Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 21 November 2011

Hafizah Yang Kecundang...

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah di akhir zaman nanti tidak tinggal Islam itu melainkan nama dan tidak tinggal Quran itu melainkan tulisannya sahaja.

Akhir-akhir ini banyak orang boleh membaca Al-Quran dengan baik tetapi sedikit sahaja yang mengamalkan ajaran Al-Quran. Seorang temanku ustaz ada menceritakan kpd ku ketika beliau menjadi hakim dalam satu musabaqah Al_Quran terkejut pabila johan qari masih memakai seluar pendek ditempat penginapannya.

Tak hairanlah banyak hafiz atau hafizah tetapi masih tidak dapat mengawal nafsu hingga mudah terjerumus ke lembah kehinaan.

MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.

Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur, singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.

“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan, bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.

“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25 tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.

“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan pernikahan mereka,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan