Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 30 April 2012

Sebutir Permata Dalam Himpunan Rakyat



Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh

Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan\

Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

Kamu boleh hina Rasulullah tapi...kamu tak akan dapat lari dari azab Allah



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!  


Sabtu malam ahad aku bertolak ke KL atas urusan menghantar anak untuk melanjutkan studi di perancis. Sampai subuh berehat sebentar di rumah abang ipar 
 malam tu adalah buat sedikit majlis tahlil dan doa selamat. Aku dimaklumkan ada kematian jiran berhampiran setelah beberapa hari nazak. ketika jatuh sakit badannya bertukar menjadi hitam legam dan menurut abang iparku telah dibacakan yaasin dan besuknya anaknya memberitahu bapanya telah meninggal dunia


Segala pesiapan di atur khemah telah didirikan tetapi ketika nak dimandikan lelaki yang didakwa mati telah bernafas semula ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Namun pada kali ini memang disahkan betul-betul mati dan matanya tak boleh tertutup langsung. Kenapa jadi begitu wallahuaklam.


Terdapat sedikit ketimpangan dalam kehidupan si mati dan begitu juga dengan keluarga simati. Demi menjaga aib pada keluarga tersebut tidaklah aku nak dedahkan dalam blog ini cuma sama-samalah kita berdoa moga Allah merahmati roh beliau...

Jumaat, 27 April 2012

Dulu hangpa keteghak sangat..Ada Tok Guru Megajar hangpa lari.....i


Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata  kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)


Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)


Sesungguhnya, kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan)". (an-Naba' 40)


Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta taat kepada rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)


Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka, lalu mereka berkata : "Sekiranya kami dikembalikan ke dunia, kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (al an'aam 27)


Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)


Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yg benar bersama-sama rasul? (al-furqaan 27)


Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)

Jahil punya Parlimen mesir

KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.

Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.

Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.

“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya

Khamis, 26 April 2012

Aku tak sampai..kain pelikat aku sampai dulu...kira oklah tuu

Awal pagi ini aku menerima beberapa keping gambar dari anak lelaki keduaku yang kini berada di Universiti de Toluse French. Alhamdulillah aku difahamkan ketibaannya di sana disambut oleh keluarga angkat rakyat Perancis keturunan Meroko dan beragama Islam. Lega rasanya maklumlah di negara orang makan minum halal haram patut diambil kita.
Kain pelikat yang dipakai serta kain batik adalah hadiah dari aku.Nengok mak angkat dia pakai kain batik lucu jugak

Aku difahamkan dalam keluarga angkat ini hanya ibu angkat sahaja yang masih beramal dengan ajaran Islam yakni solat sedangkan yang lain masih mengabaikannya. Aku sempat berbisik di telinga anakku ketika di KLIA sebelum terbang ke Perancis supaya jaga solat  serta pilih kawan yang baik.

Gambar bersama rakan seperjuangan dari Malaysia. Mereka ini duduk dengan keluarga angkat masing-masing.


Rumah keluarga angkat. Ada kolam renang lagi. Nak berenang apa nyer...sejuk disana mencecah 9 celsius


Rabu, 25 April 2012

Akhirnya aku sujud syukur...


Kadangkala kita tak terfikir akan pertolongan dari Allah ketika mana kita berada dalam kesulitan dan kesukaran. Saya yakin dengan apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran "sesiapa yang taat akan Allah maka Allah akan beri kepada dia jalan keluar" Maksud disini adalah jalan keluar dari kesempitan dan kesusahan.

Aku terkejut bila jiran hadapan rumah memberitahu keretaku menyala lampu di belakang. Lama dah dok menyala takut nanti bateri kondem. Aku ambik kunci start hidup tetapi bila tutup kunci masih ada bunyi lalu aku start balik dan bergegas untuk ke workshop kereta labih kurang 7 km.

Aku amat terganggu dengan bunyi kereta agak bising daripada biasa dan kemudian aku tercium bau hangit. Bertambah malang lagi kerana ada 3 lampu trafik yang terpaksa dilalui dan kebetulan pulak bila sampai saja warna merah dan terpaksa berenti.

Aku jadi makin panik bilamana berhenti dilampu merah pertama asap mula keluar dari bonet hadapan dan di  belakang keretaku banyak  kenderaan lain yang berbaris panjang. Aku nekad untuk teruskan perjalanan dan melepasa lampu isyarat kedua satu bunyi letupan di hadapan tempat injin kereta dan aku rasa darahku seolah-olah tel;ah kering. Mulutku tak berhenti membaca ayat al-Quran dan bersyahadah andaikata keretaku meletup atau terbakar mungkin besoknya terpapar berita "Seorang ustaz rentung dalan kereta di jalan Kamuntig"Allah hu akbar mintak simpang lah...

Selepas bunyi letupan itu injin keretaku mati serta merta dan  nasib baik ada simpang ke kiri dan aku cepat-cepat membelok masuk ke kiri jalan kebetulan pula jalan dalam keadaan menurun jadi aku cuma tekan break hingga berhenti di tempat yang sesuai...Alhamdulillah selamat. Namun satu masaalah lagi pintu tingkap automatik yang dibuka tak boleh dinaikkan kerana bateri heng sedangkan ketika itu sudah hampir masuk waktu maghrib. malang bertambah aku tak boleh konteks sesianpa kerana dlm kelamkabut handphone tertinggal. Panggil makenik diapun tak boleh buat sesuatu dan katannya kereta ini perlu ditarik. Aku nekad tinggalkan kereta dalam keadaan tingkap terbuka kerana takut terlepas solat magrib aku terpaksa jalan kaki balik rumah sejauh 5 km. Selepas solat Insya masih teringat  takut jadi apa-apa pada keretaku bergegas aku pergi dengan motosikal dan aku beli plastik untuk tutup cermin tingkap yang terbuka. maklumlah dalam kereta ada radio player vcd yang bernilai hampir 2 ribu. Aku berserah pada Allah bila taukey cina sebelah kata kawasan ni kerap berlaku kecuriaan.

Malam jam 4 pagi aku bertahajud bukan solat tahajud tetapi aku tahajud dekat kereta ku yang tersadai... alhamdulillah sehingga ke pagi keretaku selamat. Jam 10 pagi kereta di tarik ke bengkel. Syukur ya Allah Engkau telah  melapangkan akan segala kesulitanku...Aku sujud syukur..

Berita macam nilah yang seronok disensasikan..biar guru-guru takut pada murid bukan lagi murid takut pada guru.

I
IIPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.

Sinar Harian

Kasih yang tak terucap...


Kenapa akhir-akhir ini hatiku mudah sangat tersentuh. Mungkin benarlah seperti apa yang dikata semakin kita dipanjat usia semakin kita beremosi dengan keadaan sekeliling.. Kisah dibawah ini adalah salah satu  episod kehidupan betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anaknya


Jujur dan ikhlas, selama ini, aku tidak pernah ambil tahu apakah yang berada di dalam dompet ayahku. Sejujurnya juga, aku hanya beranggapan di dalam dompet ayahku hanyalah mengandungi beberapa keping wang kertas yang tak seberapa, hasil pemberian anak-anaknya dan dokumen paling penting miliknya, iaitu kad pengenalan.

Malah, ketika aku meminta ICnya untuk difotostat untuk tujuan tertentu( juga ketika ayahku menyerahkan ICnya kepadaku kerana sebab tertentu) ayah tidak pernah mengizinkan aku mengambil IC tersebut dari dompetnya, malah dia sendiri yang bersusah payah mengambil ICnya untuk diserahkan kepadaku.

Aku ingat lagi,beberapa peristiwa sekitar November dan Disember 2011, termasuklah ketika ayah menyuruhku membelikannya ubat-ubat yang dia perlukan di klinik berhampiran. Ketika itu kudrat ayahku kian susut, namun dia tetap berkeras dan bertegas untuk mengambil sendiri IC di dalam dompetnya untuk diserahkan kepadaku.

Benar-benar menjadi teka-teki?

Teka-teki itu terjawab selepas peristiwa 13 Disember 2011. Ketika aku dan abangku membawanya ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)Kubang Kerian. Tika itu ayah menyerahkan dompetnya kepada kakakku,sementara ICnya untuk urusan pendaftaran di HUSM diserahkan kepada abangku. Sebaik sahaja sampai ke HUSM, ayahku langsung ke bahagian kecemasan. Sebaik sahaja dibaringkan oleh doktor, ayah langsung tidak sedar/koma. Jantungnya terhenti selama 10 minit dan hampir 10 hari ayah koma.

Beberapa hari sesudah peristiwa 13 Disember 2011, aku membuka dompet ayahku untuk mengetahui ada apa dengan dompetnya(sebenarnya aku bersemangat untuk menyelongkar dompetnya setelah adikku memberitahu isi kandungannya- adikku terlebih dahulu yang menyelongkar dompet tersebut). Dompet itu sebenarnya pemberian adik bongsuku kepadanya beberapa tahun yang lalu.

Tahukah kalian, apa yang ada di dalam dompetnya?

  • Beberapa helai kertas yang lusuh, yang mengandungi tarikh lahir setiap anaknya(seramai lapan orang). Dicatat dengan lengkap setiap tarikh lahir tersebut dalam Kalendar Masehi dan juga Hijrah. Di catat juga detik anak-anaknya dilahirkan(jam dan minit).

  • Terdapat gambar ukuran kad pengenalan setiap anak-anaknya. Gambar tersebut merupakan gambar anak-anaknya yang dirakam ketika pertama kali membuat permohonan Kad Pengenalan. Atau lebih tepat lagi, gambar anak-anaknya ketika berusia 12 tahun( umur pertama kali memohon kad pengenalan). Abang sulungku dilahirkan pada tahun 1964, ini bermakna sudah 36 tahun gambar ukuran kad pengenalan abang sulungku itu disimpan rapi oleh ayahku. Begitu jugalah dengan gambar-gambar adik-beradikku yang lain.

Sebak dadaku ketika teka teki itu terjawab. Jujur, aku menangis setelah mengetahui perkara itu dan setiap kali aku mengenang kembali isi kandungan dompetnya, air mataku akan mencurah, walaupun sekudrat yang mampu aku cuba menghalang.

Ayah! Maafkanlah aku kerana tidak pernah tahu kehebatan kasih sayangmu terhadapku dan anak-anakmu

Tuhan! Ampunilah ampunilah segala dosa dan kesalahan ayahku. Dan,kau jadikanlah kuburnya sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga.

13 Disember 2011, ayahku meninggalkan rumah untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik dan 25 Mac 2012, ayahku meninggalkan hospital dan pulang ke rumah,tapi sebagai jenazah.

Rabu, 18 April 2012

Korek...jangan tak korek..tapi jangan depan orang

VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka. Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.
”Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan” katanya.

Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai ke usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.
“Perubatan moden cuba melakukan perkara yang sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakanya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, ” katanya.
Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikan dan anti sosial.

“Saya suka mencadangkan pendekaran baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. ia tidak balas secara semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik” katanya. Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit. – Agensi

Bagi aku makan taik hidung ni atas apa juga alasan adalah sesuatu yang tak senonoh. Nabi suruh kita makan makanan yang halal lagi baik bukannya yang kotor lagi bernajis.

KENALPASTI LOGO-LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN [ 8 GAMBAR ]


LOGO IFRC

LOGO HALAL SEA

LOGO IFANCA INTERNATIONAL SEA DAN ASIA REGION


LOGO HALAL BAHEIS YANG LAMA


LOGO HALAL JAKIM YANG LAMA

LOGO HALAL TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI

LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN


TANDA HALAL INI JUGA TIDAK DIBENARKAN



LOGO HALAL YANG DILULUSKAN SEPERTI DIBAWAH


SPESIFIKASI LOGO RU

Tangan ajaib...

Bukan semua orang boleh melakar dan melukis seuatu dengan baik sehingga nampak seperti objek yang sebenar. Lelaki dalam gambar ini mampu melakukannya sehingga kita tak dapat membezakan sehingga marasakan ia adalah gambar yang difoto tetapi sebaliknya ia adalah lukisan tangan.
Hayatilah sebahagian hasil karya beliau..

Kiamat semakin menghampiri kita....

Sabda Nabi saw riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah pernah bersabda yg bermaksud "Kiamat tidak akan berlaku sehingga tanah Arab kembali subur menjadi padang rumput dan sungai (Riwayat Imam Muslim 157)

Umum mengetahui bumi arab adalah bumi yang berpasir dengan cuaca panas kering. Tetapi kini kita dapat melihat bagaimana bumi yang kering ini sudah mula ditumbuhi dengan pokok-pokok dan sudah terdapat aliran air sungai. Subhanallah.

Lebih menghairankan lagi bagaimana di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah padang pasir. bayangkan bagaimana di bawah tanah yang gelap tanpa cahaya pokok-pokok ini dapat hidup subur.

Selasa, 17 April 2012

Kenapa jadi begini???




Beginilah kesudahan nasib orang yang tak beriman. Apabila masaalah dalam kehidupan tak dapat diselesaikan jalan mudah adalah dengan membunuh diri. Sering kita lihat di dada akhbar si anu bakar diri,gantung diri,minum racun dan sebagainya lagi.

Sebagai orang Islam sewajarnya kita meyakini bahawa kematian bukanlah penyelesaian kepada segala masaalah. Kematian hanyalah perpindahan roh yang akan keluar dan terus hidup di alam lain. Kehidupan roh samaada bahgia atau sengsara bergantung kepada amalan masing-masing. Membunuh diri adalah satu dosa besar dimana harapan untuk ke Syurga musnah sama sekali. Terapi kepada setiap permasaalahan hidup adalah dengan zikrullah dan taqarrub ilal-lah.

Remaja ini didapati telah menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dan doktur mengesahkan remaja malang ini sedang mengandung 3 bulan. Mungkin inikah sebabnya kenapa tindakkan nekad ini dilakukan???

Sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya

Memang licik remaja ini. Akhirnya tertangkap jua di Pasar malam Taman Mewah 2 km dari tempat aku tinggal. Mereka masih terlalu muda namun amat nekad untuk menjalankan aktiviti pecah rumah dan samun khususnya di Taman Mewah dan kawasan berhampirannya.

Apa dah nak jadi anak muda zaman kini. Di masjid dan surau tempat aku mengajar bilangan anak muda boleh dikira dengan jari. Dimana mereka berkumpul dan melepak?? Tesco, Giant ataupun econsave. Paling tidak pun pada malam minggu mereka akan berlumba haram di kawasan perindustrian Taman Yayasan bermula selepas tengah malam hingga ke subuh itulah tahajud bagi mereka. Tak mustahil golongan seperti inilah yang mudah terjebak dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
JAKARTA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sedang belajar ilmu hitam, telah menyembelih anaknya sendiri yang berusia lima tahun di sebuah kampung di daerah Karawang, Jawa Barat pada Ahad.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kanak-kanak perempuan di Desa Pasirkamuning itu ada kaitan dengan ilmu hitam yang dikatakan sedang beliau pelajari itu atau kerana gangguan psikologi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengerikan dalam sebuah bilik di rumahnya, pada Ahad dan bapaknya dipercayai menyembelihnya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika ia sedang tidur.

Laporan menyebutkan bahawa sebelum membunuh anak perempuannya, lelaki itu telah pergi ke salah satu daerah di Sukabumi untuk berguru ilmu hitam, namun selepas pulang rumah beliau kelihatan seperti mengalami tekanan mental.

Setelah menghabiskan nyawa anak kandungnya, lelaki itu telah memanggil sejumlah jiran tetangganya dan meminta wang untuk membeli kain kafan.

Pada masa itu, jiran-jiran yang menyahut panggilan lelaki itu telah juga diancam akan dibunuh.

Lelaki itu kemudian menyuruh salah seorang jiran membeli kain kafan di pasar, tetapi jiran itu terus membuat laporan mengenai kejadian itu ke balai polis sehingga beliau ditangkap.

Khamis, 12 April 2012

Nyaris makan roti berperisa lipas

Nyaris makan roti berperisa lipas
TELOK EMAS: Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal.

Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti berkenaan di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerja.

“Saya terkejut sebaik menyedari ‘kismis’ dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama.

“Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas,” katanya, semalam.

Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut untuk dinikmati ketika sarapan pagi dan itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini.

“Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini,” katanya

Rabu, 11 April 2012

Macam-macam ada....

Kenderaan tut-tut di India. Dekat Malaysia tak dak. Kelebihan nya kenderaan ini boleh brek dengan kaki seperti gambar di atas..very fantastik
Nasi ayam...tapi ayamnya fulamak sila panggung lagi
Tu dia kenderaan dogiang macam nie pun ada kat jalan di India. kalau kat sini alamat dah kena saman JPJ
Boleh selamatkah kalau lagu nie punya air bag

Gempa Bumi berlaku lagi...mungkinkah tsunami akan berulang di Aceh?

Tengah dok relex atas katil,tetiba terasa katil bergoyang-goyang. Alamak apa sudah berlaku. Siapa yang goyang katil aku. Rupanya berlaku satu gempa di Aceh dan gegarannya terasa sehingga ke Pantai Barat Semenanjung.
Penduduk Pantai Barat di Semenenjung Malaysia terasa gegaran gempa bumi yang berlaku di perairan Aceh, Indonesia.

TOLONG MAKLUMKAN yg berkelah di persisiran pantai Semenanjung Barat, suruh segera tinggalkan pantai! Hari ini hari cuti, ramai yang berkelah! Cepat sebarkan. Amaran Tsunami!

Amaran tsunami dikeluarkan. Menurut laporan Pacific Tsunami Warning Center, gempa sekuat 8.7 Skala Richter, dan laporan US Geological Survey (USGS) gempa sekuat 7.1 Skala Richter, berhampiran Indonesia adalah yang terkuat sejak gempa bumi maut 2004.


Di Banda Aceh, siren dibunyikan dari masjid dan penduduk melarikan diri dari rumah mereka, yang menunggu di luar atau dalam beberapa keadaan menuju ke kawasan yang lebih tinggi di dalam kereta atau atas motosikal.
Saksi berkata, kira-kira 100 orang berkumpul di atas jambatan di bandar untuk melihat jika gempa bumi itu mencetuskan apa-apa perubahan ketara dalam kemuncaknya.

"Ia adalah sangat kuat," kata Darmili, kepala daerah di Seumele. "Tetapi setakat ini kita tidak mendengar apa-apa mengenai kecederaan atau kerosakan sebenar."

Bibliographies Awal, agensi geologi Indonesia, berkata amaran tsunami telah dikeluarkan. Tetapi lebih daripada satu jam selepas gempa bumi itu, tidak ada tanda-tanda gelombang seismically dicetuskan.

Isnin, 9 April 2012

Berkomunikasi dengan roh...? apakah hukumnya

Bolehkah seseorang yang hidup itu berkomunikasi dengan roh orang yang telah mati? Kadangkala ada yang bermimpi bertemu dengan roh orang mati dan bersembang-sembang dengannya. Secara jelas apa yang perlu difahami bahawa roh orang yang telah mati itu berada di alam barzah sehingga dibangunkan semula pada hari kiamat besar. Ini berarti orang yang telah meninggal dunia tidak mungkkin kembali sebagaimana orang yang hidup.

Apa yang berlaku kemungkinan besar sejenis makhluk halus yang al-Quran mengistilahkannya sebagai Qareen.

"Dan kami telah tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. dan tetaplah di atas mereka keputusan (hukuman) asal,pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi" (Mafhum Surah Al-Fusilat ayat 25)

Ayat ini secara jelas merujuk kepada adanya makhluk halus yang dipanggil Qareen atau Quranah (Jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia)

Qareen berbeza istilahnya daripada Ifrit, jin,syaitan dan sebagainya. Ini kerana Qareen ini di rujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.