Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 29 April 2011

Kulit Tiwadak Goreng...nyaman nya aai

Banyak orang yang bingung dan tidak tahu dengan masakan dari kulit cempedak ini, bahkan ada beberapa kenalan saya yang tidak pernah memakan kulit cempedak goreng merasa ragu-ragu untuk menjamahnya. Tapi bila dah rasa barulah mereka tahu betapa sedapnya kulit cempedak goreng

Kulit cempedak sudah lama dijadikan lauk alternatif bagi orang Banjar, Untuk membuatnya, kulit cempedak dikupas bagian luarnya sehingga tampak putih kemudian dibersihkan. Kemudian dipotong sekra-kira 2 inci biasanya tidak langsung digoreng tetapi harus direndam lebih dulu di dalam air selama beberapa jam. Lamanya merendam tergantung yang punya niat memasak, Lagi lama direndam dengan sedikit garam rasanya lebih enak dan lebih lembut seolah-olah menggigit daging lembut.

Berikut ini resepi sederhana untuk memasak kulit cempedak(Jangan sekali-kali masukkan isi cempedak)i:

Bahan : kulit cempedak yang sudah dibersihkan dan telah direndam beberapa hari.

Minyak masak untuk menggoreng

Bawang merah, bawang putih, Cabai merah/hijau, garam.(Cabai kering dipotong kecil boleh juga digunakan..

Cara membuat :

  • kulit cempedak yang sudah dibersihkan dipotong-potong, besarnya tergantung keinginannya ada yang suka potongan besar ada juga yang kecil-kecil.
  • Panaskan minyak,masukkan kulit cempedak yg telah dipotong kemudia masukkan bawang serta cabai.
  • Pastikan ia benar-benar masak barulah diangkat untuk dihidangkan. Aromanya memang terangkat

Lauk ini boleh dimakan dengan nasi atau pulut. Cubalah resepi ini kalau nak rasa kelainan.

Khamis, 28 April 2011

Susah kalau ada sifat panas baran...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi SAW,"Beri aku wasiat?" Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulangi permintaannya hingga beberapa kali,sedang Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau marah." (HR Bukhari)

Seorang lelaki bertanya baginda : "Wahai Rasulullah! Apakah sesuatu yang lebih berat? Dijawab Rasulullah SAW :"Kemurkaan Allah".Lelaki itu bertanya lagi ,''Apakah sesuatu yang dapat menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?" Rasulullah SAW menjawab :"Jangan marah.'' (HR Ahmad dan Ibnu' Amr)

  • Di pulaukan masyarakat
  • Jiwa terasa kosong
  • Sukar mendapat kepercayaan atau amanah
  • Pergaduhan besar dan memungkinkan berlakunya penceraian
  • Terdedah kepada risiko melakukan kesalahan jenayah
  • Penderaan
  • Tekanan perasaan
  • Mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi
  • Hilang keyakinan diri
  • Sukar mendapat kawan dan kesetiaan
  • Sukar menyiapkan sesuatu pekerjaan
  • Sukar berfikiran positif
  • Gagal memberikan keputusan yang tepat
  • Sering menyesal kemudian hari
  • Sukar didampingi
  • Rabu, 27 April 2011

    Harapkan bumbung..bumbung dah hempap kepala

    Semasa saya menghadiri satu mesyuarat seorang bekas YDP PIBG sebuah sekolah menghampiri saya. "Ustaz dapat tak maklumat seorang bekas guru menghadapi tekanan jiwa dan sekarang menerima rawatan psikiatri" Saya amat mengenali bekas guru tersebut namun saya tak dengar apa berita mengenai beliau selepas bersara pilihan.

    Persoalannya kenapa banyak guru yg menghadapi tekanan mental. Rata-rata guru yg saya temui ingin bersara awal kerana tak tahan lagi dengan karenah kerjaya. Kajian menunjukkan kerjaya guru bukan lagi kerjaya yang menyeronokkan tetapi penuh dengan keterpaksaan melayan karenah orang atasan dan parents. Amat malang kebajikan dan pembelaan terhadap guru semakin terhakis. Berita kesalahan guru kerap disensasikan dan diperbesarkan di tv dan akhbar. Natijahnya masyarakat semakin prejudis terhadap guru.

    Suatu ketika dahulu seorang guru wanita di Johor ditangkap dan digari tangannya kerana kesalahan merotan pelajar. Ketua Polis Negara Rahim Noor mempertahankan tindakkan pegawainya sehinggakan Cuepacks ketika itu setiausahanya ialah Siva...membuat kenyataan supaya jangan pedulikan soal disiplin pelajar tetapi Datuk Sri najib(Menteri pelajaran) telah memberi amaran kepada guru supaya tidak melakukan demikian.

    Berlaku di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.

    Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.

    Penyebab bagi insiden tersebut adalah kerana guru menampar pipi dan memulas telinga pelajar terbabit yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada salah seorang murid tahun 6 di sekolahnya selepas keluar dari makmal.

    Atas sebab tindakan ingin "mengajar" anak murid, guru yang tidak mahu dikenali pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya tindakan bapa pelajar itu?

    Lagi berita...
    Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar. Guru ini telah menumbuk muka dan menyepak paha guru besarnya.
    Kalau guru ini bertindak sebegini, maksudnya kesabarannya telah habis angkara guru besar. Ini kerana ramai juga guru besar dan pengetua menjadi 'gila kuasa dan nak tunjuk kuasa pada orang bawahannya.

    Mahkamah Majestret telah menjatuhkan hukuman denda 2 ribu atau penjara sehingga setahun diatas kesalahan tersebut.


    Benarkah Bukit larut Ada Perkampungan Bunian..?


    Saya mungkin tidak berapa mengenali guru ini. namun saya selalu diundang untuk menyampaikan ceramah di sekolah beliau. Mengikut laporan berita yang dikeluarkan inilah kali ke empat beliau mendaki Bukit Larut.

    kematian beliau diceritakan pada saya oleh seorang kenalan beliau pada hari selasa ketika saya menjalankan tugas melatih peserta syarahan peringkat negeri di PPD larut matang. Ketika itu jenazah baru diturunkan dari Bukit larut.

    Sahabatnya memberitahu bahawa simati pernah menceritakan bahawa dia teringin mendaki bukit Larut kerana pernah terjumpa satu perkampungan yang sangat cantik. Saya tidak tahu sama ada ini hanya khayalan atau perkampungan itu benar-benar wujud.

    Tiba-tiba seorang teman disebelah saya bertanya benarkah ada perkampungan bunian? Sesungguhnya bunian tergolong dalam kelompok makhluk halus kerana Nabi menyebut terdapat makhluk halus yg suka tinggal hampir dgn manuisa hatta dalam rumah manusia. Perkampungan mereka juga tidak berjauhan dgn perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut sebagai "Amir" atau "Umar' yg tinggal berdekatan dgn manusia.

    Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.

    Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.
    masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.

    Berbalik kepada kisah Khurafah. Ia telah menceroboh satu perkampungan bunian dan didakwa dengan tuduhan membunuh seekor ular. Dalam perbicaraan itu ia dibela oleh seorang pembela dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

    Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
    Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.
    Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

    Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

    Bagi saya kematian guru ini adalah disebabkan tergelincir jatuh dan cerita-cerita disebalik itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.... mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau, amiin...

    Tangisan Seorang Perompak...

    Saya teringat suatu kisah bagaimana seorang lelaki Yahudi Madinah yang amat susah hidupnya. Ditakdirkan matanya buta hidupnya merempat ke sana kemari memohon belas ihsan dari orang ramai. namun begitu mulutnya amat celupar menghina Rasulullah saw.

    Setiap hari Rasulullah saw mendatangi si yahudi ini dan menyantuninya dengan lemah lembut,menyentuhnya serta memberikan makanan.Setelah Nabi wafat usaha Rasulullah diteruskan oleh Abu Bakar. Lelaki yahudi merasai satu kelainan berbanding dengan layanan yang terdahulu. Dalam waktu yang sama bibirnya terus menerus menyeranah Rasulullah. Lantas Abu Bakar menjelaskan bahawa lelaki yang melayannya dengan kelembutan dan memberi makanan adalah Muhamad Rasulullah yang amat kamu benci dan kamu cerca setiap hari. Inilah akhlak mulia Rasulullah saw. Akhirnya lelaki Yahudi yg buta itu memeluk Islam.

    Akhlak mulia inilah yang menjadai ikutan seorang lelaki yg bernama Mohammad Sohail yang kini menjadi sebutan dan mendapat liputan meluas di dada-dada akbar di Amerika Syarikat. Kisahnya bermula apabila kedainya Shirley Express New York dirompak pada Mei 2011

    Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang. Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.
    Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut
    Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

    Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

    Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.

    Lelaki tulen yang boleh mengandung??


    Kaum wanita nampaknya tidak boleh lagi mengatakan sebagai satu-satunya yang boleh melahirkan anak. Di Manhattan, New York, seorang lelaki tulen bernama Lee Mingwei sedang menanti kelahiran bayi yang sedang dikandungnya.

    Itulah hasil kerja sebuah pasukan di GenoChoice, Inc. yang memang berniaga di bidang rekaan genetika. Kelmarin, USA Today online memilih web http://www.malepregnancy.com yang memuat berita kehamilan Lee tersebut sebagai salah satu web terpanas.

    Ketika diakses, web itu memang memamparkan segala sesuatu berkaitan dengan kehamilan Lee , dari wawancara, teknik kehamilan, siaran langsung dan rakaman video aktiviti Lee sehari-hari, hingga rakaman pemeriksaan ultrasonografi (USG) bayi.

    Kehamilan itu membuat tubuh dan rongga perut Lee seperti tubuh dan kandungan wanita. Pertama, Lee diberi terapi pil hormon wanita. Ini untuk menyiapkan tubuh Lee sehingga boleh menerima proses kehamilan. Kemudian, dengan proses bayi tabung sel sperma dan sel telur dipertemukan di lab embrio dan plasenta ditanam di dinding rongga selaput rongga perut.

    Ini mirip dengan kes hamil di luar kandungan yang sering dialami wanita. Di sinilah bahayanya kehamilan pada lelaki Sebab, boleh terjadi perdarahan hebat kalau selaput itu robek. Setelah embrio berhasil ditanam dan hidup, mulailah proses kehamilan. Lee tidak lagi mendapat terapi hormon, kerana proses kehamilan itu sendiri boleh mengatur mekanisme hormonalnya sendiri.

    Embrio merangsang tubuh Lee untuk mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk pertumbuhannya. Dalam proses kehamilan Lee, tdokter sangat puas kerana ternyata pertumbuhan janinnya normal.

    Itu boleh dilihat dari berbagai pemeriksaan, baik terhadap Lee mahupun janinnya, seperti monitoring jantung, sampling cairan ketuban, dan ultrasonografi (USG). Perut Lee pun terus membesar. Yang paling kritikal nanti adalah persalinan. Tidak disebutkan bila persalinan itu akan dilakukan.

    Persalinan melalui bedah caesar ini harus mengangkat bayi dan ari-arinya. Yang bahaya adalah melepas ari-ari yang sudah lengket menyatu dengan dinding selaput perut. Perdarahan hebat boleh terjadi. Belum lagi pengaruhnya terhadap organ-organ penghuni rongga perut yang lain.

    Untuk keperluan ini, sebuah pasukan doktor ahli bedah sudah disiapkan. Mereka sudah berpengalaman menangani kes-kes kehamilan di luar kandungan. Dalam sebuah wawancara dengan majalah PaperVeins, Lee yang tinggal di apartemen di Manhattan, NY, mengaku menikmati kehamilannya.

    “Tidak ada yang lebih alami dan indah dibandingkan melahirkan anak. Ini yang selalu saya inginkan,” kata Lee yang menyedari risiko yang harus dihadapinya. Lee yang seniman itu juga sedar, kehamilannya ini boleh mengubah banyak hal di dunia, terutama berkaitan dengan sosial.

    “Mengapa lelaki tidak boleh mengandung seperti wanita? Mengapa lelaki tidak boleh merasakan beban yang selama ini hanya dirasakan wanita? Mengapa lelaki tidak boleh menikmati keindahan dan kegembiraan yang dirasakan wanita hamil? Sekarang menurut saya, sebagaimana wanita, punya lebih banyak pilihan, lebih banyak kemungkinan, lebih banyak peranan dibandingkan yang selama ini,” paparnya.

    Lee sadar, selama ini idea tentang kehamilan lelaki hanya jadi bahan lawak Misalnya, dalam filem komedi yang dibintangi Arnold Schwarzenegger. Juga, dalam salah satu episode The Cosby Show, ketika semua pemeran lelaki di filem itu ingin hamil. Juga, cerita tentang kaum lelaki yang berdandan seperti wanita hanya untuk ditertawakan.

    Menurut Lee, lawak semacam itu didasarkan pada absurditas tentang kehidupan yang maskulin. “Sekarang, ketika seorang lelaki benar-benar hamil, tidak ada lagi yang tertawa,” katanya.

    Lee juga menegaskan, meskipun hamil, dia sepenuhnya lelaki normal, bukan lantas menjadi pondan. “Saya tetap lelaki, baik secara biologi mahupun anatomi. Tidak seperti sebagian lelaki yang ingin tampil seperti wanita.


    Selasa, 26 April 2011

    Dimanakah roh setelah kematian...?


    Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

    Pendapat pertama:

    Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

    Pendapat kedua:

    Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

    Pendapat ketiga:

    Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

    Pendapat keempat:

    Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

    Pendapat kelima:

    Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

    Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;

    · Ada ruh yang ditempatkan di ‘Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,

    · Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,

    · Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,

    · Ada ruh yang ditempatkan di bumi,

    · Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,

    · Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj).

    Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; “Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan”.

    Hubungan ruh dengan jasad

    Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam”.

    Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

    Wallahu A’lam.


    Rujukan;

    1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah.
    2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154.
    3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
    4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri.

    Isnin, 25 April 2011

    Kalau anda gembira tepuk tangan..jeng..jeng...jeng


    "Depa kata kita orang islam tak boleh tepuk tangan betoi ka ustaz..?" Satu soalan yang membuat saya tersentak. Sebagai ustaz kita tak boleh mengelak dari diajukan pelbagai soalan. Saya merujuk kepada pandangan al-syeikh Yusof Al-Qardawi yang memberikan pandangan hukum bertepuk tangan.

    1) Bertepuk untuk Memberi peringatan

    Apabila ingin memasuki rumah seseorang atau ingin mengingatkan tuan rumah atau ahlinya mengenai kehadirannya, lalu dia menepuk tangan.

    Inilah yang warid dan datang dalam hadis yang membenarkan wanita yang menjadi makmum dalam solat jamaah ketika mahu mengingatkan imam yang tersalah untuk menepuk kedua tangannya dari belakang saf agar imam sedar dan kembali membetulkan.

    Dalam Hadis sahih, ” Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih ( dengan berkata ‘subhanaLlah‘ ). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya ( memberi perhatian ). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.”- Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Sahl Ibn Saad sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (243).

    Dalam Hadis lain, ” Bertasbih adalah untuk lelaki, manakala bertepuk adalah untuk wanita.”. – Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Abi Hurairah sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (1204). Maksudnya, ketika dalam solat.

    2) Memuji dan memandang baik terhadap sesuatu perkara

    Sebagaimana kita saksikan para penonton memberi tepukan tangan untuk penyajak selepas mendeklamasikan sajak , atau tepukan untuk pemidato yang berjaya menyentuh emosi sehingga sebaik saja mereka menyudahkan ucapan, dewan terus bergema dengan tepukan dan sorakan puji – pujian daripada para hadirin.

    3) Beribadah.

    Inilah yang telah dilakukan oleh golongan Arab Quraisy jahiliyyah dan seumpamanya dalam ibadah mereka di Masjidil Haram dengan bersorak dan bersiul. Dan Itulah perbuatan yang diingkari oleh Al Quran di dalam firman Allah yang bermaksud : ” Tiadalah solat/ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah. “ Al Anfal: 35.

    Al Qurtubi berkata: Berkata Ibnu Abbas: Masyarakat Quraisy jahiliyyah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia merupakan satu ibadat. Muka’ bererti bersiul, manakala tashdiah bererti bertepuk tangan. Itulah pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.

    Daripada Qatadah: Muka’ bererti bertepuk dengan tangan, manakala tashdiah bererti bertempik dan bersorak ( ini berbeza dengan pandangan oleh Mujahid tadi ).

    Untuk tujuan yang pertama tadi, ia jelas harusnya di sisi syar’. Tiada siapa pun yang membantah. Untuk tujuan yang ke tiga juga jelas sekali pengharaman dan tegahan ke atasnya kerana ia merupakan pensyariatan ibadah yang tidak pernah diizinkan oleh Allah.

    Hukum ini juga diterima pakai ke atas sesetengah golongan ahli sufi yang melakukan perbuatan tadi dalam amalan mereka. Ini seperti kata Al Qurtubi: Ini adalah jawaban ke atas golongan yang jahil daripada golongan sufi yang menari dan bertepuk dalam ibadah mereka. Ia adalah perkara mungkar yang ditolak oleh mereka yang berakal yang bersih daripada kekarutan itu. Pelakunya telah menyerupai/ tasyabbuh dengan perbuatan ibadah kaum musyrikin di Masjidil Haram.

    Apakah hukum syar’ie dan apakah pendapat fiqh semasa mengenainya hukum bertepuk dengan tujuan melahirkan kegembiraan dan memuji

    Hakikatnya, tidak ditemui sebarang dalil yang muhkam dan kata putus daripada Al Quran dan As Sunnah mengenai pengharaman dan tegahan ke atas kedua – keduanya.

    Mungkin sesetengah pendapat mengambil dalil daripada ayat dari ayat 35 Surah Al Anfal tadi yang bermaksud: ” Tiadalah solat / ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah.

    Tetapi ini adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya.

    Ini kerana ayat tersebut adalah tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk sedangkan di sini tujuannya lain yang tiada pengertian ibadah di dalamnya.

    Mungkin juga sesetengahnya mengambil dalil daripada Hadis Nabi sallaLlahu alihi wasallam yang bermaksud: ” Sesungguhnya tepukan itu hanyalah untuk wanita.” Sudah nyata larangan lelaki menyerupai wanita. RasuluLlah sendiri telah melaknati lelaki yang menyerupai wanita.

    Tetapi adalah jelas dan maklum bahawa hadis tadi warid dan datang khusus mengenai bertepuk di dalam solat. Maka ia tidak boleh menjadi dalil untuk menegah lelaki daripada bertepuk di luar solat. Inilah yang disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami.

    Beliau juga menyebut bahawa larangan menyerupai wanita itu adalah pada perkara yang memang khusus untuk wanita ( seperti jenis pakaian, perhiasan dan seumpamanya ) . Adapun bertepuk, ia bukan perkara khusus wanita sahaja.

    Kata beliau: “Dan saya nyatakan di dalam Syarhul Irsyad bahawa ianya makruh… Yang paling sahih dalam perkara ini, ianya halal dan harus.”

    Ada yang berhujah perbuatan bertepuk adalah amalan bukan islamik. Ia adalah amalan orang barat yang telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam. Kita dilarang menyerupai orang – orang bukan Islam.

    Memang benar kita dilarang menyerupai mereka di dalam perkara – perkara khusus ugama mereka dan cara ibadat mereka. Adapun perihal duniawi, maka tiada sebarang larangan untuk kita meniru mereka apabila ia bebas daripada larangan syara’ atau kerosakan yang ditegah oleh syara’.

    Bayangkan kita menghadiri majlis anugerah kejayaan anak kita. Tidak ada bunyi tepukkan,sepi sunyi sedangkan itu adalah majlis kegembiraan.

    Bayangkan jugak majlis tertentu yang dihadiri oleh orang yang bukan islam, mereka bertepuk sorak sedangkan kita hanya tersenyum...rasanya mungkin jalinan kemesraan antara orang Islam dan bukan Islam seolah-olah ada batu penghalang atau jurang... sedangkan untuk mendakwah mereka ini, kita perlu sentuh hati mereka dengan kemesraan dan kasihsayang agar akhirnya mereka tertarik dengan akidah yang kita pegang.

    Namun begitu pada majlis-majlis agama, laungan takbir adalah yang sebaik-baiknya sebagai tanda memuji kebesaran Allah.

    Rujukan :Sheikh Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya ‘ Fiqhul Lahwi Wat Tarwiih’.

    15 tanda orang yang malas...

    1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
    2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
    3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
    4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
    5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
    6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
    7. Mereka yang diberi keupayaan untuk melakukan tetapi mengganggap payah untuk melakukannya.
    8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa telah banyak melakukannya.
    9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
    10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
    11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
    12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
    13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
    14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa tiada masa untuk melakukannya.
    15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya

    Ahad, 24 April 2011

    Tragedi Kejut solat


    Apa pandangan anda dengan tragedi yang berlaku ini?. Salahkah isteri mengejutkan suami untuk bersolat. Kenapa manusia akhir zaman ada yang berperilaku sedemikian rupa?Bayangkan sekirannya kita sendiri mengalami insiden yang serupa ini. (mudah-mudahan dijauhi serta kita berlindung ke hadrat Allah)

    kerosakkan akhlak berlaku akibat manusia terlalu jahil dengan agama. Kenapa manusia ini jadi jahil agama sehingga tak peduli lagi dosa pahala? Lihat sahaja hiburan di merata tempat. Rancangan tv amat sedikit program ilmiah untuk mendidik ummah. Di peringkat kariah masjid tidak diimarahkan dengan kuliah pengajian dan program keagamaan.

    ibubapa pula terlalu materialistik, sebok berpanjangan. Anak-anak terabai kasih sayang. Banyak pelajar di peringkat menengah belum khatam al-Quran dan terdapat juga pelajar menengah perempuan tidak ambil berat soal mengangkat hadas apabila mereka kedatangan haid.

    Gejala inilah yang membawa kepada emosi membenci agama kononnya agama menyekat kebebasan. Akhirnya benci pada agama ini diterjemahkan dalam bentuk tindakkan kejam sanggup menikam isteri hanya kerana si isteri suruh mengerjakan solat.

    KUALA LUMPUR: Berang kerana permintaannya tidak dipenuhi, seorang lelaki bertindak nekad menetak bapa kandungnya berusia lewat 40-an menggunakan kapak sehingga menyebabkan mangsa parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Klang Gate Baru, di sini, Jumaat lalu.

    Difahamkan, suspek berusia lewat 20-an itu pulang ke rumah dalam keadaan marah sebelum dilaporkan hilang kawalan selepas ahli keluarganya enggan memberikan wang kepadanya.
    Dalam kejadian amuk kira-kira jam 11 pagi itu, adik lelaki suspek berusia 17 tahun yang cuba menenangkan abangnya itu turut cedera ketika bergelut untuk merampas senjata digunakannya.

    Menurut sumber, semuanya bermula apabila suspek pulang ke rumah sebelum menjerit-jerit meminta wang.

    “Pada mulanya ahli keluarga suspek hanya mendiamkan diri sebelum suspek mengambil kapak dari dalam stor di rumah dan mengugut untuk mencederakan bapa dan adik perempuannya berusia 20-an.

    “Tersentak dengan itu, bapa suspek mendakwa tiada wang menyebabkan suspek bertindak memecahkan barangan dalam rumah berkenaan,” katanya.

    Manusia setengah Tuhan akhirnya meninggal dunia

    New Delhi – Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa magik.

    Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.


    Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.

    Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.

    Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.

    Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.

    Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini hangat di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.

    Mimpi Neraka...

    Pada zaman Rasulullah saw, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepada baginda Rasulullah. Suatu malam seorang sahabat Nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca Al-quran sampai keletihan. Setelah lama membaca al-Quran, dia berasa mengantuk dan ingin tidur.

    Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwuduk, kemudian barulah merebahkan badan kemudian berdoa,

    “Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu. Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati.”

    Demikianlah, Rasulullah saw mengajarnya dengan cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun, malaikat masih mencatatnya sebagai seorang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, roh orang yang tidur akan mendapat hikmah dan siraman doa para malaikat.

    Dengan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa-apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka.

    Dalam mimpinya itu, neraka itu bagaikan perigi yang menyalakan api berkobar-kobar. Luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang pernah dikenalinya. Merak dipanggang dan menanggung seksa yang tiada bandingan pedihnya.

    Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu,, Adullah bin Umar berdoa,

    “A’uzubillahi minannaar! Aku berlindung kepada Allah dari api neraka!”

    Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, “ Kau belum terselamat dari api neraka!”

    Pagi harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingatkan mimpi yang dialaminya. Lalu dia pergi ke rumah Hafshah binti Umar, isteri Rasulullah saw. Dia menceritakan tentang mimpinya itu dengan hati yang cemas. Setelah itu, Hafshah menemui baginda Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu kepada beliau.

    Ketika itu juga baginda bersabda. “ sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar jika dia hendak melakukan solat malam!”

    Mendengar sabda Nabi itu, Hafshah bergembira. Dia terus menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata “ Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu bersolat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terselamat dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin selamat dari api neraka, dirikanlah solat tahajud setiap malam. Jangan engkau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu dimana Allah swt memanggil-manggil hamba-Nya; waktu ketika Allah swt mendengar doa hamba-Nya.”

    Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud sehingga ke akhir hayatnya. Bahkan seringkali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis dihadapan Allah swt. Setiap kali mengingati mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan dari api neraka. Apalagi jika dia juga ingat sabda baginda:

    “ Sesungguhnya, penghuni neraka yang paling ringan seksanya pada hari kiamat adalah seorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia berasa tidak ada orang lain yang lebih berat seksanya daripada dia. Padahal sesungguhnya seksa yang dia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka.”

    http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/04/tujuh2brombongan2biblis2blaknatullah2bdatang2bmenganggu2bketika2bsakaratul2bmaut.png?w=308&h=231

    Syaitan & Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tatapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

    Rombongan 1

    Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

    Rombongan 2

    Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

    Rombongan 3

    Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

    Rombongan 4

    Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

    Rombongan 5

    Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

    Rombongan 6

    Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama’-ulama’ yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

    Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama’ berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

    Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

    Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

    Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.

    Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

    Rombongan 7

    Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

    Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

    Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

    Jumaat, 22 April 2011

    Aikk...main syarat-syarat pulak dah....

    Seorang ajk masjid mengadu pada saya. Beliau diberi amanah sebagai ketua biro dakwah dan pendidikan di sebuah masjid yang agak aktif di Taiping. "Ustaz...susah juga nak dapatkan penceramah yang glamor yang selalu keluar kat tv" Saya tanya balik 'susah lagu mana?'"Ada yang demand ustaz...seorang tu kalau baca buku dia cukup hebat,ceramah dia pun ok, tapi bila saya hubungi untuk jemput dia ceramah di masjid saya dia letak syarat.... nak panggil dia kena kumpulkan ahli jamaah tiap-tiap mesjid di Taiping di suatu masjid baru dia boleh datang untuk beri ceramah. Saya nak buat ceramah untuk ahli kariah saya kalau nak panggil semua kariah banyaklah kerja saya" Itulah keluhan yg saya dengar sendiri
    Saya terfikir balik, nak dakwah ni kena ada syarat-syarat ke..? Rasanya tidak. Jangan jadikan dakwah kita nie seperti dunia artis. Artis nak dipanggil buat persembahan siap letak harga. Ada ustaz/zah glamor siap minta wang bayaran pendahuluan 400 ringgit masuk dalam akaun,buat tempahan hotel mungkin nak jaga standart selaku penceramah agama di tv.

    Seorang pegawai kerajaan yang nak buat majlis maulidul Rasul ditempatnya terpaksa menahan telinga bila ustaz glamor datang orang belum datang penuh, dan majlis agak terlewat sedikit bermula. Ustaz tu asyik mengomel dan mengeluh tak tentu pasal. Dia mintak saya tempah bilik Hotel Sri Malaysia saya pun tempah untuk dia sehari semalam...mungkin dia nak beristirehat. Rupanya bukan dia nak rehat cuma untuk salin pakaian lepas tu dia serah kunci habis ceramah dia terus balik. Rasa geram jugak tapi nak buat macam mana, lepas nie tobat saya tak panggil lagi"

    Entahlah, kadangkala bila saya menonton rancangan bual agama di Tv saya dapat rasakan roh ilmu yang disampaikan agak kurang terkesan dihati, meskipun penceramahnya petah bercakap,ada idea yang bernas namun ia hanya sedap ditelinga tetapi tidak meresap di hati. Peringkat awal penampilan agak baik tetapi lama kelamaan saya tengok macam artis pulak. Bergincu merah, pakaian muslimah tetapi berfesyen, beropol-ropol,berbling-bling, warna pulak cerah-cerah dan terang tak taulah mungkin ini kehendak penerbit kut.

    Akhir zaman, banyak orang sanggup jadikan agama demi kepentingan dunia yang sedikit. Saya selalu sebut pada sahabat seperjuangan..jaga nawaitu...jaga nawaitu.Jangan persoalkan berapa bayaran yg diterima. kadangkala duit minyak kereta pun tak lepas. Fokus pada dakwah kerana itu amal jariah kita. Matinya kita bermakna ilmu yg kita tinggalkan itu berjalan, selagi mana ada orang yang beramal dengannya selagi itu ada pahala untuk kita. memang kadangkala tak berbaloi dengan penat letih kita menelaah kitab, memerah otak nak cari idea, tidur tak cukup. Bagi saya apa juga pekerjaan buatlah ikut kemampuan tak jadi ustaz glamor pun tak paa

    Khamis, 21 April 2011

    Manusia dan Helang ...tersirat disebalik tersurat

    Sungai balik muda tetapi manusia tidak akan balik muda sebaliknya banyak berlaku orang tua yang berperangai muda.Apabila seseorang itu mencecah usia 40han itulah ujian paling getir dalam kehidupannya.(Rujuk hadis 40 hadis penawar bagi hati - bab berhati-hati dengan usia 40)

    Mungkin kita tidak menyedari bahawa helang sewah mempunyai masaalah yang besar apabila usianya mencecah 40 tahun. Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.

    Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.

    Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.

    Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!

    Begitu juga dengan manusia. Setelah usia kita mencecah 40 tahun, sewajarnya kita meninggalkan tabiat lama yang buruk. Kita sepatutnya mula berjinak dengan masjid dan pengajian ilmu. Kalau dulu kita suka dedah aurat,calor rambut pakai make up, merah kuning hijau (macam traffik ligh...aku tengok) tinggalkan habit ini. Berubah lah sebelum terlambat.

    Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses transformasi. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku buruk agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

    Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri .Jangan biarkan masa lalu melumpuhkan kita dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah! Berubah untuk mendapatkan redha Allah



    Sudah Dikubur 40 Hari Iksan Pulang ke Rumah

    Keluarga Mat Iksan (76) kaget bukan kepalang. Di saat sibuk mempersiapkan tahlilal 40 hari, Mat Iksan yang diyakini keluarga telah meninggal dunia malah pulang ke rumah.

    Pada Rabu (20/4/2011) pagi Kliwon, salah seorang kerabat Mat Iksan, mendatangi rumah kerabatnya itu. Dia mengaku telah bertemu Iksan yang diketahui warga sudah meninggal dunia karena diduga bunuh diri di kawasan Gunung Klotok, Kota Kediri, Jawa Timur.

    Tidak mempercayai apa yang dikatakan Kliwon, keluarga yang tinggal di Boto Lengket, Kelurahan Bujel, Kecamatan Mojoroto, Kota Kediri langsung menjemput Mat Iksan dengan menggunakan sepeda motor.

    “Waktu ketemu, Pak Dhe itu sama mbah Kliwon suruh nunggu di warung, akhirnya orang-orang menjemput pak Dhe di warung itu,” ungkap Sukemi, Keponakan Mat Ikhsan.

    Sukemi sempat terkejut melihat Mat Iksan dalam kondisi sehat. Pasalnya, Sukemi meyakini bahwa Mat Iksan memiliki ciri-ciri yang sama dengan mayat yang ditemukan di Klotok waktu itu.

    “Waktu itu kan wajahnya sudah rusak, jadi kami melihat cirinya yaitu telunjuk kaki kiri lebih pendek dibanding jari lainnya,” ungkap Sukemi.

    Karena pihak kelurga sangat meyakini bahwa ciri-ciri tersebut dimiliki Mat Iksan. Akhirnya keluarga menerima mayat tersebut, dan melakukan penguburan di pemakaman umum Wonosari desa setempat.

    Mat Iksan sendiri menyatakan bahwa selama ini dirinya sengaja pergi dari rumah. “Iya tidak kuat menghadapi hidup, anak saya mentalnya terbelakang, saya sengaja pergi dari rumah,” ungkapnya.

    Mat Iksan mengaku, selama ini dirinya tinggal di proyek bangunan gedung di Keluraha Pocanan. Kedatangan Mat Iksan yang jasadnya telah ditemukan pada tanggal 25 maret lalu memaksa pihak kepolisian angkat bicara.

    Saat itu dalam outopsi yang dilaksanakan oleh RS Bhayangkara menyatakan bahwa mayat yang wajahnya telah rusak tersebut adalah Mat Ikhsan. Mat Ihksan telah dinyatakan menghilang pada 19 Maret lalu, dan ditemukan gantung diri dengan kondisi yang sudah membusuk.

    Kisah wanita tua zaman Nabi, berulang di Amerika Syarikat

    Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

    Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

    Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.

    Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

    Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.

    Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.

    Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

    Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

    Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.

    Rabu, 20 April 2011

    Persis air sungai yang mengalir...

    Sesekali aku merenung air terjun dari puncak bukit. Ia terus mengalir ke muara. Deruannya ada ketikanya amat kuat kedengaran. Indah dan damainya hati merenung kejadian Allah yang maha hebat. Burung-burung beterbangan ke sana kemari di atas permukaan air dan sering kali aku tertanya-tanya apa yg ada di benak fikiran burung-burung itu. Mungkin tidak ada apa yg difikirkan hanya terbang dan mencari makanan untuk meneruskan kehidupan.

    kehidupan manusia persis seperti air terjun. Air yang tidak pernah berhenti dari mengalir. Meskipun ada pepohon yang tumbang dan batu besar yang menghalang ia akan tetapi mengalir tanpa boleh disekat-sekat. Tegasnya ia sesekali tidak kenal putus asa.Begitu juga dengan manusia...jangan mudah berputus asa dengan apa juga ujian dari Allah. Hadapi dengan tabah..bulatkan hati dan jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah

    Air terjun kemudian mengalir ke sungai tidak pernah berbalik arah. Tidak seperti air laut ada pasang surutnya. Begitulah dengan kehidupan kita. Berjalan dan terus berjalan ke hadapan. jangan mundur dalam perjuangan. Genggam bara api biar terus jadi arang, membujur lalu melintang patah.Mehnah pasti datang, iman kita akan tetap diuji. pokok pangkalnya adakah kita mampu menjadi air sungai yang terus mengalir hingga bercantum di muara lautan.

    Lupa...pelupa...terlupa...dilupai


    Mudah lupa. Tak ingat mana letak dompet,kunci kereta dan macam-macam lagi. Kadangkala boleh bergaduh suami isteri kerana penyakit lupa. Isteri suruh beli ikan gelama bengkok yang si suami pi beli senduk...mana isteri tak hot. Saya petik dari blog Cina Islam sebab musabab yang munasabah kenapa seseorang itu pelupa

    Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

    1. Kadar gula darah tinggi

    Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

    Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

    2. Kurang berehat

    Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

    Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

    3. Berdengkur

    Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

    Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

    Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

    4. Metabolisme menurun

    Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

    5. Usia lebih dari 65 tahun

    Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

    6. Mengalami depresi

    Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

    Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

    7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

    Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

    8. Terlalu banyak mengambil ubat

    Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.