Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 21 Disember 2012

Lindungilah aku dari spesis ulamak ini...




Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya. Inilah peluang keemasan yang ada untuk mengaut segala keuntungan dan kemewahan dunia dengan mengadaikan prinsip agamanya.  Segala ilmu yang dimiliki olehnya digunakan untuk dijadikan hujah atau dalil bagi menghalalkan segala perbuatan yang jelas bercanggah dengan syarak.


Berkata Saidina Umar Al-Khattab bahawa perkara yang aku amat takut dan khuatir adalah orang munafik yang pandai berbicara. Rumusan yang dapat diambil ialah  ulamak suk sangat bijak bermain kata-kata dengan dimuatkan dalil Al-Quran dan Hadis sehingga dapat mengelirukan orang ramai. Mereka ini juga dikategorikan sebagai orang yang lebih jahat jika dibandingkan dengan dajjal. Kebanyakkan orang tertipu dengan pakaian, penampilan dan percakapan mereka yang dihiasi dengan perumpamaan serta logik. Sangat sedap dan lunak ayat Al-Quran dan Hadis yang dibacakan oleh mereka. Tetapi semua ini bukan untuk mencari kebenaran tetapi adalah untuk menutupi segala kejahatan dan kesalahan yang telah dibuat oleh mereka.


Demi kepentingan dunia, mereka berdiam dan tidak berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah atau orang yang berkuasa. Segala kezaliman dan penyelewengan dilihat begitu sahaja tanpa ada sedikit pun perkataan membantah. Sangat taat kepada pemimpin yang zalim, munafik dan fasik seperti seekor Kaldai yang mentaati segala perintah tuannya. Hujah yang berani mereka berikan ialah yang tidak menganggu kepentingan diri. Setelah diasak dengan teruk, mereka hanya menyalahkan orang lain dengan mengatakan “Islam melarang kita mengambil tahu hal peribadi orang lain”.


Apabila sesuatu perkara yang diperintahkan Allah ingin ditegakkan oleh orang yang memperjuangkan Islam. Lantas akan dihalang oleh mereka dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti masanya belum tiba, negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Tidak sesuai dilaksanakan perintah tersebut pada zaman sekarang kerana ia sudah tidak reliven. Ada sahaja penentangan demi penentangan dari mereka yang cintakan dunia dan takutkan mati.


Matlamat utama bagi ulamak suk ini adalah kekayaan dunia semata-mata seperti memiliki harta yang banyak, rumah besar, duit yang banyak dan jawatan yang tinggi. Jika mereka menentang habislah semua ini, mereka tidak boleh bermewah dan berbangga dengan kekayaan dunia. “Siapa yang hendak memberi mereka makan dan siapa yang hendak memberikan mereka rezeki” soal hati mereka. Sebenarnya mereka lupa rezeki bukan datang dari manusia, tetapi ia datang daripada Allah, jika Allah tarik semua kemewahan itu sudah pasti hidup mereka akan lebih melarat dari orang-orang faqir yang miskin dunia tetapi kaya akhirat. Sabda Rasulullah SAW :


“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat.” (Riwayat Abu Daud)


Begitu hebat keburukan atau malapetaka yang akan timbul apabila orang yang berilmu menyembunyikan kebenaran. Masyarakat ketika itu tidak ada tali untuk bertaut dan segala maklumat tentang Islam tidak disampaikan secara jelas dan menyeluruh sehingga menyebabkan mereka tidak tahu mana yang benar dan mana yang dusta. Dari kesan ini, perbuatan maksiat, kezaliman, penindasan dan kesesatan bermaharajalela. Mereka juga sentiasa berada di dalam kekufuran dan dosa. Hal ini berlaku kerana ulamak yang ada tidak bertanggungjawab dan tidak menjalankan amanah yang Allah berikan kepada mereka. Dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali :


 “Rosaknya rakyat berpunca daripada rosaknya pemerintah dan rosaknya pemerintah berpunca daripada ulama suk yang ada kepentingan.”


Perlukah kita cintakan ulamak seperti ini yang jelas sekali akan merosakkan kita? Jawapannya tidak sama sekali. Mari kita bersatu di bawah payung Islam untuk menolak dan menentang segala keburukkan yang telah mereka lakukan. Disamping itu juga kita berdoa supaya Allah membukakan pintu hati mereka agar diberikan hidayah serta menyesali segala perbuatan jahat yang telah mereka lakukan. Kembalikanlah mereka ke jalan yang diredhoi agar segala ilmu yang dimiliki oleh mereka dapat digunakan ke arah yang betul.


Bagi mengelakkan diri kita tersalah mencintai ulamak suk, maka kita harus berhati-hati sebelum mengiktiraf mereka sebagai ulamak. Lihat dahulu seluruh kehidupan mereka. Adakah mereka mempunyai peribadi yang baik seperti yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Di sini juga dapat digariskan satu panduan untuk kita menilai seseorang ulamak seperti apa yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi, kriteria ulama pewaris nabi ialah seorang hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan mempunyai pengabdian diri yang sangat tinggi terhadap Allah. segala ilmu yang ada, mereka curahkan kepada masyarakat tanpa ada sedikit pun ilmu yang disembunyikan oleh mereka.

http://www.ustaznoramin.com/

Rabu, 19 Disember 2012

Banyak dosakah mayat ini ???




KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. 

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.



“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka.

Orang Perempuan perlu tahu....


1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

* petikan dari blog Ustaz Ridzuan

Kategori apakah aku ini??


Orang kata  aku ni  "serius man" Ada pulak yang kata pak lawak. Pendiam,  dan banyak lagi yang aku dengar,  tapi aku tak kisah kerana perwatakkan seseorang itu semuanya datang dari Allah swt. Setengah orang tu terlalu peramah semua orang dia nak tegur, senyum meleret sampai kat telinga..tapi aku tak boleh nak jadi lagu tu...Ada orang yang boleh aku senyum dan ada orang yang boleh aku melawak dan bergurau.

Dalam ilmu psikologi minda yang aku pelajari ada beberapa jenis senyum...
1-Senyum sinis.
Sebenarnya senyum ini amat menyakiti hati. Mulut senyum tapi penuh dengan sindiran. Biasanya senyuman sebegini diiringi dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
2-Senyum menggoda
Senyum begini menyebabkan jantung berdegup kencang. Ia menyebabkan seseorang itu jadi tak tentu arah.
3-Senyum nakal
Senyum ini biasanya diiringi dengan nafsu. Anak-anak gadis selalunya diusik dengan senyuman yang nakal.
4-Senyum kaparat/haram jadah
Senyum ini terukir apabila ia dapat memenuhi nafsu jahatnyai  Cuba tengok pemimpin yang buat zalim kat orang  contoh pemimpin Israil senyum tengok beribu rakyat Palastin dibunuh kejam
5-Senyum tegar
Sentiasa terukir di bibir meskipun menghadapi pelbagai ujian.
6-Senyum ikhlas
Inilah yang aku dok cari. Ia terbit dari hati dan terukir diwajah. Senyuman bukan dibuat-buat..
7-Gila senyum
Yang ni jangan dibuat. semua yang dia jumpa dia senyum. Nengok pokke senyum. Tengok cicak bunyi pun senyum...ini dah betul-betul gila senyum.

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Kalau saya senyum
Kamu mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau kita senyum
Dunia tiada penyakit…

Selasa, 18 Disember 2012

Suami tanpa wajah...tapi hati tetap bahagia

BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.
Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.
Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. “Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.
Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Orang tertua di dunia...115 tahun meninggal dunia

Tertua mati
NEW YORK - Dina Manfredini dari Iowa, Amerika Syarikat, yang diisytiharkan sebagai orang tertua di dunia awal bulan ini meninggal dunia semalam, pada usia 115 tahun.

Cucunya, Lori Logli berkata, Manfredini meninggal dunia di pusat penjagaan yang beliau ditempatkan selepas mengalami demam, lapor CNN hari ini.

Dia meninggal dunia ketika tidur.

Menurut rekod Guinness, Manfredini menjadi wanita tertua dunia pada 5 Disember lalu sehari selepas kematian Besse Cooper Georgia yang mati di usia 116 tahun.

Manfredini dilahirkan di Pievepelago, Itali pada 4 April 1897 dan kemudian berpindah ke Des Moines pada tahun 1920 bersama suaminya.

Menurut Guinness, dia pernah bekerja sebagai pekebun dan terus berkerja pada usia 90 tahun dengan mengambil upah membersihkan rumah.

Beliau turut hidup bersendirian sehingga usianya 110 tahun sebelum berpindah ke rumah penjagaan.

Batu Nisan bernyawa.....? biar betul...



Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu metermenimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.
Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.
Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan. Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.
Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.
“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.
“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.
Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.
“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.
“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Tanda Kiamat ...Perempuan yang sudah hilang malunya


Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.


Lihatlah sesuatu itu dengan mata hati

Photo: Pokok Yew yang tumbuh di Walse ini dikatakan berusia 1000 tahun. 

Kita berada di bawah pokok tersebut dan Jika diperhatikan sebenarnya pokok ini sedang sujud.. <3 AllahhuAkbar

♥ LIKE | SHARE | COMMENT ♥

-kry-

Mungkin bagi kita melihat fenomena di atas sebagai perkara biasa. Hakikatnya apabila kita merenung dengan matahati sesungguhnya pokok itu sedang bersujud. Pokok yang telah berusia melebihi 1000 tahun ini dinamakan sebagai pokok Yew dan tumbuh di Walse.

Lalu bila bila aku terpandang gambar ini aku terbayang pokok yang ditanam di Taman Tasik Taiping berdekatan dengan tempat tinggal aku... pun nampaknya macam bersujud jugak. Tak percaya hangpa tengok gambar di bawah ini.




Rabu, 12 Disember 2012

Baru ku tahu...rupanya inilah dia khinzir laut


Bila disebut anjing laut semua orang tau. Tapi bila disebut babi laut mungkin sebahagian kecil sahaja yang tahu.


Inilah rupa babi laut. Babi laut ataupun khinzir laut ini mempunyai rupa yang unik.Tetapi dari segi hukum dia tidak termasuk mughalazah sebagaimana babi di darat. Begitu juga siput babi, kutu babi semuanya itu bukanlah najis yang berat meskipun ada perkataan babi dihujungnya.
Tapi kalau ada orang yang kena sawan/gila babi hati-hati sikit  sebab penyakit ini tak boleh tengok air.

Kenapa takut dengan doa...?


Seorang ahli pengajian ku (muslimat) mengomel tak tentu pasal mengenai doa agar Allah turunkan bala pada seseorang atau satu organisasi. Bagi dia amat tidak wajar berdoa begitu...Sesama Islam mesti berdoa yang baik-baik saja. Muslimat ni memang minat mengaji tetapi dengar ceritanya mengaji untuk ambik tahu bukan untuk amal. Sebab itu duduk memondok tak lama di beberapa buah pondok lepas tu tinggalkan kununnya tak sesuai.

Bila cerita ni sampai kat aku.. aku tanya balik "Yang hangpa takut sangat dengan doa tu pasai apa? Hangpa ada buat salah ke dekat Allah. Biasanya orang yang bersalah saja yang kelepiak macam cacing kepanasan den isu doa mendoa ni. Biasalah orang yang rasa diri dizalimi akan mengadu kepada Allah...pada siapa lagi nak mengadu.

Sejarah islam menceritakan bagaimana Khalifah Umar Al-Khatab pernah menghantar perisik ke Kufah untuk menyiasat satu laporan mengenai Gabenur Kufah tidak berlaku adil dan solatnya sangat huduh. Gabenor Kufah (Saad b. Abi Waqas) dipanggil mengadap Umar dan menafikan tuduhan tersebut.

Saad b.Abi Waqas akhirnya berdoa agar Allah beri pengajaran terhadap penabur fitnah in dengan 3 perkara iaitu
1-Dipanjangkan umurnya
2-Hidup dalam keadaan melarat
3-Menghadapi fitnah yang tak putus-putus

Doa Saad Abi Waqas dimakbulkan Allah. Lelaki penabur fitnah ini hidupnya amat melarat. Usianya panjang hingga bulu keningnya panjang ke bawah dan apabila melihat wanita matanya sentiasa mengedip tak berhenti.

Persoalannya adakah patut seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah ini berdoa sedemikian rupa? Jawapannya memang patut kerna fitnah itu amat berbisa dan lebih tajam dari mata pedang.

Ni ..bukan Makkah nie...ni Bagan Sarai...


Bukan tak dak idea nak tulis..tapi masa terlalu mencemburui . Maklumlah cuti sekolah ni lagi sebuk dengan macam-macam aktiviti. Kenduri kahwin pun tak putus-putus. Ni nak cerita sikit bila melawat sahabat dan keluarga yang baru balik Makkah buat haji termasuklah kakak aku macam-macam cerita yang aku dengar.

Kakak aku cerita bilamana sampai saja ke Bumi Al-Haram tiba-tiba salah seorang jemaah jadi lupa (hilang ingatan) Kesian suami dia terpaksa upahkan haji untuk dia sepanjang musim haji. Jamaah haji wanita ni asyik merayau ke sana ke mari masuk bilik penginapan jamaah haji lelaki. Bila kakak aku tegur..."Kak ...kita berada di Makkah nie? Dia jawab apa..."Nie bukan Makkah...ni  Bagan Sarai...Bagan Sarai..! Berkali-kali dia ulang Bagan Sarai dengan dielek banjarnya.

Kenapa jadi lagu tu...? Kadang-kadang kafarah Allah swt berlaku tak kira tempat. Apatah lagi bila berada di bumi suci. Masa aku pergi dulu lebih kurang 11 tahun yang lampau ketika menginap di Mina seorang jamaah haji dari Kedah menghadapi masaalah tidak mahu beribadah. Sebaliknya dia hanya duduk memerhatikan orang lain beribadah. Bila aku tanya "Tok Wan tak solat ke? Senang je dia jawab "Aku mai ni nak tengok-tengok saja" Tak heranlah semua kerja haji spt melontar di Jamrah dia tak buat dia tengok saja. Orang solat dia tengok yang naif ketika kami solat dia akan buang najis dekat khemah. Dengar ceritanya bila sampai ke Makkah dia meninggal dunia tak sempat nak tawaf rukun...Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Secebis kisah ini jadikanlah renungan. Jangan kita anggap segala kerja buat kita tidak diawasi oleh Allah swt. Allah senantiasa memerhatikan amalan kita. Kalau kita buat zalim dengan manusia Allah tidak akan memperdulikan kita. Bahkan doa orang kena zalim adalah mustajab... Fikirkanlah.



Ahad, 9 Disember 2012

Alamak...makhluk ini yang selalu kita telan tanpa disedari...

Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan! 



Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.


Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.




Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.


Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). 

Batu Sijjil (Hijjarat min Sijjil) Batu dari Neraka ditemui?


Apabila kita melihat dalam surah Al-fil. di sana terdapat satu kisah bagaimana Allah menghancurkan  tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah hanya dengan batu sijjil. Batu Sijjil ini adalah batu yang didatangkan dari neraka yang di bawa oleh segerombolan burung Ababil.

Mungkin ini juga kuasa Allah yang menunjukkan baru-baru ini batu ini telah ditemui dan didakwa sebagai batu Sijjil (ababil).Batu seberat 131 gram yang dikatakan ditemui pada tahun 571 M telah mendapat tawaran harga sebanyak 4 Juta USD.




Isnin, 3 Disember 2012

" APABILA AKU MELIHAT BARAT, AKU MELIHAT ISLAM TANPA PENGANUTNYA" Said An-Nursi

Seorang anggota polis New York menjadi terkenal selepas gambarnya memberikan sepasang kasut but kepada seorang gelandangan tersebar di internet. Pemuda berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian anti-pengganas ini telah “menghangatkan” seluruh warga Amerika dengan sifat mulianya ini.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pemerhati, Jennifer Foster pada waktu gambar itu diambil suhu udara begitu dingin sekitar 3 darjah Celcius ketika dia sedang melakukan rondaan di sekitar pusat membeli belah di Time Square New York. Ketika itu anggota polis ini melihat seorang gelandangan tanpa sepasang karut...dan kakinya sudah mula kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Tidak lama kemudian seorang anggota polis datang sambil membawa bungkusan plastik.

Anggota polis ini duduk dihadapan pengemis ini dan memberikan sepasang kasut but yang baru sahaja dibelinya. Setelah kasut bersama stokin diberikan kepada pengemis tersebut, anggota polis tersebut sempat berpesan kepada pengemis tersebut supaya berhati-hati dan menjaga diri.

Jennifer Foster yang tersentuh dengan peristiwa tersebut segera merakamkan saat yang dianggapnya sangat mengharukan itu tanpa disedari oleh anggota polis dan pengemis tersebut lalu memuat naik ke dalam Facebooknya.

New York Times kemudiannya mengenalpasti bahawa identiti anggota polis tersebut adalah Lawrence DePrimo berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian polis anti-keganasan. Kebesaran hatinya apabila menyumbangkan kasut tersebut kepada pengemis itu telah dijadikan simbol kemanusiaan…

Lawrence ketika ditemubual oleh New York Daily News menceritakan…"Saya yang sedang memakai kasut pun turut merasakan kesejukan, apatah lagi jika orang itu tidak memakai kasut."

Lalu saya menghampiri pengemis tersebut dan menanyakan dimana kasutnya ... lalu pengemis itupun menjawab “Semua baik-baik saja…saya belum pernah mempunyai kasut....semoga Tuhan memberkati anda kerana bertanyakan hal ini..."

Lawrence segera bergegas ke kedai kasut dan membeli stokin bersama kasut but pada harga USD 75 sebelum kemudiannya kembali semula kepada pengemis tersebut dan menyarungkan sendiri stokin dan kasut itu ke kaki pengemis tersebut.

Malah dia turut menjemput pengemis itu utk minum kopi panas tapi menolaknya sambil berkata…"Tuan sudah melakukan sesuatu yang cukup banyak be
rbuat diri saya…. semogaTuhan memberkati anda…saya suka anda..”