Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 9 April 2012

Naik Gaji yang lain juga akan naik...naik...naik!!!

Rata-rata penjawat awam bersembang pasai gaji akan naik. Insyaallah kununnya bulan empat ni akan dapatlah gaji baru dengan kenaikan 13% insyaallah kut.

Bagi setengah orang gaji naik ke tak naik ke dia dah tak kisah. Ini kerana bila gaji naik barang akan melambung naik. Mungkin jugak minyak masak akan naik, petrol juga mungkin naik,beras naik, gula naik. Akhirnya kita akan naik darah, naik syehh ataupun naik hantu. Tapi yang bagusnya kalu gaji dah naik, sedekahpun naik, zakat pun naik, termasuklah boleh naik haji.

Yang dahsyatnya gaji belum naik, kedai makan dah naikkan harga makanan. Ada satu kedai makan yang aku singgah selepas kuliah. Biasa makan mee bandung + fresh orange cuma 5 hinggit saja. Tup..tup baru-baru ini pi makan kat situ dah naik Rm 7.50 bermakna dah naik Rm 2.50 . Tu dia punya cekik darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan