Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 1 Mei 2011

Diari Perjalanan..Ikan bakar gulai kawah...

Bertolak pulang dari Lake Resort Pendang, singgah untuk makan tengahari di premis ikan bakar dan gulai kawah berhampiran muzium padi Kedah. Mungkin kerana perut lapar... saya lihat teman-teman sudah tidak sabar-sabar untuk menjamu selera.

Peergh...boleh tahan jugak masakan di sini...masakan kampung,andaikata suasana tempat diperindahkan lagi dengan lanskap menarik saya rasa kedai makan ini ada potensi untuk lebih maju. Ikan bakar memang sedap jika dicicah dengan air asam tapi kalau di kampung saya air asam dicampur dengan hirisan pelam muda...memang kecur air liur dibuatnya.


Di Muzium padi satu-satunya surau yang tidak ada tempat wudhu...pelik kan? Nak berwudhu kena pergi ke tandas awam kat luar bayar 30 sen. Bagi saya bila dah solat jamak baru rasa lega tak runsing lagi disepanjang perjalanan pulang.Alhamdulullah selamat sampai ke Taiping jam 7 malam...kansel kuliah malam ni...penat ooo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan