Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 15 Mei 2011

Membina Jati Diri

Kadangkala kita tidak ada jati diri. kita tidak mampu menghadapi arus kehidupan yang begitu deras dan tebing-tebing yg begitu rencam. Kita sering berputus asa, menjadi pak turut secara membabi buta. Mana jati diri dan identiti kita sebagai seorang Islam. Apa yang datang dari barat itulah yang terbaik untuk kita. Budaya songsang itulah yang menjadi igauwan generasi muda Islam

Ada ibubapa yg terlalu memanjakan anak-anak sehingga si anak hilang jati diri. Terlalu mengharap..terlalu bergantung pada orang lain. Apabila sampai masa dan ketikanya ia hidup bersendirian ia akan mudah menjadi pak turut.Minda yang terbatas dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi cabaran.i.

Cuba kita pandang ke atas lihat seekor burung helang yang terbang ke sana ke mari mencari rezeki. Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi. Bukan pula, membiarkan anak-anaknya duduk dalam eraman hangat di bawah sayap ibu di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tebing yang tinggi. Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, meraung matilah aku!Sesaat kemudian, bukan kematian yang di tempuhi, namun jati diri sebagai helang, iaitu terbang.

Cabar anak-anak kita dengan ilmu. Lengkapkan mereka dengan ilmu ukhrawi sebagai asas yang kuat untuk membina jati diri Islam. Usah manjakan mereka dengan kesenangan sehingga mereka tidak mengenal arti kesusahan. Allah mentarbiah Rasulullah dengan kesusahan. 12 tahun Nabi sudah belajar berdikari berniaga hingga ke Syam.

Fikirkanlah bila anda tak berani mengatasi masalah, anda tak akan menjadi seseorang yang sejati. dan tidak ada jatidiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan