Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 5 November 2011

Hadiah daging korban pada jiran bukan Islam..ada yang confius

Besok Umat Islam akan menyambut Idil Adha,kebetulan malam ini aku kuliah di Surau Taman Mawar. Aku sentuh sikit soal korban lalu ada jamaah pengajian bertanya mengenai bolehkah daging korban di beri kepada orang yang bukan Islam.

Pendapat umum dan amalan orang Islam di malaysia mengatakan daging korban tidak boleh diberi makan kpd orang bukan Islam...betulkah begitu? Cuba kita rujuk kpd pendapat ulama mazhab antaranya...
Penulis kitab Kasyf-Qina menyatakan Imam maliki berpendapat hukumnya adalah makruh. mazhab Hambali pula mengharuskan kecuali daging korban nazar. Dalam Kitab Al Majmu' harus memberi makan daging korban sunat kpd fakir miskin ahli zimmi (kafir zimmi) dan tidak harus daging korban nazar

Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab disebutkan bahawa Ibn Munzir menyatakanm ulama sepakat dinging korab diagihkan kepada fakir miskin, namun khilaf terhadap orang kafir ahli zimmah
Berdasarkan pendapat tersebut, kesimpulan yang boleh di buat
1-Mazhab Syafei menghukumkan haram memberi daging korban sunat ataupun wajib kepada orang kafir.
2- Mazhab maliki menghukumkan makruh sahaja bagi korban sunat dan haram bagi korban wajib
3-Mazhab Hambil menghukumkannya harus dan tetap haran sekiranya ia adalah korban wajib

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan