Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Hukum guna biji tasbih dalam berzikir...betulkah haram??

Satu lagi sms masuk dalam handphone saya mengenai hukum menggunakan biji tasbih dalam berzikir. Terdapat pro dan kontra di kalangan umat Islam. Rasanya masing-masing ada pendapat. Yang kata tak boleh tu mungkin mereka berpegang kepada hadis Dari Yusairah, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan bertaqdis. Dan hitunglah ia menggunakan jari-jari kerana jari-jari itu akan disoal dan diizinkan bertutur."
Hadis riwayat At Tarmizi
Dari Abdullah bin Amr,
"Aku melihat Rasulullah s.a.w menghitung tasbih dengan tangan kanannya"
Hadis riwayat Abu Daud

Kalau dirujuk kepada dirayah hadis ini kedudukannya adalah hadis dhoif yang boleh diamalkan tetapi tak boleh dijadikan hujjah. Makanya apabila diperhujjahkan atau difatwakan  ianya akan menjadi masaalah yang lebih besar kepada umat Islam iaitu pertelingkahan yang boleh membawa kepada perpecahan ummat

Sejarah terawal penggunaan biji tasbih untuk berzikir adalah pada tahun 800M iaitu selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Selain itu, yang turut menjadi isu adalah agama lain juga menggunakan biji tasbih. Dalam agama Hindu ia dipanggil "mala" yang bermakna kalungan manakala dalam agama Budha ia dipanggil "chu". Ada yang mengatakan penggunaan biji tasbih ini berasal dari agama lain (boleh cuba pastikan dengan merujuk kitab al Subhah Tarikhuha wa Hukmuha karangan Al Sheikh Bakr Abu Zayd).

Oleh kerana perkara ini merupakan khilaf dalam tatacara beribadah kecuali kita berniat bertashabuh (menyamai) agama lain hukumnya adalah haram. Tetapi sekiranya kita hanya berniat memudahkan kita membuat pengiraan kalimah zikir dan kita selesa dengannya tidaklah menjadi kesalahan. Sepanjang saya berada di makkah dan Madinah seluruh umat Islam di dunia berkumpul tidak lekang dari tangan mereka biji tasbih kenapa tidak ada ulama dan cerdik pandai Islam  di negara umat Islam ini melarangnya...?Terpulang pada diri masing-masing nak guna tangan pun boleh ...(berdasarkan amalan Rasulullah saw yg dilihat oleh para sahabat. Atau nak guna biji tasbih tetapi digerakkan oleh tangan juga (mana ada orang gerakkan biji tasbih dengan kaki) 

So.. kadangkala kita terlalu lurus dengan sesuatu  sunnah hingga kita melihat orang itu, orang ini tak betul. Saya pernah ditegur oleh seseorang yang mengikuti satu jamaah dakwah yang kununnya amat berpegang dengan amalan sunnah. Katanya..."Ustaz pun pakai dompet (orang utara kata kopek) tak ikut sunnah tu..kita kena pakai uncang" Saya kata "Laa ni hang tok sah naik kereta hang kena naik unta je...yang hang naik kereta tu pasai apa? Rasulullah tak naik kereta" Fahamlah sikit... ada sunnah yang sunat, ada sunnah yang harus dan ada sunnah yang wajib" Menegakkan Islam tu sunnah yang WAJIB kenapa kita tak memperjuangkannya? Itu yang lebih penting dari kita bertelingkah soal qunut tak qunut..bilangan solat tarawih dan termasuklah yang ini ...guna bijik tasbih
Wallahuaklam...terikasih di atas pengirim sms dengan isu ini

Khamis, 30 Ogos 2012

Ya Allah kerdilnya aku pada sisiMu.Aku tak mampu nak menjadi khairul ummah...


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

Ramadhan telah berlalu. Sebahagian umat Islam kembali seperti dulu-dulu. Lalai leka sehingga masjid surau menjadi sepi spt tidak berpenunggu. Kalau ada pun hanya imam bilal siak dan beberapa ahli kariah yang masih ada iman di kalbu...

Entahlah...kadang kala hati selalu berkata-kata. Tak berkesankah dakwah dan tazkirahku pada mereka? Saban malam memerah idea mengumpul bahan ilmu  untuk menjinakkan hati manusia dengan ilmu dari Allah yang maha Kaya.

Akhirnya aku pasrah. Rasulullah tidak mampu menjinakkan hati Abu Talib bapa saudaranya yang dikasihi. Bagitu juga Asiah tidak mampu untuk mencampakkan walaupun sedikit iman dalam hati suaminya Firaun. 

Kembara dakwah akan terus berkelana hingga ke hujung dunia. Kafilah dakwah akan sentiasa terbeban dengan jerit pekik manusia yang berada di kiri kanan. Perjalanan terlalu tajam. Onak duri ada kalanya menghiris kaki. Anjing-anjing jahiliah akan menyalak tanpa henti, namun kafilah dakwah  akan terus berlalu sehingga akhirnya  bertemu Yang Maha Pencipta dan pastinya kafilah tidak akan ditanya...adakah kamu berjaya? Adakah kamu menang? Berapa ramai pengikutmu? Besar mana pengaruhmu..?

Tetapi yang pasti akan  ditanya Usia muda dimana kamu habiskan. Ilmumu dimana kamu menafaatkan. Kesihatan mu di mana kamu gunakan dan hartamu di mana kamu belanjakan?

Qaza adalah makruh bagi lelaki...


hukum cukur rambut
Qaza’
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai QAZA’. 


Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. 

Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmuk, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Tanda akhir zaman. Orang jahat dibela..yang baik dizalimi..undang-undang buat suka hati



Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Chew - Dua Perogol kanak-kanak
bawah Umur - di
bebaskan daripada hukuman mandatori penjara



Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal. 

Dan sekali lagi gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian..... perhatikan wajah dua lelaki durjana perosak masa depan gadis ini baik-baik. Ada sesiapa yang nak buat jadi suami? Makcik-makcik ada yang berkenan nak buat menantu lelaki seperti ini?

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak dan mereka yang disabitkan dengan jenayah mandatori dikenakan hukuman bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

Ini menyebabkan bapa gadis 12 tahun yang dirogol oleh juruteknik Chuah Guan Jiu tidak berpuas hati kerana perogol anak gadisnya yang didapati bersalah itu hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Kalau ikut undang-undang jenayah rogol bawah umur  sepatutnya paling minima kena 5 tahun penjara dan sebatan!


Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata , "Mahkamah mengambil kira bahawa Chuah masih muda dan merupakan kesalahannya yang pertama.Kami juga mengambil kira hubungan seks tersebut atas kerelaan dan dia seorang pelajar yang tercicir dan demi masa depannya."

Beliau berkata, Chuah, 22, telah memusnahkan masa depan anaknya yang masih kanak-kanak tetapi mahkamah tidak mengambil kira apabila mengenakan hukuman.

“Sebaliknya, mahkamah hanya mementingkan masa depan perogol itu dan dia kini bebas mencari mangsa gadis muda yang lain, " katanya.

Sebelum ini, bekas pemain bowling kebangsaan , Noor Afizal Azizan disabitkan kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun juga telah dibebasklan dengan ikat jamin RM25, 000 untuk kelakuan baik.

Mahkamah lebih bersimpati kepada pesalah laku dan bukan mangsa yang telah dimusnahkan masa depannya.

Rabu, 29 Ogos 2012

Mengapa leggings juga yang dipilih??


"Ustaz bolehkah saya pakai leggings" Satu SMS saya terima dari seorang hamba Allah. Confius jugak saya dibuatnya kerana saya sendiripun tak tau apa itu pakaian leggings. Rupa-rupanya bila diselidiki ia merupakan pakaian ketat yang melekat dikulit. Kebanyakkan artis suka memakainya. Begitu juga remaja perempuan mereka merasa amat santai dengan pakaian sebegini.

Teringin sangat nak pakai...dalam Islam tak dak masaalah. Tapi syaratnya..

  1. Semasa bersama suami di bilik tidur 
  2. Semasa berada di dalam rumah atau bilik sendiri.
  3. Semasa tidur di bilik (sebagai seluar tidur)
  4. Semasa naik motosikal (diharuskan bagi wanita yang pakai kain, melindungi dari ternampak betis)
  5. Semasa kelas senamrobik yang disertai wanita sahaja ( tiada lelaki )
  6. Semasa di kolam renang sesama wanita sahaja ( tiada lelaki )
  7. Sebagai alternatif 'kain dalam' (mengelakkan ternampak betis ketika pergerakan agresif)
Yang paling penting ialah..
BERDOSA jika jadikan leggings nipis dan ketat sebagai SELUAR UTAMA atau  PAKAIAN KASUAL  dan ditayang di khalayak ramai.

1 September ini..bulan akan bertukar biru..saksikan


Firman Allah yang bermaksud 'Dalam penciptaan langit dan bumi dan proses bergantinya siang dan malam adalah tanda-tanda kebesaran Allah bagi merka yang berfikir'

Fenomena alam bakal terjadi di akhir minggu ini pada hari Sabtu (1/9). Kali ini adalah perubahan warna bulan menjadi biru atau disebut Blue Moon.

1 September ini bulan akan diselimuti banyak debu angkasa, saat itu bulan akan kelihatan berwana biru jika dilihat dari bumi. Tidak hanya berwarna biru sahaja, bulan juga dijangka akan keluar sepenuhnya atau lebih jelas lagi dipanggil bulan purnama penuh..

Jika anda tidak berkesempatan menatapnya pada malam tarikh tersebut anda juga mungkin berkesempatan lagi untuk melihat 'blue moon' pada tanggal Julai 2015 akan datang itupun jika ada umur panjang.

Hargailah selagi ia masih ada....


Kita belajar dari pengalaman. Dari situ kita mengambil banyak iktibar. Jauh perjalanan luas pengalaman dan banyak pergaulan kita akan semakin memahami pelbagai telatah manusia di dunia yang fana ini.

Saban tahun sebelum menjelang syawal aku terpanggil untuk meninjau insan yang terpinggir, hidup melarat dengan kemiskinan dan kedhoifan hidup. Meskipun sumbangan boleh disalurkan selepas raya namun lebih berarti lagi sekirannya bantuan dihulurkan sebelum hari raya agar dapat memberi sedikit kegembiraan pada hati mereka.

Ketika aku sampai ke sebuah rumah dengan beberapa orang  sahabat kelihatan seorang ibu tua duduk di atas pangkin di halaman rumah. Tangannya memegang penyapu. Wajah kelihatan sugul. Apabila aku perkenalkan diri barulah ia tersenyum sedikit. "Inilah Ustaz Saidin ye..biasa juga dengar nama tu tapi tak berapa kenal orangnya...alhamdulillah terimakasihlah ustaz kerana ziarah makcik. Makcik sedih sebab dua-dua anak makcik tak balik raya nie, baru tadi dapat telefon." Beritahu ibu tua itu dengan nada suara yang pelahan. Inilah nasib seorang ibu tunggal...sepatutnya dengan sedikit usia yang masih tinggal sepatutnya anak-anak lebih mengambil berat akan kehidupan mereka.

Kisah benar yang saya paparkan di bawah ini mungkin boleh menitiskan airmata kita seandainya kita menyedari hakikat kasih sayang seorang ibu. Ingatlah..!! kita akan menghargai pengorbanan mereka apabila kita sudah kehilangan mereka...

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku  dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat  yang ibuku ingin aku membacanya…

“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini……Dengan kasihku kepadamu……IBUMU…

Selasa, 28 Ogos 2012

Patutlah kucing terbuang di pasar borong Kamunting makin berkurangan ...


Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar. Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya. Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa (gambar) Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.


Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit.

Mudahnya remaja perempuan sekarang meninggalkan rumah

NURUL ATIKAH 
TAIPING - Seorang bapa merayu anak berusia 13 tahun pulang ke pangkuan keluarga selepas dipercayai hilang 22 Ogos lalu sekitar jam 3.30 petang.

Bapa, Ahmad Safari @ Yatim Mustafa berkata, anaknya, Nurul Atikah Ahmad Safari @ Yatim Mustafa, 13, dilihat asyik berbual bersama rakannya menerusi telefon bimbit ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari kampung, di Kuala Selangor ke Taiping.

Menurutnya, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Simpang, Taiping tidak menunjuk reaksi yang mencurigakan sewaktu dalam perjalanan pulang beraya pada hari raya ke tiga lalu.

"Dari maklumat adik Nurul Atikah iaitu Mohd Fikri, petang sebelum kehilangannya, dia melihat keadaan kakaknya agak gelisah ketika berada di dalam rumah.

“Sebaik saja Mohd Fikri keluar dari bilik air dia dapati kakaknya sudah tidak ada,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Ahmad Safari, pada mulanya dia hanya menduga anaknya itu pergi berjalan ke rumah sepupunya yang tidak jauh dari rumah mereka.

Jelasnya, setelah dua hingga tiga jam tidak pulang-pulang baru dia mula mencari Nurul Atikah di rumah sepupu selain turut bertanyakan hal tersebut kepada jiran tetangga.

“Namun sehingga kini anaknya menghilang tanpa sebarang khabar berita.

"Lebih merisaukan, anak saya tidak biasa keluar berseorangan dan jika dia hendak keluar sekalipun pasti ditemani emaknya atau emak saudaranya," katanya.

Ahmad Safari berkata, dari segi fizikal ketinggian anaknya itu lebih kurang 1.57 meter, berbadan sedikit gempal dan berkulit sawa matang.

Dia berharap sesiapa sahaja yang melihat atau mengetahui di mana Nurul Atikah berada kini segera menghubunginya di talian 019-5267736.

“Laporan Polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Taiping bagi menyiasat kedudukan Nurul Atikah yang dipercayai masih berada tidak jauh dari Bandar Taiping.

“Kepada Nurul Atikah jika terbaca berita mengenai kehilangan ini pulanglah Ayah dan emak rindukan kamu,” katanya

Sabtu, 25 Ogos 2012

Depa dok bising kelantan,selangor menghadapi krisis air...negeri ni lagi teruk.


Kadang-kadang terasa pelik jugak kenapa isu air  sering dimomok kan dalam media seolah-olah Malaysia ini negara padang pasir yang kekurangan bekalan air. Air kotor, air tak dirawat tah apa=apa lagi terutamanya di negeri yang tidak dikuasai kerajaan Persekutuan. Teruk sangat ke..?Sedangkan kenkawan yang balik beraya bila aku tanya senang je depa jawab semua tu politik je...Tapi nengok dalam berita tv amat menyedihkan. 

Depa tak tau, sekali dua dipaparkan dan  disiarkan mungkin boleh percaya tapi kalau itu yang diulang-ulang kita pun dah naik meluat. 

Air adalah anugerah Allah yang diturunkan dari langit. Manusia tidak  diperlukan untuk membayarnya sebaliknya kita perlu lebih banyak bersyukur di atas anugerah nikmat Allah. Jangan hendaknya kita jadikan isu air untuk mengaut keuntungan kerana barangkali kita akan menerima balasan cash dari Allah di atas tindakkan kita menzalimi orang lain

Berlaku di suatu tempat di Negeri Sembilan bersempadan dengan negeri Pahang iaitu di Simpang Durian gara-gara tiada air kebetulan jadi kemalangan dimana seorang tua anak kepada seorang pemandu lori sawit estrt ingin mencabut gigi dan pergi keklinik berdekatan namun klinik tidak dapat melakukan kerana air tiada. Oleh itu orang tua itu terpaksa pergi ke klinik yang jauh dan berdekatan bandar yang besar sedikit dan dapatlah beliau cabut gigi. Dalam perjalanan balik meniki motor beliau berlanggar dengan suatu van tidak jauh dari rumah beliau.Beliau meninggal dunia dan di bawa ke hospital berdekatan namun tiada doktor bertugas pada malamnya. keesokannya mayat ingin dipost mortem tapi kerana tiada air terpaksa ditangguh dan akhirnya dikembumikan pada hari Jumaat walaupun kemalangan berlaku hari Rabu sebelum.
Semoga Allah mencucuri raahmat atas roh nya.

Khamis, 23 Ogos 2012

Tersentuh jua hatiku dengan musibah yg menimpa keluarga ini


Alhamdulillah hari terakhir Ramadhan sebelum menjelang syawal aku dapat menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan bantuan kepada fakir miskin berupa beras dan wang ringgit di sekitar Taman Saujana Jaya,Panglima Jaya dan Saujana Permai. Alhamdulillah dari sumbangan infak dan sedekah yang dikumpulkan oleh insan-insan  yang prihatin serta sahabat-sahabatku dapat jua disampaikan pada keluarga yang amat memerlukan terutamanya fakir miskin

Antara yang menerima sumbangan ini adalah keluarga yang malang ini. Sebenarnya aku tidak pasti rumah siapa tetapi apabila dimaklumkan keluarga ini kematian anak ketika dilarikan ke Lombok barulah aku teringat balik berita sensasi dalam akbar  Metro tempoh hari.

Apa yang menyedihkan ibu kepada mangsa ini sebenar tidak boleh berjalan kerana dipotong kaki,lama juga kami menunggu di luar rumah rupanya ia lambat kerana tak boleh berjalan. Ditambah lagi dengan berita yang baru diterima aku rasa kerajaan perlu bertindak tegas membendung gejala yang kotor dan tak berperi kemanusiaan ini dari terus berleluasa.

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.

“Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

“Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.

Rabu, 22 Ogos 2012

Kisah Benar: Mendapat hidayah semasa ‘mati’


KUANTAN – “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.

Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.

“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.

Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.

“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.

“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya ‘koma’,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.

“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesian cikgu...inilah yang dikatakan rela paksa..tak bagi kalo, dapat prestasi rendah..


SEREMBAN: Seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di sini telah menimbulkan kemarahan dikalangan guru apabila didakwa memaksa mereka untuk mendermakan 2% daripada duit bonus mereka untuk diberikan sebagai duit raya kepada pelajar.

Guru-guru ini dimaklumkan agar dapat sama-sama meraikan kemeriahan Hari Raya ini bersama dengan pelajar-pelajar mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang.

"Walaupun niat Pengetua adalah baik, namun adalah salah untuk anak saya menerima duit raya tersebut jika ia tidak diberikan dengan ikhlas.

"Jika guru ingin memberikannya atas kehendaknya sendiri itu tidak menjadi masalah," kata salah seorang ibu bapa.

Guru-guru telah menerima bonus setengah bulan gaji pada 9 Ogos lalu. Difahamkan bahawa setiap orang guru diarahkan menyumbang di antara RM30 dan RM50 setiap seorang.

Sekolah tersebut mempunyai lebih daripada 90 orang guru dan kira-kira 1400 pelajar.

Pelajar-pelajar sekolah berkenaan telah diberikan duit raya duit RM3 setiap seorang selepas haris perekolahan semalam.

Seorang guru yang ditemui berkata mereka menuruti arahan tersebut kerana takut dipindahkan.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Razak tidak dapat dihubungi ketika ini untuk mendapatkan komen.

Ketika dihubungi, Pengetua menyatakan bahawa para guru hanya diminta memberinya secara sukarela tetapi mengakui bahawa ada seorang atau dua orang guru mungkin tidak berpuas hati.

"Malah, saya turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM1000. Hubungan guru dan pelajar sama seperti hubungan ibu dan anak. Apa yang saya lakukan adalah untuk menyebarkan mesej muhibah dan kasih sayang, " katanya.

"Saya telah melakukan (mohon sumbangan) ini sejak saya berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar sebelum ini dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Saya berharap tidak ada sesiapa yang menimbulkan isu ini," tambah beliau.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG), ketika dihubungi mendakwa tidak tahu menahu di atas perkara ini.

Dalam reaksi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan melahirkan rasa kesal di atas tindakan Pengetua ini.

"Guru-guru ini sudah menjadi pembayar cukai dan mereka tidak sepatutnya dikenakan lagi cukai. Jangan berselindung di sebalik 'sumbangan ikhlas' sebaliknya guru secara tidak langsung dipaksa untuk membayar, katanya

Khamis, 16 Ogos 2012

Cara makan negara paling kaya di dunia





Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet

Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan padaSETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.
Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.
Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.

Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.

Selasa, 14 Ogos 2012

Subhanallah, susuk misteri berpakaian putih menyelamatkan mangsa tembakan di Syria ,


Ada Sosok Misterius Saat Kerusuhan Suriah, Malaikat?
Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center melansir sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan sosok seorang berpakaian serba putih dari Syria.

Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang belum lama terjadi. Saat tembakan membabi-buta menyerang kerumunan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan tergeletak di tengah jalan. Orang-orang hanya boleh melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam incaran Alawites, golongan minoriti penyokong rejim Parti Baath yang berkuasa di Syria.

Orang-orang berteriak, panik, dan berhamburan. Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa-mangsa yang terluka. Pada saat itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia berkelakuan tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lain.

Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa yang tergeletak dan mengangkatnya dengan santai, padahal berat korban lebih kurang 80 kg.

Dengan satu tangan dia membawa korban yang terluka ke kerumunan orang. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video.

Seperti dilaporkan oleh kavkaz center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan tanpa ekspresi sedikitpun meskipun berada dalam situasi perang, kotoran, debu, gencarnya serangan, dan kehancuran.

Isnin, 13 Ogos 2012

Kisah Benar,Nenek Miskin Yang Mencuri Dan Hakim yang Beriman


Subahanallah,sungguh pelik kisah ini yang berlaku dinegara jiran kita, Indonesia.Kisah ini sangat memberikan banyak pengajaran kepada kita semua,berkenaan dengan kemanusiaan,berkenaan dengan sistem mahkamah yang kita gunakan dan keperihatinan kita kepada saudara seislam kita yang kadang-kadang tidak kita ambil tahu.Jom baca kisah ini ... 
KISAH BENAR YANG AMAT MENGHARUKAN....SEORANG NENEK DIHERET KEMAHKAMAH KERANA MENCURI UBI KAYU SEBAB MISKIN DEMI MENYARA CUCUNYA YANG SEDANG SAKIT, DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA RM350 ATAU PENJARA 2 1/2 TAHUN
 

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.


Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus

ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.


Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
 


“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”


Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.