Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 5 April 2012

Tersilap mengeram...inilah jadinya.

Mereka mungkin tidak sama seperti ibu mereka dari segi rupa dan suara namun tidak menghalang untuk hidup bersama dengan penuh kasih sayang. Seekor ayam yang tersalah mengeram di atas telur itik, kini menjadi ibu kepada 5 ekor anak itik india. Sejak keluar dari cengkerang satu persatu ibu ayam ini telah menunjukkan kasih sayang tanpa memperdulikan bentuk rupa yang berbeza. Anak-anak itik ini akan tetap mengiringinya kemana sahaja ibunya (ayam) ini pergi.

Masaalahnya bila anak itik ini mula belajar berenang sedangkan ibuinya tidak mampu untuk melakukannya.. Sesungguhnya ini salah satu kebesaran Allah meskipun mereka adalah binatang namun mempunyai nilai-nilai hidup yang murni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan