Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 1 April 2011

Jangan Jadi Bangang...


Minyak ron 97 naik lagi 20sen. Biasalah tu ustaz, kalau marah sangat minyak naik tok sah lah pakai motor kereta...naik basikal sudah laa..." Awat la bangang sangat dok pikiak lagu tu. Motor kereta satu keperluan. Kita nak ziarah adik beradik nun jauk 40 kilometer tak kan nak kayuh basikal kut.Lagi pun naik minyak berarti harga barang akan turut naik. Cerdiklah sikit.

Lagi satu, bila bukak cerita tentang saman ekor. Fulamak bukan main lagi membela undang-undang. "Tu la hangpa dah tau tak boleh laju yang pi pedeghaih pasai apa? Padan muka kena saman. Negara ada undang-undang jangan dok buat undang-undang sendiri" Panaih betoi hati bila dengak cakap lagu nie.

Bukan soal tak patuh undang-undang tapi undang-undang tu zalim, melampau dan buat naya kat oghang. Kita bagi pinjam kat orang kena saman.. kita yang kena bayar, sebab kereta nama kita. Kejadian tu berlaku nun 3 ..4 tahun lepaih kita pun dah tak ingat sapa yang bawak kereta kita.Orang pakai nombur plet kita untuk lumba haram, chek-chek nama kita naik tak bayar saman tak boleh peghidup road tax.

Di Eropah dan di China negara maju tak dak saman ekor. Depa ligan kereta yg bawak laju..saman secara gentleman sebut kesalahan dan baca undang-undang kalau nak lawan balik atau nak bela diri. Baru betoi kita bayar saman pun puas hati.
Kalau kata laa nie...banyak orang kita otak bangang hangpa marah..apalah ustaz nie mulut capoi sungguh.Mulut tak dak insuren lah...tah hapa-hapa lagi.

Lagi satu ...harga ayam dah naik melambung, tok sah makan ayam. Anak-anak kita tak nak makan kalau takdak lauk ayam. Sekali-sekala kena beli jugak. Tak pa lah ustaz.. kami dulu lagi susah dok makan ubi kayu je. Bukan senang nak urus ekonomi negara..?Inilah ayat yang selalu digunakan terutama golongan tua-tua.

Tak taulah bilakah minda kita nak jadi cerdik. Bila kita tanya siapa yang lebih tinggi kedudukannya. Ketua jabatan dengan wakil ketua jabatan. Tentulah jawapannya ketua jabatan.
Guru besar dan wakil guru besar, raja dengan wakil raja...Tapi bila sampai pada rakyat mana lebih tinggi kedudukannya yang sepatutnya dihormati, pandangannya didengari antara rakyat dan wakil rakyat???
hangpa jawablah sendiri. Aku nak pi tidok....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan