Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 8 April 2011

Hati-hati bila menguap

Kita menguap kerana letih. Kita juga akan menguap jika terlalu mengantuk. Di dalam Islam terdapat beberapa hadis yang menyentuh tentang menguap di dalam Islam antaranya;

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan ‘Yarhamukallah!’.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

dI Negara China umpamanya sesiapa yuang menguap di kalangan anggota tentera akan dihukum. Photo di bawah ini menceritakan segalanya... dahsyat betul.

Seorang pelajar yang sedang berada di kelasnya rasa mengantuk dan menguap. Oleh kerana terlalu power sangat nguapannya, mulutnya tidak dapat ditutup semula akibat jem tersangkut rahang.

Mulanya dia cuba menutupnya sendiri tapi tak dapat. Dia memberikan isyarat pada kawannya yang cuba membantunya, namun cubaan kawannya tersebut hanya menyakitkan lagi mulut serta rahangnya.

Akhirnya mereka terpaksa memberitahu guru yang bertugas yang kemudiannya membawa pelajar menemui jururawat sekolah. Jururawat juga gagal menutup semula mulut pelajar tersebut. Dia kemudiannya terpaksa di bawa ke hospital menemui doktor.



Semasa menunggu doktor pelajar wakita itu terpaksa menutup bahagian mulutnya akibat malu. Secara keseluruhannya dia berada dalam keadaan ternganga selama 5 jam.

Memang power punya menguap. Mungkin pecah rekod dunia. Agaknya pelajaran apa yang sedang diajarkan guru ketika itu. Tentu guru tersebut sungguh membosankan cara mengajarnya.

Berhati-hati jika anda menguap, ikutlah sunah dengan menutup mulut anda yang terdedah dengan tangan. Control sedikit mulut itu dengan tangan anda agar tak over-terbuka.

Tahu macam mana doktor buat untuk kasi mulut tutup semula?, doktor buka dengan lebih luar mulut tu perlahan-lahan sampai rahang betul semula pada kedudukannya. Begitulah cara nak betulkan rahang yang tergelincir dari tracknya. Kalau jadi kat anda esok tahulah macam mana nak selesaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan