Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 9 November 2011

Jangan buat melawak dengan nama orang



Baru sat-sat tadi aku dapat maklumat dari teman facebook yang tak puas hati bila ada teman facebooknya menyebarkan mengenai nama singkatan Mohd memberi maksud anjing bermulut besar. Dari kamus mana dan rujukan mana akupun tak tahu. Muhammad bermaksud yang terpuji meskipun kita tulis Mohd dalam IC atau surat beranak kita tetap memanggil atau menyebut Mohammad.

Apa motif sebenarnya disebarkan makna sebegini dalam facebook yang boleh mengelirukan dan menjengkelkan orang yang bernama Mohd ataupun dimulakan seperti Mohd Ihsan yang bermaksud anjing mulut besar yang baik. Kalau boleh hentikanlah benda yang karut marut begini.

Dulu masih aku ingat lagi seorang hamba Allah menangis kerana kununnya namanya tak elok dia nak tukar nama lain. Nama nya Roslan...dia tanya kat ustaz dia, ustaz dia kata Ros itu makna tahi kucing, Lan pulak makna kering so..Roslan maknanya tahi kucing kering. Hampehh punya ustaz benda macam nie pun nak buat melawak

Bagi penggemar facebook apa jugak yang berkaitan dengan hukum hakam dan agama buatlah rujukan dulu tanya orang yang lebih arif jangan main hentam saja dan sebarkan dalam laman cyber takut tak terpikul kita dengan dosa kering yang kita buat.

Saya rasa mungkin ada yang merujuk pada kenyataan di bawah ini. So agenda musuh Islam(kafir) untuk pecahbelahkan umat ini dengan pelbagai cara.Apatahlagi bagi kita yang jahil yang tak tahu berbahasa arab akan mudah terpengaruh. Samalah jugak dengan surat berantai Pembohong besar lagi khurafat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan