Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 23 Mei 2011

Huru Hara kah Bumi ini pada 2013??


Reply with quote


GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

LONDON – Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Jangan main redah jee...


Ini apa hal pulak. Sembahyang pakai baju tak senonoh. Cuba baca tulisan yang pada pakaian pemuda berbaju hitam. faham-fahamlah maknanya.


Anina Wadood. Bekas pensyarah UIA. Pejuang hak sama rata wanita. Mengarut sungguh wanita ini. Imam solat dan khatib solat. Kalau orang lelaki boleh buat kenapa wanita tak boleh...?


Ini apa hal pulak. Yang berjubah kuning tu, orang Islam ke..atau Tok sami Budha.

KERANA MAHU BERDEBAT, AKHIRNYA SI INDIA MASUK ISLAM


Seorang lelaki India tidak berpuas hati atas kenyataan Dr Haron Din yang mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya.Dia ingin berdebat dengan ulama tersohor itu atas isu yang baginya tidak adil itu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam. Ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Kenapa kau menangis...?

Kenapa kau menangis..? tanya seorang ustaz pada pelajarnya murid tahun 1. "Ustaz duit saya hilang ? "Berapa ringgit?" Tanya ustaz kembali. "5 ringgit...'Tangisannya tambah kuat. "Jangan susah hati, ni...ustaz bagi 5 ringgit ganti balik duit yang hilang tu."

Namun muridnya terus menangis tak berhenti-henti sambil tangannya menggengam erat duit 5 ringgit. "Aaikh.... apasal nangis lagi..kan dah dapat duit 5 ringgit tu?" Pening kepala ustaz melihat karenah anak muridnya itu.
Sambil menngis teresak-esak muridnya memberitahu kalaulah duitnya tak hilang dah tentu campur 5 ringgit yang ustaz kasi tadi jadi 10 ringgit.

Lalu ustaz tu berlalu pergi sambil hatinya berkata-kata "malaslah nak layan budak sekor nie...kalau masuk ujian matematik mesti boleh skor A..kecik-kecik dah tahu tolak tambah."

Lagi kisah dalam kelas...Cakap biar terang
http://yanzzgetolho.files.wordpress.com/2009/02/baby-lucu3.gif?w=227&h=188
Seorang ustaz mengajar muridnya satu tajuk berkaitan perkara yg membatalkan sembahyang. "Batal sembahyang kalau tersentuh najis..faham tak murid-murid" "Faham ustaz..!"Serentak muridnya menjawab.

Tiba-tiba Leman bangun dan bertanya "kalau orang tu sembahyang sambil peluk tong taik sah ke tak sah sembahyangnya ustaz...?" "Tentulah tak sah..yang pi peluk tong taik tu buat ape" Jawab si ustaz. "kalau begitu orang yang sakit perut batallah sembahyangnya? "Kenapa pulak??" tanya ustaz. "Kan orang sembahyang tu letak tangan kat perut...pastu perut dia sakit dah tentu ada taik dalam perut.
Ustaz...??? (dalam hati...dengan bebudak nie cakap biar terang)

Ahad, 22 Mei 2011

Awet muda..semua orang suka

Tak perlu pakai susuk, tak perlu make up dan tak perlu buat pembedahan plastik. memadai menjaga pemakanan harian. Bagi saya...tak kisah kalau muka nampak tua dari usia kerana ia lebih menginsafkan saya bahawa perjalanan kita bertemu Allah semakin hampir.

Namun kita bersyukur apabila ada diantara kita yang pandai menjaga kesihatan sehingga masih bertenaga melakukan kebajikan dan amal soleh meskipun sudah berusia separuh abad. Bila saya tanya mereka akan jawab "jaga pemakanan" Antara makanan dan minuman yang perlu dihindari kerana mempercepatkan penuaan ialah

Minuman bergas

Minuman ini mempunyai kadar gula tinggi dan rendah nutrisi. Gula pada minuman ini juga dapat memicu obesitas, sehingga meningkatkan risiko hipertensi, diabetes, sakit jantung dan stroke

2. Sosej

Sosej biasanya dibuat dari daging berlemak. Zat-zat kimia dan bahan tambahan lainnya dalam sosej boleh menyebabkan organ dalaman seseorang bekerja lebih keras untuk menutralkannya.


3. Kopi
Kopi mengandung kafein. Hal penting yang belum banyak orang ketahui soal kafein adalah zat ini ternyata dapat meningkatkan hormon stres,
4. Kentang Goreng

Makanan ini diproses dengan cara penggorengan pada suhu yang sangat tinggi, sehingga terjadi pembentukan lemak jenis trans-fat. Makanan mengandungi trans-fat boleh membawa risiko penyakit jantung koroner.


Daging merah memang mengandung protein yang penting bagi sistem tubuh badan. Namun terlalu banyak memakan nya boleh menyebabkan hilangnya kadar kalsium dari tulang, sehingga mengundang risiko osteoporosis.


Makanan ini mengandung banyak gula sehingga menyebabkan obesiti. Makanan sebegini juga seringkali dibuat dengan minyak yang boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam badan.

7 Makanan awet muda...

1. Minyak Zaitun
Empat dekad yg lalu, para pengkaji Seven Coutries Study menyimpulkan minyak zaitun bermanfaat untuk menghalang risiko penyakit jantung dan kanser di Kepulauan Crete di Yunani. Kini masyarakat juga sudah banyak mengetahui bahawa minyak zaitun mengandung folifenol, antioksidan kuat yang boleh melambatkan proses penuaan.

2. Yogurt
Pada era 1970an, wilayah Georgia dikabarkan memiliki jumlah penduduk yang berusia rata-rata di atas 100 tahun berbanding dengan negara lain. Laporan pada saat itu menjelaskan bahawa rahsia dari umur yang panjang tersebut adalah yogurt.

Yogurt adalah makanan yang kaya kalsium yang dapat mencegah osteoporosis. Selain itu, yogurt juga mengandung virus baik yang mempertahankan kesihatan pencernaan serta mengurangi risiko mengidap penyakit usus yang berkaitan dengan usia

3. Ikan
Tiga puluh tahun lalu, para ahli mulai meneliti mengapa penduduk asli Alaska sangat jarang diserang sakit jantung. Alasannya, menurut perkiraan para ahli, adalah tingkat konsumsi ikan yang luar biasa. Ikan memang mengandung banyak lemak omega-3, yang boleh membantu menurunkan kolesterol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah serangan jantung.

4. Cokelat koko
Masyarakat Kuna di Kepulauan San Blas, Panama, tercatat memiliki risiko penyakit jantung lebih rendah hingga sembilan kali ganda berbanding penduduk lainnya yang tinggal di Panama. Alasannya? Warga Kuna rajin sekali meminum koko yang kaya flavanols, antioksidan yang dapat membantu memperlancar peredaran darah. Menjaga kesehatan pembuluh darah berarti menekan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit buah pinggang.

5. Kacang
Kajian yang dilakukan kelompok Seventh-Day Adventists (aliran Kristiani yang menerapkan hidup sihat dan diet vegetarian) menunjukkan bahwa seseorang yang makan kacang rata-rata memiliki umur panjang dua setengah tahun. Kacang dikenal kaya akan lemak tidak jenuh, sehingga makanan ini menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun. Kacang juga mengandung beragam vitamin, mineral dan zat phytochemical termasuk antioksidan.

6. Anggur
. Anggur merah mengandung resveratrol, zat yang diperkirakan mendatangkan berbagai manfaat separti mengawal jantung kencing manis dan lemah sendi .

7. Blueberry
Dalam sebuah kajian yang disaebar luaskan pada 1999, peneliti dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center memberikan ekstrak blueberry pada tikus. Pemberian ekstrak ini diberikan selama periode kehidupan tikus yang setara dengan 10 tahun kehidupan manusia.




Sesak nafas aku dengan berita begini...


Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia

Rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. P
engambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, adalah kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu.

Cerdiknya musuh Islam


Bayangkan, jika ingin meruntuhkan sebuah rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan... "

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan kita . Mulai dari perangai kita orang Islam, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar.

Doa hilangkan rasa mengantuk...

Kadangkala kita cepat mengantuk terutamanya ketika solat. Hari jumaat terutamanya banyak yang tidur ketika khutbah dibaca oleh khatib. Terdapat sunnah Rasulullah saw yang mungkin jarang kita amalkan iaitu "Doa mengucup ibu jari" Doa ini dibaca ketika azan berkumandang, semasa muazzin menlafazkan أشهد أن محمد رسول الله .

وَقَالَ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ النِّدَاْءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَعَ عَلَى عَيْنَيْهِ وَقَالَ

مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ

( hanya bacaan di atas yang perlu dibaca ).

فَأَنَا شَفِيْعُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَقَائِدُهُ إِلَى الْجَنَّةِ .

Sabda Rasulullah: Sesiapa mendengar azan dan mengucup kedua ibu jarinya dan meletakkan kedua ibu jari pada kedua matanya dan membaca :

مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ

( hanya bacaan di atas yang perlu dibaca ).

Rintihan, hembusan dari lokap Mona



Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

Sabtu, 21 Mei 2011

Ujikaji yang tidak mencapai matlamat..?

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid-murid.. lihat bagaimana ustaz akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan ustaz , akan ustaz masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri ustaz akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si ustaz tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada
ujikajinya.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang ustaz tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

Untuk bagi mati cacing dalam perut...Minumlah arak....

Ustaz..'hampeh sungguh anak murid aku nie"

Jumaat, 20 Mei 2011

Seorang lagi selebriti berubah...


Sham Kamikaze @ Shamril Salleh

Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.

Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.

Fulamak cun nya....



Cantik bukan? dia adalah lelaki normal Namanya Kiyoshi Sakurazuka, Penampilannya seperti wanita tulin. Kulit lembut halus dan mulus..memandang wajahnya 100% meyakini dia seorang wanita. Hakikatnya lelaki ini telah mempunyai seorang kekasih hati dan mempunyai naluri sebagai lelaki tulen.

Kiyoshi (berbaju hitam) bersama kekasih hatinya


Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “ 1-Laki-laki yang menyerupai perempuan, 2-perempuan yang menyerupai laki-laki, 3-orang yang menyetubuhi haiwan, 4-dan orang-orang yang homoseks. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)




Pasukan berunifom putih...Tentera dari langit.



http://bimchat.files.wordpress.com/2009/01/gaza-strip-war.jpg
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan sendiri yang biasa dipakai para mujahidin Palestina, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang memiliki senjata serba canggih spt Tank Merkava yang dikenal terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para mujahidin mampu membuat “kaum penceroboh ini lari lintang pukang dan tertunduk malu meskipun mereka menghadapi satu pasukan mujahidin Islam yang hanya memiliki senjata kuno.”.

Itulah pertolongan Allah Swt yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas dalam perjuangan.

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestina. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.


Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok tentera rejim Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki menerangkan mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Sebagaimana ditulis dalam akhbar Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pingsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestina di akhbar milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok tentera rejim Israill. Pemandu ambulan ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma Pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?” Si pemandu pun kebingungan, karena ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawaban satu-satunya yang ia miliki.

Cerita tentang “tentera berunifom putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa Individu pejuang Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Akhbar al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan jenggot panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”

Sesungguhnya inilah tentera-tentera malaikat yg diturunkan dari langit. mereka dikenali sebagai "jundullah" yang pernah membantu Islam dalam perang Badar kubra di zaman Baginda Rasulullah saw begitu juga dalam perang Tabuk dan Yarmuk


Mencari Damai Di hati..7 tanda kebahagiaan.

1- Hati yang selalu bersyukur –

Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi.”

2- Pasangan hidup yang salih –

Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih –

Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: “Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu.”

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita –

Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal –

Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. “Kamu berdoa sudah bagus,” kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan.” Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama – Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat –

Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.

Khamis, 19 Mei 2011

Mustajabnya berdoa pada 5 malam ini...



قال النبى صلى الله عليه وسلم

خمس ليال : لاترد فيهن الدعوة , أول ليلة من رجب , وليلة النصف من شعبان, وليلة الجمعة , وليلة الفطر , وليلة النحر – رواه إبن عساكر عن ابى امامة

(تحذيب أطراف الحديث-141 ).

Sabda Rasulullah SAW : 5 malam tidak akan ditolak Doa,

  1. Malam pertama daripada bulan Rejab.
  2. Malam Nisfu Sa’ban.
  3. Malam Jumaat.
  4. Malam Hari Raya Aidul Fitri.
  5. Malam Hari Raya Aidul Adha.

Misteri Zana ‘Manusia Purba’




Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.

Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.

Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.

Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.

Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.

Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.

Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku.

Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.

Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954.

Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.

Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.

Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden. **

Lori Sampah...?

Suatu hari, ada seorang pemuda yang menaiki sebuah teksi untuk pulang ke rumahnya setelah selesai membeli belah di sebuah Pasaraya Besar. Di dalam perjalanan dia sempat berbual-bual dengan pemandu teksi yang sangat peramah.

Ketika teksi melepasi pusat bandar tiba-tiba sebuah kereta sedan hitam memotong dan menbelok ke kiri. Pemandu teksi cepat menekan brek kecemasan sehingga berhenti kira-kira satu inci dari menyentuh belakang sedan hitam tersebut. pemuda itu bernafas lega. Tiba-tiba pemandu sedan hitam itu menurunkan tingkap Lalu ia berteriak dan marah-marah terhadap pemandu teksi tersebut.

Si penumpang di sebelahnya pun ikut sama marah dengan mengeluarkan kata-kata kesat. “Apa punya manusia sudahlah salah , dia pulak yang marah-marah ” Fikir pemuda itu dan yang anehnya, pemandu teksi tidak menunjukkan sebarang reaksi . Ia hanya tersenyum sebaliknya mengangkat tangan kepada pemandu yang panas baran tersebut.

Setelah kereta hitam itu berlalu pergi si pemuda itu lantas bertanya kepada pemandu teksi.
Mengapa pakcik tak marah sedangkan bukan Pakcik yang bersalah. Mereka pulak yang maki hamun Pakcik"
“Saya tidak mau jadi lori sampah,. ”“Lori sampah? apa maksud Pakcik? Banyak orang yang menjadikan diri mereka seperti lori sampah. Mereka membawa sampah ke mana-mana sahaja dan...ketika sampahnya penuh mereka akan menghumbankan sampah itu ke tempat pembuangan sampah.."

Sesungguhya setiap manusia ada sampah yang dibawanya ke sana ke mari ..Jelasnya rasa putus asa, rasa marah,kecewa dan segala unsur-unsur nagetif yang ada pada diri manusia ..ITULAH SAMPAH. Bagi orang yang berakal mereka akan membuangnya di tempat yang sesuai sedangkan bagi yang tidak berakal mereka akan melepaskan dan membuangnya di mana-mana saja. Contoh apa yang kamu lihat sebentar tadi. Sesungguhnya Pakcik tidak mahu menjadi lori sampah seperti mereka.."“Dan saya tidak mau memungut kembali sampah orang tadi. Saya bukan lori sampah yang menbuang sampah di halaman rumah orang..” Tegas pemandu teksi sambil menguntum senyuman..

Rabu, 18 Mei 2011

Manusia memang suka beralasan...

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

Sumber ; Tranungkite

Meat Glue - Gam Daging Produk yang Meragukan

Oleh: abdulghuyub

""Meat glue" atau dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai gam daging menjadi rahsia bagi sesetengah industri pembekalan daging. Ianya digunakan untuk mencantumkan cebisan daging-daging kecil menjadi sebuku daging yang besar dengan pelbagai tujuan.

Apa yang menjadi masalah kepada gam daging ini adalah kesan kepada kesihatan manusia. Ada mikrologis berpendapat bakteria-bakteria yang berada di antara dua permukaan daging yang dicantumkan amat sukar dimusnahkan sewaktu proses memasak daging tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah sumber bahan yang digunakan untuk membuat gam daging tersebut.

Gam daging diperbuat daripada enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau plasma darah babi atau anak kambing yang diproses dalam bentuk serbuk agar lebih mudah digunakan. Jelas di sini timbul soal kesucian daging yang dicantumkan menggunakan gam tersebut.

Bayangkan keuntungan yang diperolehi bagi sesetengah industri yang mengamalkan kaedah ini dengan mencantumkan cebisan-cebisan daging menjadi daging batang pinang yang menjadi kegemaran sesetengah pembeli.

Adalah diharapkan ada pihak tampil ke kehadapan membawa isu ini agar menjadi perhatian pihak kerajaan memandang ianya membawa kesan kesucian dan kebersihan

Selasa, 17 Mei 2011

Penghuni flat Singapura minum air mayat


BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amah Indonesia ditemui dalam sebuah tangki air

SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.

Ingat...! kalau tak ikut cakap rahsia kau bocor...?

Seorang anak kecil bermain di halaman rumah dengan kayu di tangan. Sedar tak sedar kayu itu terlepas melayang deras mengenai seekur itik peliharaan ibunya. Takut ketahuan dia menarik bangkai itik dan disembunyikan di bawah timbunan sampah. Malang baginya kerana perbuatan itu dilihat oleh kakaknya tetapi yang peliknya si kakak hanya memandang dan tidak berkata apa-apa.

Ketika makan si ibu berpesan pada si kakak agar cuci pinggan dan kemas segalanya. Dengan selamba si kakak menyatakan kali ini si adik yang akan mencuci dan mengemas sambil berbisik kepada si adik "Ingat kalau tak mau rahsia kau bocor?" Si adik bingkas bangun mencuci dan mengemas.

Suatu ketika yang lain si ibu mengajak si adik untuk pergi ke pasar. Si kakak menerpa memberitahu si adik tak mahu pergi sebab nak siapkan kerja sekolahnya dan dialah yang akan menggantikan tempatnya. Sambil mengenyitkan mata pada si adik dengan makna tersirat "kalau kaau nak ikut ibu rahsia kau bocor" Si adik tertunduk lemah...dalam hati barkata "malang sungguh nasibku"

Setelah beberapa hari si adik sudah tidak tertahan lagi menanggung perasaan, diperkudakan oleh kakaknya dengan hanya satu ugutan "Nanti rahsia kau bocor" Lalu si adik terus bertekad untuk berterus terang pada ibunya. Sambil berlutut ia memohon ampun kerana merahsiakan perbuatannya membunuh itik kesayangan ibunya. Ia pasrah dan bersedia untuk dihukum.

Namun si ibu sebaliknya terus merangkul anaknya dengan berkata, " Sayang...ibu tahu, engkau tidak melihat ibu sebaliknya ibu melihat perbuatanmu dari jendela. Namun kerana ibu mencintai anak-anak ibu...ibu memaafkan di atas ketidaksengajaan kamu itu. Tetapi ibu hairan mengapa engkau sanggup diperalatkan oleh kakakmu kerana takut kesalahanmu itu diketahui oleh ibu? Tetapi apapun, ibu ingin memberitahu kamu sesuatu.

Allah itu Maha Melihat. Dimana sahaja kita berada dia melihat segalanya perbuatan kita. Kerana dia juga memiliki sifat Rahmah maka Dia (Allah) amat mudah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang sentiasa berdoa dan meminta. Hanya peliknya bagi manusia dia tak segera memohon keampunan setelah melakukan dosa sebaliknya sanggup membiarkan iblis syaitan mempermainkannya. Jangan sampai nyawa berada di halkom baru nak mintak ampun di atas dosa yang dikerjakan.."

Muhasabahlah diri ...dan renungkan dengan pancaran mata hati.

Pemali...Pemali

Pemali adalah bahasa banjar yang menjurus kepada makna pantang larang. Nenek moyang dahulu sememangnya mengawal anak cucu mereka dengan pantang larang begini. Anak-anak akan jadi takut untuk melakukannya kerana binbang dengan natijah yang akan diterimanya.

Di akhir-akhir ini sahaja banyak pantang larang orang tua-tua dahulu diabaikan. kalau dulu anak-anak takut nak buat itu dan ini sekarang mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan pantang larang orang tua-tua dahulukala.

Terdapat beberapa pantang larang yang masih aku ingat dan bagi kita orang Islam kita hanya menganggap ini cuma ancaman orang tua-tua dulu untuk mengawal tingkahlaku anak-anak tak lebih dari itu. Ini kerana segala akibat yang akan berlaku itu tidak ada nas Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Percaya atau tidak terserahlah untuk kita menyingkapnya.

Berpindah tempat pada waktu makan
Janganlah berpindah tempat pada waktu makan, karena kelak akan mendapat ibu tiri. Terkecuali pindah pada posisi yang lebih bagus misalnya makannya dilantai, kemudian pindah ke meja makan , kalau itu yang dilakukan kelak akan cepat mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Berselimut dengan tikarJanganlah anda berselimut dengan tikar karena kelak anda akan digulung oleh ombak jika mandi di laut.
Berteriak-teriak mengucapkan kata-kata kotor dalam hutan.Janganlah anda berteriak-teriak berkata-kata kotor pada saat berada di dalam hutan, karena anda tak lama lagi akan dimasuki roh halus jahat yang menguasai diri anda (kerasukkan)
Berfoto bersama dalam jumlah ganjilJanganlah berfoto dalam jumlah ganjil karena salah satu dari yang difoto akan cepat meninggal. Biasanya yang ditengah.
Bangun Tidur hingga matahari tinggi .Jika anda bangun tidur hingga matahari hampir berdiri, akan berakibat segala bentuk rezeki yang akan datang akan selalu menjauh kembali.
Bersin sewaktu akan bermusafir. Anda tidak dapat langsung bermusafir sama ada menggunakan kenderaan atau tidak setelah bersin.Paling tidak anda perlu menunggu beberapa minit setelah bersin baru boleh bertolak, kerana kalau anda bersin terus sahaja bertolak pergi anda akan celaka diperjalanan.
Berlama-lama dikamar mandiJanganlah anda berlama-lama dikamar mandi karena akan terlihat lebih tua dari usia anda sebenarnya.
Duduk dipintuAnda dilarang duduk tepat didepan pintu, karena khawatirkan ada makhluk halus yg melintas pintu tersebut dan anda akan jatuh sakit.
Kebiasaan bersedih pada waktu hamilJanganlah selalu bersedih pada waktu hamil, karena kelak akan mendapatkan anak yang kuat menangis(cengeng)
Kebiasaan makan jeruk di malam hariJanganlah anda terbiasa makan jeruk di malam hari, karena akan selalu tertimpa keresahan hati, jika ia seorang yang belum menikah akan susah nak dapat jodoh, dan jika sudah menikah ia akan sering bertengkar.
Kebiasaan menggigit kukuJanganlah sering menggigit kuku, karena akan mengundang nasib buruk dan
sering akan menyebabkan gugup dan akan menderita batin.
Kebiasaan pura-pura menangisJanganlah berpura-pura menangis karena akan berakibat orang tua akan menerima musibah
.Kebiasaan bersiul diwaktu malamJanganlah anda selalu bersiul diwaktu karena disaat anda tidur dimalam itu dan akan mendengar siulan yang berasal dari luar kamar anda. itu adalah tindakbalas dari makhluk halus yang merasa terganggu dengan siulan anda .
Kebiasaan membuang nasi sisa makan, kerana masih kenyangJanganlah selalu membuang nasi sisa makan, ker
ana masih kenyang bermakna kelak selama satu tahun akan mengalami krisis kekeluargaan..
Kebiasaan makan pakai mangkukJanganlah anda selalu suka makan pakai mangkuk, karena akan sering ditinggal pergi saudara.
Kebiasaan mengusap muka/wajah dengan bajuJanganlah selalu mengusap muka/wajah dengan baju karena akan selalu dibenci orang dan susah rezeki.
Kebiasaan memakai baju sambil berjalanJanganlah suka, sering memakai baju sambil berjalan, karena akan berakibat cita-cita tidak akan terlaksana.
Kebiasaan memeluk kepala dengan kedua tanganJanganlah anda melakukan kebiasaan memeluk kepala dengan kedua tangan karena akan menjadikan diri anda kehilangan akal dan fikiran menjadi buntu dan mudah lupa.
Mengangkat kaki ketika tidur bahwa anda menginginkan menginginkan sesuatu yang buruk terjadi pada ibu anda.
Membuka payung Anda dilarang membuka payung didalam rumah, karena akan terjadi sesuatu yang buruk pada keluarga anda.
Menjahit kancing baju ketika baju masih dipakaiJanganlah menjahit kancing baju ketika ketika baju masih dipakai karena akan menderita penyakit yang parah dan selalu gagal dalam usaha selama 1 bulan.
Menyisir rambut sambil berjalanJanganlah adan menyisir rambut sambil berjalan, karena anda akan mendapat malu di depan umum.
Makan otak binatang Janganlah anda memakan otak binatang khususnya untuk anak kecil, karena akan menimbulkan uban sebelum waktunya.
Makan didepan pintu Janganlah anda makan didepan pintu, kelak akan susah nak dapat jodoh.
Makan buah pisang (jantung)Janganlah makan buah pisang (jantungnya) khususnya anak kecil, karena kelak akan berakibat sianak akan bodoh,
Menjual cuka asam pada malam hari Janganlah anda menjual cuka asam pada malam hari, karena akan berakibat pelanggan anda akan berkurang, dan selalu betengkar dengan tetangga.
Makan sebelum orang tua makanJanganlah mendahului makan sebelum orang tua makan, kerana akibatnya susah nak dapat rezeki

Jangan makan pisang kembar . Nanti bersalin dapat anak kembar

Isnin, 16 Mei 2011

Belalang Emas Anugerah Allah SWT

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/ema.jpg?w=309&h=211

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub mejawab “Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat – bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.

Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru “Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”.

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ۬ لَّا بَيۡعٌ۬ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ۬ وَلَا شَفَـٰعَةٌ۬‌ۗ وَٱلۡكَـٰفِرُونَهُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Surah An-Baqarah 2: Ayat ke 254)