Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 16 Oktober 2012

Inikah yang dinamakan Selendang Dajjal?


Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya " riwayat dari Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw  menyatakan "Dajjal akan diikuti oleh 70 ribu Yahudi dari Isfahan dan nmereka mengenakan selendang Parsi
Hadis Sahih Muslim



Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Satu jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang kononnya anti-Zionis.

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.

Sedangkan orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat berbananding sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. 
Ahli Parlimen Iran Morris Motamed (yahudi)

Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas oleh Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, terdapat juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci khususnya Isfahan. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan