Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 23 Ogos 2012

Tersentuh jua hatiku dengan musibah yg menimpa keluarga ini


Alhamdulillah hari terakhir Ramadhan sebelum menjelang syawal aku dapat menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan bantuan kepada fakir miskin berupa beras dan wang ringgit di sekitar Taman Saujana Jaya,Panglima Jaya dan Saujana Permai. Alhamdulillah dari sumbangan infak dan sedekah yang dikumpulkan oleh insan-insan  yang prihatin serta sahabat-sahabatku dapat jua disampaikan pada keluarga yang amat memerlukan terutamanya fakir miskin

Antara yang menerima sumbangan ini adalah keluarga yang malang ini. Sebenarnya aku tidak pasti rumah siapa tetapi apabila dimaklumkan keluarga ini kematian anak ketika dilarikan ke Lombok barulah aku teringat balik berita sensasi dalam akbar  Metro tempoh hari.

Apa yang menyedihkan ibu kepada mangsa ini sebenar tidak boleh berjalan kerana dipotong kaki,lama juga kami menunggu di luar rumah rupanya ia lambat kerana tak boleh berjalan. Ditambah lagi dengan berita yang baru diterima aku rasa kerajaan perlu bertindak tegas membendung gejala yang kotor dan tak berperi kemanusiaan ini dari terus berleluasa.

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.

“Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

“Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.

1 ulasan: