiran stress dengan tekanan kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan