"Ustaz bolehkah saya pakai leggings" Satu SMS saya terima dari seorang hamba Allah. Confius jugak saya dibuatnya kerana saya sendiripun tak tau apa itu pakaian leggings. Rupa-rupanya bila diselidiki ia merupakan pakaian ketat yang melekat dikulit. Kebanyakkan artis suka memakainya. Begitu juga remaja perempuan mereka merasa amat santai dengan pakaian sebegini.
Teringin sangat nak pakai...dalam Islam tak dak masaalah. Tapi syaratnya..
- Semasa bersama suami di bilik tidur
- Semasa berada di dalam rumah atau bilik sendiri.
- Semasa tidur di bilik (sebagai seluar tidur)
- Semasa naik motosikal (diharuskan bagi wanita yang pakai kain, melindungi dari ternampak betis)
- Semasa kelas senamrobik yang disertai wanita sahaja ( tiada lelaki )
- Semasa di kolam renang sesama wanita sahaja ( tiada lelaki )
- Sebagai alternatif 'kain dalam' (mengelakkan ternampak betis ketika pergerakan agresif)
Yang paling penting ialah..
BERDOSA jika jadikan leggings nipis dan ketat sebagai SELUAR UTAMA atau PAKAIAN KASUAL dan ditayang di khalayak ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan