Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 27 April 2011

Tangisan Seorang Perompak...

Saya teringat suatu kisah bagaimana seorang lelaki Yahudi Madinah yang amat susah hidupnya. Ditakdirkan matanya buta hidupnya merempat ke sana kemari memohon belas ihsan dari orang ramai. namun begitu mulutnya amat celupar menghina Rasulullah saw.

Setiap hari Rasulullah saw mendatangi si yahudi ini dan menyantuninya dengan lemah lembut,menyentuhnya serta memberikan makanan.Setelah Nabi wafat usaha Rasulullah diteruskan oleh Abu Bakar. Lelaki yahudi merasai satu kelainan berbanding dengan layanan yang terdahulu. Dalam waktu yang sama bibirnya terus menerus menyeranah Rasulullah. Lantas Abu Bakar menjelaskan bahawa lelaki yang melayannya dengan kelembutan dan memberi makanan adalah Muhamad Rasulullah yang amat kamu benci dan kamu cerca setiap hari. Inilah akhlak mulia Rasulullah saw. Akhirnya lelaki Yahudi yg buta itu memeluk Islam.

Akhlak mulia inilah yang menjadai ikutan seorang lelaki yg bernama Mohammad Sohail yang kini menjadi sebutan dan mendapat liputan meluas di dada-dada akbar di Amerika Syarikat. Kisahnya bermula apabila kedainya Shirley Express New York dirompak pada Mei 2011

Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang. Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.
Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut
Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan