Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 30 Ogos 2012

Ya Allah kerdilnya aku pada sisiMu.Aku tak mampu nak menjadi khairul ummah...


“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

Ramadhan telah berlalu. Sebahagian umat Islam kembali seperti dulu-dulu. Lalai leka sehingga masjid surau menjadi sepi spt tidak berpenunggu. Kalau ada pun hanya imam bilal siak dan beberapa ahli kariah yang masih ada iman di kalbu...

Entahlah...kadang kala hati selalu berkata-kata. Tak berkesankah dakwah dan tazkirahku pada mereka? Saban malam memerah idea mengumpul bahan ilmu  untuk menjinakkan hati manusia dengan ilmu dari Allah yang maha Kaya.

Akhirnya aku pasrah. Rasulullah tidak mampu menjinakkan hati Abu Talib bapa saudaranya yang dikasihi. Bagitu juga Asiah tidak mampu untuk mencampakkan walaupun sedikit iman dalam hati suaminya Firaun. 

Kembara dakwah akan terus berkelana hingga ke hujung dunia. Kafilah dakwah akan sentiasa terbeban dengan jerit pekik manusia yang berada di kiri kanan. Perjalanan terlalu tajam. Onak duri ada kalanya menghiris kaki. Anjing-anjing jahiliah akan menyalak tanpa henti, namun kafilah dakwah  akan terus berlalu sehingga akhirnya  bertemu Yang Maha Pencipta dan pastinya kafilah tidak akan ditanya...adakah kamu berjaya? Adakah kamu menang? Berapa ramai pengikutmu? Besar mana pengaruhmu..?

Tetapi yang pasti akan  ditanya Usia muda dimana kamu habiskan. Ilmumu dimana kamu menafaatkan. Kesihatan mu di mana kamu gunakan dan hartamu di mana kamu belanjakan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan