Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 9 April 2011

Ibu Tumpang? Mengarut Sungguh...


Seusai satu kuliah aku ditanya mengenai hukum ibu tumpang. Aku dok ingat ibu tumpang tu ibu angkat, atau menumpang kasih pada ibu orang lain. Rupa-rupanya seorang wanita mengambil upah m,engandungkan anak orang lain

Istilah ibu tumpangan ini dalam bahasa inggeris kita panggil "surrogacy". Ada berbagai cara untuk mempraktikkannya.
  1. Ambil sperma lelaki yang telah dibekukan dan kahwinkan dengan ovari wanita yang bakal menjadi ibu upah mengandung. Ini dibuat kalau pasangan perempuan tidak subur atau ada masalah lain yang membuatkan dia tidak boleh mengandung.
  2. Memindahkan "embryo" pada 'uterus' ibu upah mengandung. Ini dibuat kalau kedua pasangan yang inginkan anak subur tapi tak mahu lalui pengalaman mengandung.
Fatwa dari majlis agama dalam hal surrogasi ini adalah jelas HARAM, tidak ada pertikaian lagi. Banyak komplikasi hukum jika dilakukan juga.

Negara yang mengamalkannya di barat juga masih kabur tentang implikasi legal bagi pengamal surrogasi ini. Banyak kes yang bercelaru apabila ibu yang diupah enggan menyerahkan anak yang dilahirkannya pada pengupah.

Mungkin lepas ini, manusia akan beralih pada monyet untuk dijadikan ibu upahan mengandung zuriat mereka, maka jadilah manusia separa monyet bertebaran di bumi, atau jadi tarzan di hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan