Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 5 April 2011

Caj Rawatan Paling Mahal Di dunia...

Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Banyak mana sekalipun wang yg dilaburkan untuk mengubati penyakit namun ia tetap tidak mampu menghalang dari datangnya ajal yg menjemput seseorang. Dr Susan Lim seorang pakar bedah Singapura mungkin menjadi seorang dokter yang terkaya dalam masa yang singkat namun hakikatnya ia juga gagal menyelamatkan nyawa seseorang. di beritakan bahawa caj rawatan yang dikenakan adalah caj yang paling mahal di dunia
Pada tahun 2001 beliau telah didatangi oleh keluarga diraja Brunei untuk mendapatkan rawatan ke atas Pengiran Anak Hajah Damit, adik bongsu kepada isteri Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha. Pengiran Anak Hajah Damit menghidapi sakit kanser payu dara tahap empat. Setelah beberapa tahun merawatnya, pada tahun 2004 Dr Susan Lim telah dilantik menjadi pakar rujuk utama dalam semua rawatan ke atas Pengiran Anak Hajah Damit.
Berdasarkan dokumen mahkamah, bil yang dicajkan ke atas Pengiran Anak Hajah Damit sehingga tahun 2006 adalah berjumlah S$12 juta. Ia dibayar tanpa banyak soal.
Pada tahun 2007, apabila Pengiran Anak Hajah Damit semakin tenat, Dr Susan telah memberikan perhatian khas kepadanya selama enam bulan sehinggalah pesakitnya itu meninggal dunia pada Ogos tahun yang sama. Bil yang dicaj oleh Dr Susan ke atas keluarga kerabat diraja Brunei itu untuk tempoh rawatan selama 153 hari sepanjang tahun 2007 adalah sekitar S$24.8 juta (RM59.5 juta). Dr Susan khabarnya telah mengenakan caj sedemikian tinggi kerana seluruh kehidupan kerjayanya telah didedikasikan untuk merawat Pengiran Anak Hajah Damit
Dr Susan bagaimanapun memberi diskaun hampir separuh daripada jumlah asal bil tetapi kerajaan Brunei merasakan caj tersebut masih terlalu tinggi lalu mereka menulis surat rasmi kepada Menteri Kesihatan Singapura meminta diskaun untuk kali kedua.
Pengarah Perkhidmatan Perubatan Singapura, Profesor K. Satku yang terkejut dengan jumlah bil yang tersangat tinggi itu kemudiannya telah mengarahkan serbuan dilakukan ke atas klinik Dr Susan dan dokumen perubatan para pesakitnya digeledah dan diperiksa. Kesemuanya sebanyak lima kali serbuan dilakukan atas arahan Satku. Satku kemudiannya telah membuat aduan rasmi kepada Majlis Perubatan Singapura iaitu badan yang mengawal selia profesion perubatan di republik itu.
Ekoran daripada itu, Majlis Perubatan Singapura telah memulakan prosiding siasatan ke atas Dr Susan dan pusat perubatannya. Dan di sinilah isu mengenai caj yang terlalu tinggi ini mendapat perhatian ramai kerana Dr Susan sendiri telah mencabar tindakan siasatan yang dijalankan oleh majlis berkenaan ke atas klinik dan dirinya. Salah satu perkara yang dipertikaikan ialah Profesor K. Satku juga adalah pendaftar Majlis Perubatan Singapura dan oleh yang demikian, peguam Dr Susan mempersoalkan tindakan berat sebelah di dalam proses prosiding kerana orang yang mengarahkan siasatan dilakukan adalah juga orang yang menduduki kerusi penting dalam majlis perubatan itu.
Dalam perbicaraan yang berlangsung pada bulan Mac baru-baru ini, para peguam Dr Susan berhujah, antara lain bahawa caj yang tinggi yang dikenakan oleh anak guam mereka ke atas pesakitnya itu adalah atas persetujuan bersama yang dicapai di antara kedua-dua belah pihak. Cajnya ialah antara S$100,000 hingga S$200,000 sehari.
Sebaliknya mereka menuduh Prof K. Satku, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan yang juga pendaftar Majlis Perubatan Singapura sebagai pihak yang menghasut Kerajaan Brunei supaya membuat aduan kepada Kerajaan Singapura di atas bil yang tinggi itu dan menggunakan peluang itu untuk menyerbu klinik Dr Susan dan terlibat memilih anggota panel jawatankuasa siasatan.
Kesimpulannya, Dr Susan mahu mahkamah menghalang Majlis Perubatan Singapura daripada meneruskan pembentukan jawatankuasa siasatan kedua bagi menentukan sama ada dia telah mengenakan caj yang berlebihan atau keterlaluan ke atas pesakitnya iaitu ahli keluarga diraja Brunei. Kes ini masih jauh dari menemui jalan penyelesaian. Malah pertanyaan yang perlu dijawab ialah apakah patut wujud had siling kepada apa yang boleh dicajkan oleh seorang doktor ke atas pesakitnya? Ke tahap yang bagaimanakah perubatan akan bertukar menjadi satu bisnes yang lumayan. Yang pasti hanya satu - walau sebanyak mana sekali pun wang yang dilaburkan, ia masih tidak mampu membeli nyawa sebagaimana yang terbukti dalam kes ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan