Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 5 April 2012

Cubalah ...kalau tak percaya



(dipetik dari facebook)
Sebenarnya saya agak mual nak cerita bab ilmu pelaris ini...sekali saya terkena bila masuk kedai makan. Tetiba balik saya rasa mual dan termuntah serta kebas satu badan. Lepas ayah bacakan beberapa surah...baru saya rasa elok. Orang kata...saya duduk di tempat pelaris tengah dok panggil orang.
Pastu saya bawa alya pi kedai makan ini. Dia meraung menangis, bila bawak keluar masuk keta diam pulak. Wallahuaklam, entah betul entah tidak.
Tapi kalau kedai yang makanannya tak sedap langsung tapi orang masih datang berkunjung sampai tak cukup meja..rasanya fikirlah sendiri....
Nasihat saya...
Cara mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu premis perniagaan terutamanya kedai makan/restoran itu menggunakan 'pelaris' (khadam jin) adalah dengan membaca Ayat Kursi sebanyak 3 kali di luar premis perniagaan tersebut. Sebaiknya semasa anda masih berada di dalam kenderaan anda. Kemudian buka tingkap kenderaan anda dan tiup sebanyak 7 kali ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sehingga habis nafas.
Sekiranya terdapat 'pelaris' di premis tersebut, 'khadam' tersebut akan marah dan anda akan merasakan seperti ada angin yang tiba-tiba menerpa ke muka anda. Sekiranya berlaku sedemikian, eloklah dielakkan untuk makan di premis terbabit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan