Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 3 April 2012

Hangpa kalau nak mengaji carilah guru yang benar-benar mursyid

IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.

Namun, melucukan apabila lelaki dan wanita tua tidak perlu melalui proses itu kerana guru terbabit mendakwa pengikut terbabit sudah suci secara semula jadi, tetapi setakat ini gadis 20-an itu dipercayai menjadi mangsa.

Guru tarekat yang beroperasi di satu daerah di utara Perak itu dipercayai menggunakan alasan penentuan darjat seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT atau ‘maqam’ untuk mencabul gadis yang menjadi muridnya.

Menurut sumber, kejadian terbaru membabitkan gadis berusia 20-an itu ketika dia bersama bapanya mengikuti aktiviti tarekat terbabit, baru-baru ini.


“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian gadis itu melakukan proses bersuluk (bersendirian dalam tempoh masa tertentu) dan selepas bersuluk, mangsa diarah berjumpa guru terbabit untuk menentukan maqam dan ketika itu mangsa dicabul,” katanya di sini, semalam.-myMetro

SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.


Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan