Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 4 April 2011

Bayangan Akhir Zaman Semakin Nyata

Sedar atau tidak sebenarnya kita sudah menghampiri dunia akhir zaman. orang yang jahat semakin ramai dan yang berhati mulia semakin berkurangan. Pemimpin fasik dihormati dan orang alim terus menjadi mangsa fitnah. Allah akan menghancurkan sesebuah negeri itu apabila terlalu banyak kefasikkan, orang yang kaya dan berkuasa semakin angkuh dan sombong dan golongan miskin semakin bergantung kepada manusia bukan lagi kepada Allah. Lalu mereka sanggup diperalatkan oleh orang yang kaya dan berkuasa ini hanya kerana ingin terus hidup mengecapi nikmat dunia yang sedikit.

Kejadian gempa semakin kerap, ribut taufan sering berlaku... angka korban terus meningkat. Kenapa ini berlaku...?"Antara tanda-tanda dunia akhir zaman ialah ... manusia akan mati beramai-ramai, ini semua orang tahu, sekali mati tiga empat ratus orang, sekali mati seribu dua ribu orang dan paling baru lebih dua puloh ribu orang mati di Jepun.

Manusia akan berebut-rebut membina banggunan yang tinggi-tinggi yang mencakar langit, ini pun orang semua tahu.
Orang susah, orang miskin akan jadi kaya-raya dengan tiba-tiba. Yang ini orang tak tahu sebab hanya dua tiga kerat orang saja yang perasan akan elemen-elemen dunia akhir zaman ini bila seorang tukang sapu jalan majlis perbandaran Pulau Pinang ini tiba-tiba jadi jutawan bila terserempak dengan seorang saudagar dari negara China yang bertanyakan satu kawasan tanah kosong berbukit di kawasan Batu Feringghi milik siapa.

Dan dengan sedikit usaha dan berpenglaman sebagai 'broker angin', si tukang sapu ini telah berjaya menjejak tuan punya tanah ini, selepas dua tiga minggu maka berlakulah urusan jual beli tanah berbukit ini, komisyen yang telah berjaya diperolehi oleh si tukang sapu ini selaku 'broker' adalah sebanyak 1 juta ringgit dan dengan sekelip mata sahaja dia telah menjadi 'one night millionaire'.

Maka disini lah kebenaran seperti yang di dalam Al'Quran, orang miskin,orang susah tiba-tiba menjadi kaya raya.
Semua ini telah berlaku di hadapan mata kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan