Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 29 Ogos 2012

Hargailah selagi ia masih ada....


Kita belajar dari pengalaman. Dari situ kita mengambil banyak iktibar. Jauh perjalanan luas pengalaman dan banyak pergaulan kita akan semakin memahami pelbagai telatah manusia di dunia yang fana ini.

Saban tahun sebelum menjelang syawal aku terpanggil untuk meninjau insan yang terpinggir, hidup melarat dengan kemiskinan dan kedhoifan hidup. Meskipun sumbangan boleh disalurkan selepas raya namun lebih berarti lagi sekirannya bantuan dihulurkan sebelum hari raya agar dapat memberi sedikit kegembiraan pada hati mereka.

Ketika aku sampai ke sebuah rumah dengan beberapa orang  sahabat kelihatan seorang ibu tua duduk di atas pangkin di halaman rumah. Tangannya memegang penyapu. Wajah kelihatan sugul. Apabila aku perkenalkan diri barulah ia tersenyum sedikit. "Inilah Ustaz Saidin ye..biasa juga dengar nama tu tapi tak berapa kenal orangnya...alhamdulillah terimakasihlah ustaz kerana ziarah makcik. Makcik sedih sebab dua-dua anak makcik tak balik raya nie, baru tadi dapat telefon." Beritahu ibu tua itu dengan nada suara yang pelahan. Inilah nasib seorang ibu tunggal...sepatutnya dengan sedikit usia yang masih tinggal sepatutnya anak-anak lebih mengambil berat akan kehidupan mereka.

Kisah benar yang saya paparkan di bawah ini mungkin boleh menitiskan airmata kita seandainya kita menyedari hakikat kasih sayang seorang ibu. Ingatlah..!! kita akan menghargai pengorbanan mereka apabila kita sudah kehilangan mereka...

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau  hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau  mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya… Aku ingin keluar dari rumah itu… Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku  dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya... Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal… Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!! Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat  yang ibuku ingin aku membacanya…

“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama… Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........ Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata... Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu… Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini……Dengan kasihku kepadamu……IBUMU…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan